Friday, February 27, 2009

BERBASIKAL KELILING LAGUNA

zakwan dan najib depan kawasan rumah kami.
Dah panat mangayuh.... santai depan rumah.
Kat luar kawasan BLM arah kedai-kedai.. pekena roti canai kot.
Hadiah Hari Jadi Najib gantikan motosikal yang telah DISITA oleh mak nyee...
Gaya Zakwan dan Najib....

ABANG Z DAH LALU MAKAN...

Assalamualaikum semua pembaca blog juga teman-teman ofis abz Z di JKR KL.
Tentu ramai yang tertanya-tanya macamana abg Z sekarang. Abg Z dah dibuka tiub di hidung dalam sebulan lepas bila saya dapati dia dah mula lalu makan. Makanan pertama yang dia habiskan ialah Roti Canai Telur. Walaupun dia mengambil masa yang agak lama untuk menguyah (20 min makan r.canai) tapi akhirnya habis jugak la...
Sejak dari itu lah macam-macam yang dimintanya. Roti Arab, Mee Goreng Mamak, Peknga.. Nasi Briyani Gam Johor (ada jual si SP),Nasi Kandaq dan macam macam lagi lah... Buah pun dia minta. Kalau dulu susah nak buang IWK, tapi sekarang dah ok dari dulu.
Abg Z juga suka telefon kawan-kawan dia samada kawan lama atau kawan di SP (lagi lama- zaman dia di IKM SP). Kadang-kadang pelik gak..... mana dia dapat phone number... lepas dia call, ada juga kawannya datang melawat dia di rumah. Dia memang suka ada tetamu datang. So kalau ada kawan-kawan Abg Z yang dia call tu... layan je lah... Dia kesunyian.

Abg Z juga dah laju jalan pakai tongkat. Tak terhoyong hayang dah. Sesekali saya beri cubaan dia berjalan tanpa tongkat.. Alhamdulillah memang boleh setakat 6-7 langkah. Cuma dia masih lagi bergantung kepada lampin pakai buang. Tetapi sewaktu membuang air kecil, dia beritahu dan kami sempat guna corong bekas air kencing. Maknanya lampinnya tak lah kena air kencing.

Ok laa... nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Abg z.

Wassalam.

BIRTHDAY NAJIB DAN NABILA

Najib dengan kek birthday yang di sponsor oleh bapaknya (abg Z laa)
Happy Birthday Najib.. ke 16 pada 21 Feb 2009
Kek Najib beli di Fatimah Bakery
Tetamu cilik... Nadrah makan kek Birthday Nabila. Tengah2 tu ada Ice Cream. Sedapp..
Happy Birthday Nabila ke.. 13 pada 24 Feb 2009
Kek ni special tau.... Tempah khas. Ini lah Ice Cream Cake
Assalamualaikum,
Gambar sambutan Hari Jadi kecil kecilan anak-anak ku... Najib 21 hb manakala Nabila 24hb. Tapi masing2 tak mau join birthday walaupun lari 3 hari je... Hadiah?? Najib dapat hadiah sebuah basikal. Nabila tak ada hadiah..hadiah kena tangguh sebab ekonomi merosot bulan ni... Sekarang kat rumah kami ada 3 basikal. Anak-anak dah mula menunggang basikal sekeliling Bandar Laguna Merbok yang indah. Sesekali mereka ke kelab mandi swimming pool naik basikal je. Senang lah saya tak perlu hantar lagi. Saya juga mengambil kesempatan menunggang basikal untuk aktiviti riadhah. Seronok juga sesekali berbasikal ni...
Okee lah..setakat ni dulu coretan dari saya.
Wassalam.

Thursday, February 19, 2009

MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG

Zakwan memerhati peninggalan zaman dulu-dulu..... ukiran-ukiran batu.
Batu-batu yang digunakan bagi tujuan membuat tiang rumah.
Najib dan Zakwan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Apa ni!!! Eeee takutnyee..... patung apa entah...
Assalamualaikum,
Hari ini 19hb FEB 2009... dah 2 bulan kami berpindah di Kedah. Tiap-tiap hari ke sekolah dengan anak-anak.. kami ternampak sign board tempat pelancongan iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Anak-anak selalu tanya apa ada di situ. Hari ini selepas sekolah kami mengambil kesempatan untuk pergi ke situ. Tak jauh dari sekolah. 5 minit sampai lah. Sesampainya di sana, anak-anak saya melihat tempat Candi yang terdiri dari batu-batu berbagai bentuk. Banyak jugak Candi yang ada. Kemudian kami masuk ke muzium yang berhawa dingin. Emmm nyaman. Waktu kami masuk, kami saja pengunjung yang ada... gambar di atas menunjukkan suasana dalam muzium tersebut. Di luar muzium terdapat sungai untuk berkelah.. tapi musim kemarau, air pun mengalir lesu. Kami luangkan masa dalam 20 minit sahaja di situ.
Wassalam.

