Thursday, December 21, 2006

ABANG AZHAR, KAK SABARIAH DAN QURAISYA DARI SINGAPORE





14 Dis yang lepas, Abang Azhar, Kak Sabariah dan anak mereka yang comel, Puteri Quraisya datang ke Kuala Lumpur. Mereka menginap di Hotel Royale Bintang KL. Kami ke sana berjumpa mereka malam tersebut. Mereka belanja kami makan Pizza Hut. Macam-macam kami order... makan..makan..makan.. kenyang sungguhdan enjoy. Kami makan sampai jam 11 bila Pizza Hut dah nak tutup. Abg Azhar dan Kak Sabariah menghadiahkan bekas air kepada saya dan abang saya, manakala Nabila dapat buku cerita. Mak pun dapat brooch Tiffany. Terima Kasih ye...

Cuti Sekolah



Assalamualaikum,

Cuti sekolah hujung tahun 2006 sudah hampir ke penghujungnya. Terasa pula pendek cuti kali ini. Biasanya saya akan berada di rumah Mak Tok atau rumah Mak Long di Terengganu bila cuti hujung tahun. Tapi kali ini saya sepenuh masa berada di rumah. Selepas balik berjalan-jalan di Terengganu, saya telah mengikuti program Tuisyen Intensif yang dikendalikan oleh cikgu-cikgu sekolah mak saya. Tuisyen ini hanya memakan masa 2 minggu sahaja dan setiap minggu sebanyak 4 hari saya tuisyen iaitu Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Semuanya 8 hari untuk 2 minggu. Banyak juga kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu saya. Gambar tu... tengok lah...

Selepas siapkan kerja sekolah, saya akan main komputer game. Saya suka main game Need For Speed dan game GTA.

Sunday, December 03, 2006

Terengganu




Gambar Nabila dengan skrin besar Monsoon Cup 2007.

Ni Gambar MAk Tok Berbual dengan Tok Ngah Razak..di rumah Tok So Rohani di Terengganu. Kami pergi makan nasi di sana. Tarikh : 1 Dec 2007


Gambar Kedua... Minum Air Buah Gelas Besar

Mak Tok



Kedua-dua gambar Mak Tok yang masih kuat... Ikut ke sana ke mari tanpa mengadu penat. Sungguh kagum!!

Perempuan dan Bunga....


CAMERON HIGHLANDS



Inilah gambar saya dan keluarga saya di sebuah rumah penginapan yang cantik. Kami datang untuk bergambar sahaja. Mak Tok pun ada sama. Yang tak ikut ialah bapak saya kerana dia ada pertandingan Chess. Kakak Amirah yang banyak memandu sepanjang perjalanan kami.

TAMAN CAHAYA ALAM - ADA SNOW



Baru-baru ini, saya telah berkunjung ke Taman Cahaya Alam yang dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah. Nasib saya sungguh baik kerana Taman Iklam Sederhana Empat Musim berada dalam musim salji. Itulah pertama kali saya bermain dengan salji. Saya ke sana bersama emak, abang Najib, Nabila, Muaz, Abg Naim dan kak Dilah.