Sunday, September 21, 2008

Puasa Hari ke 21 - Kuih raya

Teman office Alizal datang melawat abg Z.
Kuih badam datang lagi... sempat buat kuih dalam kesibukan.

Mencuba kerusi baru...
Ini je biskut yang menjadi kegemaran Z. sekali makan dapat 2 keping. Kata dah kenyang.
Assalamualaikum semua pembaca blog diarizakwan.
Maaf kerana seminggu lebih tak sempat nak masukkan cerita. Mak datang dari SP Rabu - Sabtu. Lupa pulak ambil gambar. Tapi sewaktu mak di rumah, sempat kami buat kuih raya. 4 jenis kuih dapat disiapkan.
Biskut Jacob di atas tu menjadi makanan harian Abg Zak. Selain tu, dia cuma nak makan buah-buahan je. Puding juga disukai. Baru-baru ni A.Zak suka Jelly Kelapa yang dijual oleh Cikgu Nazri di sekolah. Boleh habis satu cup (RM1.00).
Kerusi Fella Design sesekali A.Zak duduk. Itupun kami membantu memapah dia ke kerusi tersebut.
Terima kasih kepada Alizal yang datang melawat Zak pagi tadi (21 Sept). Sempat dibawa bersama kordial Rut Bir. Sebelum ini, teman sepejabat Zak juga turut datang beramai-ramai melawat Zak. Turut sama ke rumah ialah Puan Mariani Ketua Jabatan Zak. 15 teman-teman sepejabat datang dan penuh ruang tamu rumah kami. Terima Kasih atas sumbangan duit raya dari kakitangan Cawangan Kerja Pendidikan, Unit Rekabentuk, JKR.
Kepada teman-teman yang sering sms bertanya khabar A.Zak, terima kasih. Juga students SMKBBSL dan pelajar2 tuisyen yang tak putus2 sms tanya khabar. Cikgu doakan semua pelajar cikgu yang menduduki peperiksaan SPM 2008 akan mendapat keputusan cemerlang terutama dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Insyaallah kami sekeluarga akan pulang beraya ke Sungai Petani dan Alor Setar. Doakan semoga perjalanan kami ke kampung selamat dan A.Zak sihat sepanjang perjalanan (dia sering muntah dalam kereta walaupun perjalanan yg dekat dari rumah ke Hospital).
Sekian dulu coretan saya. Kepada teman2 Zak, jika ada masa hubungilah dia.
Wassalam.










Friday, September 12, 2008

Puasa Hari ke 12 dan kerusi rehat baru.


Assalamualaikum semua,

Hari ini 12 September masuk hari ke 12 dalam bulan Ramadhan. Menu berbuka hari ini saya masak Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah. memang sedap dan berselera anak-anak makan. Dari awal saya dah beritahu abg Zak tentang menu hari ini. Bila tiba masa berbuka (abg Zak tak puasa), saya pun nak suap abg Zak. Tapi dia menolak dengan menggeleng kepala. Katanya 'nanti makan'.
Puas memujuk selepas semua anak-anak makan, abg zak masih tak mau makan. Sekarang dan pukul 11.40 dan Abg Zak masih belum makan. Dia lena sejak jam 8 tadi. Matanya tertutup rapat dan apa jua gangguan bising anak-anak dan TV tidak dipedulikannya. Gambar tersebut diambil 5 minit lalu.
Sebelah tu saya belikan satu kerusi rehat dari Fella Design sale RM 499.00. mengenangkan Abg Zak hanya baring sahaja... elok juga dia duduk sambil menonton TV. Tapi setakat blog ini ditulis Abg zak belum bangun tidur lagi. Najib je dah cuba try test..
Wassalam
Rafidah menulis.

