Sunday, November 19, 2006

Fire Live Show


Ini cerita menarik... Di Glory Beach setiap hari Sabtu dan Ahad dan Public Holiday ada Fire Show. Tapi mak nak balik Sabtu Pagi.. puas saya pujuk mak balik Sabtu malam.. untuk lihat show tu. Tapi mak kata tak boleh. Agaknya kerana saya nak sangat tengok show tu, saya agak bernasib baik kerana pada malam Jumaat tu, kumpulan artis tu buat latihan/rehersal... Kebetulan saya jalan-jalan dengan mak dan adik di sekitar kawasan pentas tu...Pada mulanya mereka buat latihan TANPA api... tapi dengan memberanikan diri, saya minta abang2 tu guna api... tapi mereka tak mahu... Saya pujuk juga... akhirnya mereka setuju. Seronok betul terutama sewaktu orang tu sembur api di mulut dia. Rupa-rupanya dia 'kulum' minyak tanah dalam mulut dan sembur ke luar dengan mengenakan api di luar mulut!!! Saya ingat api keluar dari dalam badan..

BBQ di Glory Beach Resort


Saya enjoy betul sebab ada BBQ. Macam-macam makanan ada. Puas sungguh saya dapat makan..last sekali cari toilet....


Mak, Nabila dan saya..
Makan sampai kenyang !!!

MANDI LAUT DAN TANGKAP KETAM





Gambar pertama di swimming pool. Gambar kedua di ambil waktu saya dan Nabila di pantai Glory Beach Resort. Waktu ni time air pasang. Kalau air surut, dalam 200 meter jauh dari pantai... waktu tu lah banyak ketam berlari-lari.

KURSUS MAK DI PORT DICKSON


Baru-baru ni, 16hb mak bawa saya dan Nabila ke PD ikut mak berkursus. Mak bawa sebab ramai kawan-kawan kursus tak datang dan kursus tu relax je. Saya seronok kerana dapat mandi swimming pool yang besar. Saya juga boleh main pantai dan mandi laut. Kami tidur di appartment yang ada 3 bilik. Ada 3 orang cikgu kawan mak dalam satu appartment. Kami makan dengan mak sewaktu jamuan guru. Pada malam akhir, ada BBQ. Sedap betul makanan BBQ. Saya makan lamb chop, ayam panggang, hotdog panggang dan macam-macam.

Ini gambar hotel Glory Beach Resort.