Monday, November 28, 2011

BERCUTI HUJUNG TAHUN 2011 KE KL / KUANTAN

Aiman dengan Fimie Don
Mak dgn pilihan aiskrim di "ICE ROOM" Kota Damansara.
Entah apa Aiman pegang banyak sangat barang.. Moto mainan pun ada.

Assalamualaikum
20hb Nov 2011 saya, mak saya, anak2 saya Zakwan dan Nabila bertolak ke KL. Najib tak dapat ikut sebab dia belum bercuti..Allyn juga tak ikut..ditinggalkan di rumah kawan, Roshanim Ridzuan sepanjang kami tiada di SP.

Kebetulan saya mendapat surat utk bermesyuarat/kursus di KL pada 21-24 Nov 2011 di City Villa Hotel, jadi kami bertolak ke KL lebih awal daripada yang dirancangkan. Sepanjang saya berkursus, Nabila dan mak tinggal di Kota Damansara manakala Zakwan tinggal di rumah jiran lama Pah, yang tinggal di Taman Kantan Permai. Bengkel kali ini sama seperti bengkel2 lain sebelumnya iaitu untuk menyediakan kurikulum Kolej Vokasional bidang Perakaunan. Rasanya saya tetap akan menjadi panel sehinggalah Kolej Vokasional mula beroperasi.

Selesai sahaja berbengkel, barulah sempat saya berkunjung ke rumah kawan-kawan dan menghadiri kenduri "ibu dan baba" di Kajang (TKP). 28hb kami langkah jauh lagi dengan menuju ke Kuantan. Sewaktu blog ini ditulis saya berada di Kuantan Pahang rumah Kak Na dan Abg Azhari. Kebetulan Abg Azhari baru ditukarkan ke Kuantan sebagai JURUTERA DAERAH.

Hujan sedikit sepanjang kami berada di Kuantan. Tapi suasana di Kuantan amat tenang... sama juga di Sungai Petani.
Esok, 30hb, Zaid akan datang ke Kuantan juga bersama Aishah dan anak mereka Aqilah. Seronoklah Kak Na dan Mak dapat layan cucu cicit.

nanti sambung semula... mengantok la pulak...

29hb Nov 2011
3.30pm

Friday, November 04, 2011

TU DIA..HERO-HERO....

READY..... SET... GO...... 1ST ROUND...
Aiiitttt... siap senyum....
Nahhhh....ambik ko.... adoiiii...
Abg..... cepat laa.... tumbuk aku.....
bila nak habis ni....


As salam...
Sarung tangan tu dah lama beli kat Padang Besar... hari ni je depa teringat nak beraksi.... gelanggang tak ada... atas tikar pun jadi lah....

Emmmm hero-hero....



LANGKAWI 2011

BAGAI OMBAK MENGHEMPAS KE PANTAI..
BEGITULAH HATI KU.. Cewahhhh
Langkawi Permata Kedah
Poco-poco tu... exercise pagi tepi pantai..
Cantiknyaaaa..... Pantai Cenang Langkawi
Cable Car Gunung Mat Cincang
NABILA, CIKGU CHITRA DAN ADIK CIKGU CHITRA..
ME... ZAKWAN DAN EN ABRI
ZAKWAN N NABILA MEMBELAKANGKAN CABLE CAR
BERAS TERBAKAR... DGN CIKGU CHITRA MY BEST FRIEND

Gambar-gambar yang dipaparkan adalah gambar rombongan pelajar-pelajar SMK Merbok ke langkawi baru-baru ni... 22 Okt 2011.

Rombongan 27 orang.. Guru2 yang ikut sama ialah Cikgu Salmah, Cikgu Chitra dan saya. En. Abri dan Zakwan sahaja lelaki yang turut serta. En Abri jadi drebar,,... saya pun drebar jugak.. kami ke sana menyewa 2 Van KIA Pregio.

Sakit kaki bawa Van tu sebab manual.. minyak diesel... muat 12 orang satu van....

Best...
Best...

Wassalam...

RAYA 2011

students SMK Merbok datang beraya.. Ting 5A1
Buaian depan rumah Mak.. masih kuat walaupun dah lebih 20-30 thn...
Bergambar di pagi raya 2011
Zakwan memohon ampun dan maaf dari MakTok..


ASSALAM..
Agak lewat pos gambar2 dan cerita mengenai raya 2011... Sejak kebelakangan ni saja terasa ada sedikit masa terluang untuk menulis sedikit ke blog. Tujuan nak mengaktifkan semula blog yang dah lama tersadai.. semenjak ada facebook, blog pun dah malas nak tulis. Tapi adakalanya blog lebih baik kerana kita boleh menulis apa sahaja sebagai kenangan di masa hadapan...

Tahun 2011 merupakan tahun ke3 aku beraya bersama anak-anak.
Namun kali ini agak sedikit berubah bila anak-anak ku hanya beraya di sungai Petani dan tidak beraya di alor Setar. Namun Ang Z tetap datang berjumpa anak-anak. Cuma anak-anak sahaja tidak berkunjung ke rumah maktok mereka di alor Setar. Bukan kerana aku tidak mengizinkan...tetapi bila aku tahu ada di antara "mereka" yang mengungkit sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal yang waras... maka aku buat keputusan untuk anak-anak ku beraya di SP sahaja...

Biarlah masa menghukum mereka yang berpandangan serong..

Esok lusa dah nak Raya Aidil Adha.

Kepada semua rakan-rakan pembaca blog, Selamat menyambut hari Raya aidil adha..