Friday, February 13, 2009

VIDEO ABG ZAK JALAN

VIDEO INI DIRAKAMKAN MENGGUNAKAN HANDFON NOKIA 3210 CLASSIC. RAKAMAN DIBUAT PADA 6 FEBRUARI 2009 DI ALOR SETAR KEDAH. LIHAT BAGAIMANA ABG Z MENYUSUN LANGKAH SATU PERSATU MENUJU KEPADA BONDA TERCINTA DAN BERSALAMAN. RISAU JUGAK TAKUT OFF BALANCE... NAJIB PEGANG PUN KENA MARAH... hehe...

Thursday, February 12, 2009

SEMASA TERKINI

Tetamu Sungai Long Pertama... Kak Fauziah (cc). Yang lain bila nak mai??
Kak Zie dengan suami dan saudaranya yang tinggal di Laguna juga.
Sukan Sekolah SMK Merbok. 12 Februari 2009
Dengan teman guru SMK Merbok Cikgu Noora dan Cikgu Chitra
Zakwan dan Penapis Air Zhulian Beyond Water
Dari dalam Beyond Water







BIRTHDAY MAK KE 72




ASSALAMUALAIKUM SEMUA,


PADA 9 FEBRUARI LEPAS GENAPLAH MAK BERUSIA 72 TAHUN. ALHAMDULILLAH MAK DIKURNIAKAN ALLAH DENGAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DAPAT MENJALANKAN IBADAT DAN TUGAS-TUGAS HARIAN DENGAN BADAN YANG SIHAT DAN BERTENAGA. SEAWAL PAGI JAM 7 PAGI SAYA TELAH MENGHUBUNGI MAK DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH. MENGGUNALAN LOUD SPEAKER HANDFON, KAMI NYANYI RAMAI-RAMAI LAGU HAPPY BIRTHDAY SEBAIK MAK KATA "HELLO"..

SELEPAS MAGHRIB KAMI KE RUMAH MAK MEMBAWA SEBIJI KEK DAN SPEGETTI YANG SAYA MASAK DI RUMAH UNTUK BUAT SURPRISE PARTY !!! ABG Z PUN IKUT SAMA... TAPI DIA MINTA MEE A.KHAN UNTUK DIMAKAN DI RUMAH MAK. MAK MEMANG TERKEJUT DENGAN KEZZUTAN KAMI. NI LAH SERONOKNYA BALIK DOK DEKAT DENGAN MAK (Kak Pah...jangan jelesss). TAPI ANGGAPLAH SAYA LAKUKAN SEMUANYA SEBAGAI MEWAKILI ANAK-ANAK MAK YANG JAUH DARI MAK. DI USIA YANG MENINGKAT, SEORANG IBU SERING MENGHARAPKAN KEHADIRAN ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU DI HARI ISTIMEWANYA. ALHAMDULILLAH SAYA ADA... MAK YANG PADA MULANYA AGAK MEMBANTAH KEPUTUSAN SAYA BALIK KEDAH NAMPAK GAYANYA DAH SEMAKIN SUKA. LEPAS MAKAN, KAMI PUN BALIKLAH... HAPPY BIRTHDAY MAK... KAMI ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU SENTIASA BERDOA MAK PANJANG UMUR DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK. AMIN....

Monday, February 02, 2009

ABG Z DAN RUMAH KAMI DI SP

Menikmati mee goreng kegemaran.. Mee A.Khan. Memang best.. sedap sungguh.
Abg Z berehat sambil menonton TV.. Dah tak pakai ryle tube di hidung...

Ruang tamu kami... kerusi rotan yang kanan tu ditukar 'baju' nya.... jadi baru semula.
Kerusi yang kiri juga rotan sintetik beli kat Sungai Lalang.

Fountain Mini hadiah hari jadi Zakwan. 2 punca air.... dari mulut itik pun keluar air.
Kitchen Cabinet yang telah siap sepenuhnya dan telah digunakan. Boleh banding dengan draf yang ada dalam blog sebelum ini.
Sudut lain kitchen cabinet.
Pandangan dari tangga ruang tamu.