Sunday, November 11, 2012

ZAKWAN SPM...

Assalamualaikum
5 November 2012 zakwan mula menduduki peperiksaan SPM.  Semoga zakwan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan dapat keputusan cemerlang kelak.
Najib pulak.. sedang bercuti.  Sudah habis satu semester pengajiannya di Kolej Komuniti. Alhamdulillah keputusan penilaian Najib jugak cemerlang untuk semester pertama.  Najib juga nampak sangat berminat dengan pelajarannya dalam bidang Operasi Hotel di Kolej Komuniti Sg Petani.

Tuesday, October 02, 2012

GAMBAR TERKINI

Jumaat 21 Sept ke Sunway Carnival Seberang Perai...
Subway...
Mak belanja la..jangan jelezz....
Depan : KIKI  Belakang : SNOWY... Comel kan.... 


SAHABAT

SIFAT SAHABAT

1.  JIKA ENGKAU MEMBUAT BAKTI KEPADANYA IA AKAN MELINDUNGIMU.

2.  JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA IA AKAN MEMBALAS       BAIK PERSAHABATANMU ITU.

3.   JIKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADANYA [BERUPA WANG      DAN SEBAGAINYA] IA AKAN MEMBANTUMU.

4.  JIKA ENGKAU MENGHULURKAN SESUATU KEBAIKAN KEPADANYA, IA AKAN     MENERIMA DENGAN BAIK.

5.  JIKA IA MENDAPAT SESUATU KEBAJIKAN [BANTUAN] DARIPADAMU, IA AKAN     MENGHARGAI ATAU MENYEBUT KEBAIKANMU.

6.  JIKA IA MELIHAT SESUATU YANG TIDAK BAIK DARIPADAMU, IA AKAN     MENUTUPNYA.

7.  JIKA ENGKAU MEMINTA SESUATU BANTUAN DARIPADANYA, IA AKAN    MENGUSAHAKANNYA.

8.  JIKA ENGKAU BERDIAM DIRI [KERANA MALU HENDAK MEMINTA], IA AKAN    MENANYAKAN KESUSAHANMU.

9.  JIKA DATANG SESUATU BENCANA MENIMPA DIRIMU, IA AKAN MERINGANKAN  KESUSAHANMU [MEMBUAT SESUATU UNTUK MENGHILANGKAN KESUSAHAN ITU]

10. JIKA ENGKAU BERKATA KEPADANYA, NESCAYA  IA AKAN MEMBENARKANNYA.

11.  JIKA ENGKAU MERANCANGKAN SESUATU NESCAYA IA AKAN MEMBANTUMU.

12.  JIKA KAMU BERDUA BERSELISIH FAHAM , NESCAYA IA LEBIH SENANG      MENGALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN PERSAHABATAN.


AL-QAMAH

Friday, September 21, 2012

RAYA 2012

 GAMBAR ATAS : Kak Sal (Salmah) dengan anak dan cucu turut sama hadir  ke rumah terbuka.
 antara tetamu yang hadir..kawan2 X-Convent..
 Ambik makanan yang disediakan : Nasi Hujan panas, Roti jala, Pasta Carbonara, Ketupat dan rendang... 

 Kawan-kawan Zakwan kelas 5 Sc2.. (GIRLS) - Rumah Terbula Fasa ke 2
Kawan-kawan Zakwan kelas 5 Sc2 (BOYS) - Rumah Terbuka Fasa ke 2

Assalamualaikum,
Hari raya lepas (19 Ogos 2012) dua kali la buat Rumah Terbuka... Fasa Pertama jemput kawan2/ Cikgu2 SMK Merbok, kawan2 X-Convent dan jiran-jiran... Fasa ke 2 jemput satu kelas 5 Sc2... 

Alhamdulillah sambutan agak baik dan rami yang hadir.  Cuma ada la sorang dua kawan yang datang tapi berlalu saja sebab dari luar nampak macam tak ada open house... sebenarnya semua berkumpul kat dalam rumah sebab pasang aircond... hahaa.... pintu ditutup.. 
Maaf lah yang datang tapi balik gitu aje...

** Baru sempat tulis blog hari ni 22 Sept 2012...

Sunday, January 29, 2012

PENGHIJRAHAN NABILA

3 DARA PINGITAN SMK MERBOK- AINUL, INTAN N NABILA
Ainul n Nabila berpisah dgn Intan
Teman-teman rapat Nabila yang terlibat dalam projek Video Merdeka
Kegemaran Nabila... Roti dgn Nutella.. emm sedap..

Assalamualaikum,
Tanggal 28hb Januari 2012, Nabila bertukar sekolah ke Sek Men Teknik 2 (naik taraf ke KOLEJ VOKASIONAL). Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pada mulanya memang nabila apply online tapi tak berjaya. Saya pun agak tak kisah sangat di mana dia belajar. Tapi memandangkan saya terlibat secara langsung dengan pembinaan kurikulum Kolej Vokasional di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya, rasa elok juga berjinak-jinak dengan Kolej Vokasional. Walaupun saya bukan tenaga pengajar di Sekolah V0kasional, sekurang-kurangnya dengan adanya Nabila ke SM Teknik 2 Sg Petani, dapat juga saya mengikuti perkembangan sekolah vokasional.

Dengan bantuan Cikgu Norhayati yang selalu saya jumpa di KL dalam mesyuarat2 KV, aku bertanya jika ada kekosongan. Alhamdulillah walaupun sudah melebihi 30 pelajar dalam kelas tersebut, nabila dibenarkan masuk ke Sek Teknik 2 (Vokasional). dalam kelas Nabila sudah ada 32 pelajar termasuk dia. Nabila masuk aliran Pengurusan Perniagaan. Alhamdulillah masih lagi akan belajar Akaun dan saya boleh membimbing nabila di waktu cuti-cuti sekolah.

ASRAMA?? Ya... pertama kali nabila berjauhan dengan saya. Segala persediaan ke asrama nabila yang banyak membantu. Dia yang merancang apa yang nak dibawa. Nampak kesungguhannya untuk berhijrah ke sekolah baru dan tinggal di asrama. Mudah mudahan Nabila dapat sesuaikan diri di tempat baru.

Di rumah tinggal lah saya dan Zakwan. emmm sunyi juga tanpa Nabila.
nasib baik lah Zakwan rajin juga berbual di rumah. Pada masa yang sama dapat lah saya tumpukan perhatian kepada zakwan yang akan menduduki SPM hujung tahun ini. Zakwan juga nampak semangat baru untuk berjaya dalam pelajarannya. banyak masa ditumpukan kepada pelajaran.

Doaku :
" Ya Allah ya Tuhanku, yang maha mengetahui. Bantulah hambaMu ini di dalam mengharungi kehidupan yang sungguh mencabar. Kuatkanlah semangat ku... jauhkan aku dari tipu muslihat dunia... Ya Allah ya Tuhanku, Perelokkanlah akhlak anak-anak ku, kuatkan lah iman mereka, jauhilah mereka daripada kejahatan dunia dan aku memohon kepadaMu agar anak-anak ku berjaya di dalam pelajaran mereka. Amin..."

Wassalam.

29 Jan 2012
11.30 malam.