Friday, November 09, 2007

Kisah Tragis Beg Tangan Di curi...

Salam.. (Rafidah menulis),
Hari ini 9 November 2007 adalah hari yang agak tidak baik. Saya didatangi 2 lelaki. Seorang berpakaian seragam Petronas dan seorang lagi agak lewat 40an usianya. Dia bertanya jika saya kehilangan kad pengenalan.. Lalu menunjukkan kad pengenalan milik saya. Saya mengesahkan kad tersebut milik saya. Mereka kemudiannya menyerahkan pula beg tangan hitam milik saya. Saya buka di dalamnya dan mengambil dompet saya.... Terkejut beserta geram... saya dapati semua duit di dalamnya tiada. Lelaki tersebut memberitahu yang beg tersebut ditemui di dalam tandas perempuan stesen Petronas. Berdasarkan alamat pada My Card, mereha menjejaki saya. Nasib baik lah alamat saya tetap sahaja.

Saya cuba mengingat kembali di mana kali terakhir saya menyimpan beg... Rupa-rupanya pencuri tersebut mencuri di waktu pagi sewaktu saya sibuk masak di dapur. Seingat saya pagar luar memang tidak ditutup tetapi grill dalam rumah saya tutup (tanpa kunci). Saya mengesyaki pencuri tersebut menyelinap masuk sewaktu saya berada di dapur dengan menarik grill pintu. Pencuri mengambil beg tangan yang saya letakkan di tangga rumah berhampiran pintu masuk. Memang SAH... selepas mengambil beg saya, pencuri tersebut lari ke Petronas berhampiran dan menyelongkar beg saya di sana.
Nasib baik lah petugas Petronas terjumpa sewaktu kerja mencuci tandas. Banyak juga barang yang hilang. Cash dalam RM800... Digital Camera, alat2 make up... Perfume Estee Lauder Dazzzling (yg saya sayangggg)... dan RM120 duit PIBG. Saya membuat Laporan Polis. Cif Inspektor Larry yang mengendalikan kes saya. Dengan bantuan Pemilik Petronas, polis dapat melihat rakaman CCTV pencuri tersebut. Saya mendapat satu salinan gambar pencuri tersebut.. TETAPI menghairankan... dia seorang PEREMPUAN yang agak berusia. Memakai baju kurung coklat dan bertudung putih. Kelibat mencurigakan wanita itu dirakamkan. Namun saya tidak dapat mengecam wanita itu. Mungkin dia bukan orang sekeliling. Tetapi dia mungkin sudah mahir tentang keadaan rumah di Taman saya.
Pengajaran daripada kejadian ini...
1. Tutup lah pintu rumah
2. Jangan simpan duit di satu tempat (dalam purse sahaja contohnya)
3. Berhati-hati dengan orang yang tidak kenali.
4. Redha dan anggap bukan rezeki kita ... Doakan agar Allah mengampunkan dosanya dan dibukakan pintu hatinya untuk kembali ke jalan Allah dan tidak melakukan perbuatan itu lagi.
Kes tersebut masih dalam siasatan polis. Kepada teman2... moga kisah saya dijadikan pengajaran.
Wassalam.
** Maaf tiada gambar memandangkan kamera dah hilang.

RAYA 2007






















raya tahun ni jatuh pada 13 Oktober 2007. Perjalanan balik Kedah agak lancar kerana kami balik pada 11 Oktober 2007 (Khamis). Raya di SP dulu... Sempat berpuasa 2 hari di Sg Petani. Gambar-gambar raya... Lepas bersalam..dapat lah duit raya. Tengok juga di dapur. Chef Idah sibuk memasak je... apa nak buat... kalau dah masak sedap je..kontrak dapur je la.. 2 gambar kumpulan jejaka tu.. dan gambar wanita2 anggun (Najib sibuk...) diambil di rumah mak njang Khadijah di Taman Peruda. Tak lupa juga dimuatkan gambar anak-anak Salmina... Kembar suka sangat dapat ambil gambar.
Maaf lama tak upload gambar baru. Sibuk sangat.
Wassalam.