Thursday, March 26, 2009

Abg Z jalan tanpa tongkat

Salam, Sorry la video ni terbalik pulak. Video diambil pada 26hb Mac 2009 jam 7 malam. Sebenarnya sejak bibik kami lari dari rumah, Abg Z lebih berdikari. Dia mula bangun sendiri tanpa dibantu. Tapi sejak seminggu ni sesekali nampak dia jalan dalam rumah tanpa tongkat. Sejak bibik lari 3 hb, abg Z duduk di rumah berseorangan selama 3-4 hari sehinggalah baru-baru ni kami telah jumpa seseorang yang dapat jaga abg Z di pagi hari. ALIAS namanya. Secara kebetulan terjumpa dia di kedainya yang menjual kerusi hiasan laman yang dibuat dari batu, seramik dan jubin. Kebetulan pagi-pagi hari dia tak buat apa-apa... saya minta dia ke rumah menemankan Abg Z.

Ahad lepas dia mula kerja di rumah kami. Memandikan abg Z... beli breakfast dan temankan abg Z makan.. kira dia ni macam PEMBANTU PERIBADI abg Z laa.... Upahnya RM20 sehari. Dia akan berada di rumah kami dari jam 8pg hingga 2 tengahari. Tapi yang lawaknya.... Abg Z dah pandai ajak Alias 'keluar' rumah. Pagi-pagi Alias akan memandu kereta saya yang ditinggalkan di rumah (Suzuki APV). Macam-macam tempat mereka pergi.. makan roti canai lah.. nasi lemak.. tosei... emmm... kira breakfast di luar je laa.... Semalam depa pi Kepala Batas Seberang Perai nak berubat Abg Z. Tapi tak jadi jumpa doctor tu sebab masa suntuk dan Alias kena balik jemput anaknya balik sekolah (tadika).

Tapi ada juga yang merisaukan saya melihat amalan pemakanan Abg z sekarang. Dia makan 'sungguh'.... teringin macam-macam... dah tak kira penyakit dah walaupun puas saya nasihatkannya. Kalau bising-bising dia mulalah marah. Tak pantang langsung lah... Tapi bila saya check darah utk kencing manis, tahap kencing manisnya dalam 6 sahaja. DArah Tinggi pun tak la yeruk sgt.

Ok la..mengantuk pulak..... Bye.

Thursday, March 19, 2009

BABY HAMSTER

MAMA DAN PAPA HAMSTER
Uhh..baby hamster... kecik nyeee...
Baby... mana mama hamster ni


hamster lahir pada 19 Mac 2009. Malangnya lahir hanya seekor sahaja.


Saturday, March 07, 2009

PUAN MAHERAN TETAMU KE 2 SMKBBSL

DUDUK DI CANDI - MEMBELAKANGKAN GUNUNG JERAI
ZAKWAN GAYA BEBAS
SALAH SEBUAH CANDI - ADA BANYAK CANDI KAT SITU
POSING ATAS BATU-BATU CANDI DENGAN CIKGU MAHERAN DAN ANAK-ANAKNYA
BEREHAT DI PONDOK SETELAH PENAT MEMANJAT KE CANDI CANDI
DI DALAM MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
MAK DAN ANAK PANDAI BERGAYA... HA HA HA
MAK DAN ANAK LAGI.....
SAYA DAN CIKGU MAHERAN DARI KAJANG. GENG SMKBBSL KAMCENG PUNYA..
ME AND MAHERAN - PENOLONG KANAN HEM SMKBBSL 2009
WAH.. INGAT JAUH DARI KAJANG TAK ADA ANAK MURID... TETIBA ADA YANG PANGGIL "CIKGU..."BERBAJU BIRU PELAJAR SULUNG SMKBBSL YANG AMBIL SPM KALI PERTAMA. HAFIZUL, PERNAH MENJADI KETUA MURID PERTAMA...
KALAU TAK SILAP SPM 2004.
Semua gambar di atas diambil pada 7 Mac 2009 di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah Darulaman.
Jom la datang Kedah yang belum sampai. Best tau.... Di Bandar Laguna Merbok pun ada Homestay dengan kos yang murah. Boleh tinggal di sini dan jalan-jalan sehingga sempadan Thailand / Padang Besar yang memakan masa tak sampai 2 jam untuk ke sana. Ke Pulau Pinang pun sejam je sampai. Kira Sungai Petani ni di tengah-tengah antara Pulau Pinang dan Perlis.
JOM datang Kedah.