Semoga kita dirahmati Allah selalu.
Semoga kita diberi petunjuk dalam kehidupan.


wassalam

4 Nov 2011
7.15 malam.


Allyn.. our lovely pet



Setelah kucing yg lama ALLY "hilang"... inilah pengganti Ally...
Kalau dulu ALLY jantan... kali ni betina...
Kalau dulu nama ALLY..kali ni disebabkan betina..kami namakan "ALLYN"


Best sgt bela ALLYN... manja... cerdik... malam2 tidur sama2 atas katil...
Allyn juga "menukuih"... suka main2... tak reti dok diam langsung.

Tiap kali keluar dari rumah.. Allyn ditinggalkan. sebaik dia mendengar kelibat kami pulang dari sekolah.. dia akan tunggu di muka pintu...

kalau dalam rumah... kalau kami semua di atas.. dia pasti naik sama... tapi kalau saya sahaja turun ke dapur..Allyn akan ikut sama walaupun yg lain2 dok di atas..

I LOVE ALLYN...


Ceria di rumah dengan adanya Allyn.


Thursday, October 27, 2011

Alhamdulillah

Kawan-kawan Convent 1982 datang beraya.. mini reunion..
Sebahagian dari dapur- yg ni dry kitchen...
Bilik Nabila...

Ruang Tamu....

Assalamualaikum,

Akhirnya rumah kami siap di renovate pada bulan Jun 2011 lepas. Alhamdulillah raya tahun 2011 lebih ceria sebab suasana berbeza daripada tahun lepas...

Ramai juga tetamu yang datang.. Kepada kawan-kawan..kalau lalu Sg Petani, jangan segan-segan call dan singgah ok.. Tetamu raya dari Kajang yang tak pernah lupa singgah ialah Liza dan suaminya Samson yang dulu pernah mengasuh anak-anak saya sewaktu di kajang. Tinggal di Jalan TKP 24. Terima kasih "baba" dan "ibu" kerana sudi datang. Insyallah 27hb Nov kami sampai untuk menghadiri kenduri Hafiz....

Sekian dulu coretan untuk kali ini..
Maaf lama tak kirim berita.

Wassalam.

Kepada kawan-kawan yang ada facebook, boleh add saya Rafidah Hussein.





Tuesday, May 17, 2011

WAJAH-WAJAH KESAYANGAN KU...


NAJIB N ME...

ZAKWAN N ME

NABILA N ME...

assalamualaikum,
Wajah-wajah yang ku sayangi.. walaupun hari ini aku menerima tamparan yang hebat sekali.. tapi bagiku kekuatan ku ada pada mereka.. ketiga mereka...
Menghadapi kehidupan sebagai ibu tunggal tidak semudah dan seindah yang dilihat dari kaca mata kasar. Kata-kata penghinaan sesekali menjadikan aku lebih tabah... walaupun kalau difikirkan mahu sahaja aku lari dari kemelut masalah ini.. Tapi bila ku fikirkan dengan akal yang waras.. segala masalah tak akan selesai dengan melarikan diri.. aku akan berhadapan dengan apa juga dugaan yang mendatang.

Ya Allah.. jauhkan lah mereka dari memandang rendah padaku.. aku juga ada harga diri..
Maafkan aku jika apa yang berlaku tidak kau senangi..







Saturday, April 16, 2011

April 2011

Assalamualaikum,
Setelah sekian lama tidak menulis, diharapkan kali ini saya akan mula menghidupkan kembali blog ini. Itupun setelah beberapa teman dan saudara bertanya apa perkembangan baru kami anak beranak.

Saya kini masih tinggal di rumah mak di Taman Sejati. Setiap pagi hari bekerja saya, Nabila dan Zakwan akan bertolak seawal 6.50 pagi ke sekolah. Najib sementara menunggu panggilan sambung belajar, dia bekerja di sebuah kedai 24 jam iaitu T-Shoopie yang terletak di Bandar Laguna Merbok. Najib tinggal di Laguna. Bilik Utama di rumah Laguna tidak terlibat dalam pengubahsuaian. Senang bagi Najib berulang alik ke tempat kerjanya.

Zakwan kini dalam tingkatan 4. Nabila pula di tingkatan 3 dan akan mengambil PMR tahun ini.
Saya harap Najib akan berpeluang melanjutkan pelajarannya di IKM bidang MARATIM. Kursus tersebut ditawarkan di IKM Beseri Perlis. Pilihan lain untuk Najib ialah bidang perhotelan dan hospitaliti. Tengok lah mana satu yang dipilihnya nanti.

Sekarang agak payah sedikit mengharungi kehidupan kerana menumpang sementara di rumah mak. Jarak ke sekolah agak jauh. Anak-anak pula boleh dikatakan setiap malam tuisyen di Laguna. Setiap malam kerja saya ialah menghantar, menunggu dan menjemput mereka balik tuisyen. Sementara menanti, saya akan berehat di rumah Laguna. Banyak juga kos minyak yang saya terpaksa tanggung.

Saya? Emmm masih sendirian. setakat ini tiada banyak masalah menguruskan keluarga dan anak-anak kerana sejak dulu pun banyak urusan rumah dan anak-anak saya yang buat. Tiada istilah penat... jemu atau muak.. saya harungi semua dengan tabah.

Sekian dulu coretan saya.

Moga Allah permudahkan setiap urusan saya.
Moga Allah jadikan anak-anak saya anak-anak yang soleh dan solehah.
Moga Allah murahkan rezeki saya anak beranak
Moga Allah kuatkan diri ini dalam mengharungi apa jua onak dan duri
Moga Allah memberikan tubuh badan yang sihat kepada saya dan anak-anak.

Amin.

Wassalam.