Thursday, September 11, 2008

Puasa Hari ke 11

Assalamualaikum,
Hari ini berlalu hari ke 11 di bulan Ramadhan. Puasa kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu ada aktiviti ke surau berselawat tarawikh, tetapi kali ini hanya bersolat di rumah sahaja. Abg Zak hanya berpuasa di hari pertama sahaja. Atas nasihat doktor dan pakar diet di Hospital Serdang, Abg Zak tak dibenarkan puasa.
Keadaan Abg Zak agak merisaukan saya dan keluarga. Dia tak berselera untuk makan langsung. Kalau dipaksa suap makanan yang dia tak mahu, akhirnya muntah aje. Dalam 2-3 hari ini, tak ada makanan yang masuk dalam perut Abg Zak. Hanya buah buahan sahaja yang dijamahnya. Itupun dalam amaun yang amat sedikit. Air yang diminum juga agak sedikit. Air kosong/suam, Milo, Horlicks dan jus buah-buahan ada juga diminum. Tetapi makan sahaja yang dia tak mahu.
Dalam kemeriahan bazar Ramadhan yang menjual pelbagai juadah, sempat juga saya membeli kuih-kuih yang menjadi kegemaran Abg Zak sebelum dia sakit. Bengkang Roti yang sering dibeli di Ramadhan yang lalu, saya pun membelinya. Tetapi apabila nak disuapkan ke mulutnya, dia menggeleng kepala. Kuih Kole Kacang yang menjadi kegemarannya dulu juga langsung tak mahu dicuba. Hari ini saya hanya "berjaya" suapkan sekeping biskut fibre dicicah dengan air milo sahaja. Itupun masuk suapan ke 4, dia dah 'uweekkkkkk...' muntah.
Bingung jadinya. Tak tahu apa yang nak diberi Abg Zak makan. Kalau ditanya apa yang nak dimakan Abg Zak, dia tak tau nak jawab. Bagi Abg Zak, tak ada apa yang dapat membuka seleranya.
Sewaktu blog ini ditulis, Abg Zak lena. Itulah rutin hidup dia. Badan Abg Zak dah semakin kurus. Tulang2 tersembul jelas terutama di bahagian abdomen/badan/paru-paru. Mata juga dah cengkung. Rawatan ke atas Abg Zak masih diteruskan dengan akupuntur. Tetapi vitamin dan susu yang dibeli sudah tidak dapat diminum oleh abg Zak lagi. Dia dah jemu dan tak dapat terima semua susu dan vitamin USANA. Walau dipujuk sekalipun, Abg Zak menolak dan menggeleng kepala. Abg Zak juga dah kurang bercakap-cakap. Bila ditanya, selalu dijawab dengan menggeleng atau mengangguk sahaja.
Ya Allah... berilah kekuatan kepada Abg Zak untuk sembuh. Tabahkanlah hati aku dan anak-anak di dalam mengharungi kehidupan yang sungguh berbeza ini. Semoga di bulan yang penuh berkat ini, doa hamba Mu dimakbulkan oleh Mu.
Coretan 11 September 2008
11 55 malam.

Thursday, September 04, 2008

FISIOTERAPI HOSPITAL SERDANG 2

Abg Z bertatih...
Salam semua,
Hari ini Rabu 4 September 2008, Zak menjalani latihan fisioterapi kali ke 2 di hospital Serdang. Latihan mengayuh masih dilakukan. Kali ini ditambah dengan latihan berdiri dan menapak. Jurupulih anggota, Ira namanya membantu Z berjalan. 5 kali ulang alik. Yes... u can do it..
Wassalam

Monday, September 01, 2008

Selamat Berpuasa

melihat Nabila mencedok bihun... ada milo ais, murtabak...
Macam-macam ada..... yummy yummy.. tapi kurma dan air milo je yg dijamah Zak

Assalamualaikum semua pembaca blog diarizakwan,

Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan bulan yg berkat. Sempena bulan yg mulia ini saya berharap teman-teman pembaca blog (juga rakan sekerja Z di JKR yg dah mula forward sesama mereka address blog ini) dapat sama-sama berdoa untuk abg Z supaya beliau sembuh dan kembali sihat menjelang Aidil Fitri nanti.


Hari pertama puasa abg Z pun nak puasa juga walaupun saya tak menggalakkan dia berpuasa. Siang hari dia okee je. Tetapi sewaktu berbuka, dia tak pun teringin untuk menjamah makanan yang dihidangkan. Kami dudukkan dia di wheel chair dan sama-sama makan di meja makan. Dia hanya makan air milo ais dan kurma sebiji sahaja. Katanya dah kenyang.


Hidangan berbuka ada menu Bihun Goreng, lauk pauk : Ketam masak lemak, ayam goreng berempah, sambal tempoyak, sayur goreng,ikan goreng dan puding sumbangan Nisah ada dihidangkan. Murtabak pun ada (beli). Satu pun dia tak nak. Bila tanya menu apa dia nak, pun dia tak dapat beritahu.

Memang merisaukan saya... kadang-kadang tak tau apa yang diinginkan dia.

Kepada teman-teman Zak, kalau ada masa, telefon lah dia di nombor telefon yang sama. Handfon dia selalu ada di sisi dia. Kalau tak dijawab maknanya dia terlena. Hubungi lagi walaupun banyak kali. Biar dia bercakap dan berfikir untuk merangsang otaknya.

Sekian dulu coretan di hari pertama Ramadhan.


Rafidah. Kajang.