Friday, March 06, 2009

POKOK HIASAN

INILAH YANG DINAMAKAN EDIBLE GARDEN...
ADA TANAMAN HIASAN.. ADA SAYURAN...
POKOK KACANG BUNCIS... BELUM ADA HASILNYA
HIASAN DI DALAM PASU...


Assalamualaikum,
Ha ha... jangan komen banyak-banyak no.... nak tanam pokok la konon.... Nak lawan tanaman kat rumah mak memang tak boleh la.... Tapi buat permulaan ni kira ok la... Sebenarnya Zakwan yang mula-mula menunjukkan minat nak tanam pokok macam rumah maktok dia....Dia mula usshaa pokok-pokok yang cantik-cantik kat rumah maktok dia... Mak pun mula lah bagi anak-anak pokok untuk ditanam. Siki-sikit lama-lama jadilah taman kan???
Edible Garden... Itulah konsep baru tanaman yang menggabungkan tanaman hiasan dan tanaman sayur-sayuran yang boleh dimakan. Dulu waktu di SMK Bandar Sungai Long memang ada edible landscape. Kalau teman-teman pembaca blog nak tengok sekolah SMK Bandar Baru Sungai Long yang CANTIK .. belilah majalah ANJUNG SERI bulan MAC 2009. Ulung kalinya sebuah sekolah yang mempunyai landscape cantik diabadikan ke dalam majalah elit Anjung Seri. Bagi yang tak sempat beli Anjung Seri, lawati blog kawan saya yang ada gambar scan majalah tersebut :
Hmmm tengok dah?? Kalau nak melawat pun boleh je. Pergi je ke Kajang. Cari Bandar Sungai Long. Jumpa lah sekolah yang cantik seperti kata Datin' Seri Jeanne "SEKOLAH DALAM TAMAN".
OK LAA... Hasrat hati nak buat taman macam SMKBBSL....
Wassalam


Thursday, March 05, 2009

BIBIK INDON KAMI LARI - hu hu hu hu...

3 hb lepas, bibik kami telah melarikan diri. Entah apa puncanya. Tapi menurut agen kami, dia dipercayai dilarikan oleh anaknya sendiri yang menghantar seseorang mengambilnya di rumah kami. Pagi tu, Abg Z call bagi tau dia banyak kali panggil bibik..bibik..bibik... Tapi bibik tak muncul-muncul. Abg Z beranikan diri bangun sendirian dan berjalan (guna tongkat) keliling rumah bahagian bawah. Dia call balik dan kata tak jumpa. Saya yang berada di sekolah time tu naik risau takut abg Z jatuh waktu berjalan. Kebetulan jam 11.30 mak Abg Z datang dengan Abg Mat (Abg kepada Abg Z).

Mereka naik ke tingkat atas rumah cari kalau-kalau ada bibik tetapi tak ada!!!.. Memang SAH dia lari. Bila balik kerja, saya memantau baju-bajunya. Masih ada beg besarnya (Beg kecil tak ada). Bila masuk ke wet kitchen, bahan-bahan memasak masih berserakan di dapur. Ada bawang yg telah dipotong, ada santan diperah, ada rempah kari yang dibancuh.... yg sedihnya.. ikan se'plastik' bergelimpangan di lantai dimamah kucing liar...Seolah-olah bibik sedang masak dan dia "dilarikan" seseorang.

Al kisahnya bibik ni ada 3 anak di Malaysia dan ada adik di Pulau Pinang. Dia pernah berbual dengan mak mertua dia tunggu anak dia ambil dia... wahh.... ingat senang kot main datang ke Malaysia... dah tu lari... dasyat dasyat. Time nak report kat balai polis, agen kata tunggu dulu sebab depa dapat trace bibik ni konon berada dengan anak dia dan nak keje setempat dengan anak dia. So agen akan hantar orang baru.. Masalahnya BILA BILA BILA...
HAri ini 4hb Abg Z ditinggalkan berseorangan di rumah. Kesian dia.... Balik je kena uruskan IWK dia serta merta !!!

Itulah kisah terkini kami.....