Saturday, February 24, 2007

BIRTHDAY NAJIB

Pada 21 hb Februari lepas, abang Najib menyambut ulang tahun kelahirannya ke 14 tahun. Mak telah menyediakan hidangan kegemaran Najib iaitu Spegetti dan juga Nasi Lemuni sebagai hidangan untuk tetamu abang Najib. Abang telah menjemput ramai kawan-kawannya.
Persediaan awal ialah menyalakan api untuk BBQ pada jam 6 ptg.





Ini lah kek pilihan mak. Gambar katun Cars...








"Happy birthday to u....
Happy birthday to u...
Happy Birthday to u Najib..
Happy Birthday to u....."







Kawan-kawan najib daripada SMK Saujana Impian (SMKSI)




Monday, February 19, 2007

PICNIC DAN IKAN BAKAR FRESH

Assalamualaikum..
Gambar diambil di tempat makan special, Sri Murni.. Di sini makanan dihidang berdasarkan ikan yang dipilih. Ikan segar/hidup. Ada ikan talapia, ikan keli, ikan baung (entah apa jenis)..semua ikan air tawar. Ada juga ikan laut yg dibekukan.

Ikan siakap, bawal semua ada. Tapi kami tentulah pilih ikan air tawar....


Inilah dia pekerja restoran tu sedang tangkap ikan talapia merah yang sangat besar... Berlari-lari ikan tu dengan harapan "jangan pilih aku"...







Lihatlah ikan-ikan talapia ni. Besar. Segar.
"tunggu kau.... nanti aku makan engkau..."



Sementara menunggu.. saya rehat dengan Amirul dan Nabila di pondok makan.





Restoran ini berkonsep pondok yang dibuat berbagai bentuk.



Kami memilih yg kena 'panjat' sikit. Biar tinggi.. nampak pemandangan kolam.




Haaa... ini lah dia talapia masak merah (sweet n Sour)

Memang sedap...



Ini pulak IKAN KELI... memang besar saiznya. Tak pernah jumpa di restoran biasa.

Tapi sikit pun tak rasa hanyir... sedappppppp yummyyyyy...





Ini pulak gambar sebelum kami pi restoran. Gambar tepi sungai.. Najib sedang masak burger. Ada kisah disebaliknya... tetiba api keluar ikut tin gas tu... cepat2 mak padamkan dan tutup gas.. Nasib baik boleh guna lagi selepas tu.



Wahhh... Amirul dan Nabila... Dapat ke ikan tu Amirul??
Amirul ni anak jiran kami, Mak Cik Pah. Dia selalu ikut kami ke mana kami pergi. Mak dah anggap dia macam anak angkat je.



Saturday, February 17, 2007

basikal baru saya


Ini adalah basikal baru zakwan. Zakwan baru ubah suai basikal ini. Zakwan letak kanggaroo depan belakang yang berharga RM40 ringgit. Zakwan letak mud guard dibelakang. Best tau..lajuuuu

AYAM TANDOORI


INI LAH DIA TANDOORI YANG SIAP DI MASAK. MEMANG BEST. AMBIL LIMAU NIPIS DAN PERAH DI ATASNYA. MAKAN LAH. AMACAM CIK... HAHA... MAK BOLEH..CIK PUN BOLEH...











HARI NI MAK CUBA BUAT AYAM TANDOORI.. NAK LAWAN MAK CIK PUNYA AYAM TANDOORI. YANG JADI MAGSA... NABILA. DIA KENA GAUL PERENCAH TANDOORI. TAPI SETAKAT BLOG NI DITULIS, AYAM TAK MASAK LAGI. NANTI ADA GAMBAR SAYA MASUKKAN.

Saturday, February 03, 2007

PERKAHWINAN ABANG FENDY

Pada 28hb Januari yang lalu, Abang Fendi telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya Jazifah Jaimie Johari di Dewan Perdana Felda jam 8 malam. Abang Fendy ialah sepupu saya sebelah bapak. Dia ialah anak kepada MakCik Azizah (Datin Talhah)dan Pak Cik Salleh Majid (Dato' Salleh Majid).
Tapi sayang sekali jemputan itu hanyalah dikhaskan untuk orang dewasa sahaja. Mak dan Bapak pergi.. tinggalkan kami anak2 dengan Kak Mirah. Kakak Sabariah, Abg Azha, Abg Shaari dan abg Anuuar ikut sama. Tapi KAk Liza dan abg Nash terpaksa batal kerana Afdhal tak sihat dan terpaksa balik SP. Mak bawa balik "bunga telur" yg isinya COKLAT... Cantik. Buatan India. Lihatlah gambar.




MY BIRTHDAY.. I am 12 now

Saya dilahirkan pada 23 Januari 1995. Pada 23 Januari lepas genaplah usia saya 12 tahun. Tetapi saya meraikannya pada 27 hb iaitu pada hari Sabtu. Saya minta mak buat BBQ dan spegetti. Mak tunaikan permintaan saya dan menambah satu lagi menu..ROTI JALA. memang sedap semuanya. Malam tu kawan-kawan saya datang. Ramai juga lah. Tetapi tetamu istimewa saya ialah Kak Sabariah , abang AZHA (Singapore), KAk Liza dan Abg Nash (SPetani) dan Abg Anuar (Sik). Mak juga tak lupa menjemput kawan rapat mak, Cikgu Maheran dan Cikgu Wan. Kakak Mirah juga datang seawal jam 5 petang untuk membantu mak. Kak Mirah tolong bakar BBQ sambil dibantu oleh Cikgu MAheran dan Cikgu Wan. Saya memotong kek selepas tetamu dari jauh tiba. Memang seronok. Saya juga dapat hadiah. Terima kasih Kak Sabariah dan Abg Azha atas hadiah kereta F1... juga Abg Nash dan Kak Liza kerana beri angpau dan coklat. Terima kasih juga kepada semua yang membantu menjayakan majlis saya. Lihatlah gambar-gambar sekitar majlis saya: