Sunday, April 19, 2009

BULAN DAKWAH SMK MERBOK

Tahniah.. Pn Sharifah Mastura Pen. Kanan Pentadbiran menyampaikan hadiah kepada Nabila.
Alhamdulillah, Nabila memenangi tempat ke 3 bagi Pertandingan Tulisan Jawi sempena Bulan Dakwah SMK Merbok. Menurut Nabila, dia diberi teks dalam tulisan rumi dan diminta menulis semula ke dalam tulisan JAWI. Mak Tok Nabila selalu kata tulisan jawi dia cantik...
Mak Tok turut berbangga apabila diberitahu Nabila mendapat tempat ke 3 untuk acara
menulis Jawi. Kepada Nabila.... TAHNIAH dari mak !!!
Lepas ni masuk lagi bagi dapat tempat PERTAMA.
Nabila kata dia buat sambil lewa je dan tidak untuk bertanding apa lagi
mendapat tempat ke 3. Kalau buat betul2 agaknya JOHAN dah.
Anyway rezeki Nabila RM10 sebagai cenderahati.
19 April 2009

Tuesday, April 14, 2009

BEEPBOY

Salam Amin....
Yg bulat tu Beepboy.. Ha ha ha ha.. semua sihat je....... cute kan?

Wednesday, April 08, 2009

SEKITAR SMK MERBOK

KABUS DI SEPANJANG PERJALANAN KE SEKOLAH APRIL 2009
GAMBAR DIAMBIL SEKITAR JAM 7 PAGI
SUNGGUH INDAH SEPANJANG PERJALANAN KE SEKOLAH. SEJUK JER..
GAMBAR DIAMBIL DI HADAPAN KELAS NAJIB MEMBELAKANGKAN GUNUNG JERAI.
BERGAMBAR BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 2A7
(Kelas akhir)
Budak-budak ni selalu kata.. "Cikgu segak laaa".
Perkataan lawa. cantik jarang digunakan.. SEGAK je disebut.
AGENSI DADAH KEBANGSAAN MENJALANKAN UJIAN DI SMK MERBOK.

PENGAKUAN IKHLAS : Pelajar perempuan yang mengaku pernah mengambil dadah dan pernah menghisap rokok. Apa nak jadi kepada anak bangsa kita di kampung yang dulunya bersih????
Bakal-bakal pemimpin beginikah yang akan memimpin negara? Di usia muda sudah terjerumus ke lembah hina. Rokok, hidu gam, dadah menjadi mainan harian...
Gambar pelajar lelaki yang mengaku pernah terlibat.
Candid camera !! Muhd Syakir makan mee guna plastik jer.... ganti sudu.
Nak basuh tangan malas la pulak... Makan pulak dalam kelas jer... pelajar saya dalam kelas matematik Ting 2.
Gambar candid diambil dalam kelas Ting 5A3. Saya masuk pun 2 budak ni tak sedar.. Entah apa lah aktiviti malam mereka sehingga lena sakan.....


Sekian sahaja kiriman gambar-gambar sekitar SMK Merbok, Kedah.
Wassalam

HAMSTER BERANAK LAGI....

ASSALAMUALAIKUM
Sungguh tak disangka... ku sangka kan satu.. rupa-rupanya 4. Selepas kelahiran baby pertama 2 minggu lepas, tiba-tiba 5hb April lepas, lahir lagi 4 baby hamster (mati satu). Insyallah sehingga hari ini ketiga-tiga hamster masih sihat walafiat. Wahh..bertambah lah ahli hamster. Tak muat dah sangkar hamster tu.
Kpd Amin : Nak kee??? nak kalu..maktih belakan sekor utk Amin... Bagi nama Amin kat Hanster tu.. Tapi ada syaratnya..kena sponsor makanan, sangkar, dan aksesori hamster..BOLEH??

Okee... that's all for now...

Wassalam

Saturday, April 04, 2009

BABY HAMSTER 2 WEEKS AGE

KOID BENG SENG & HAMSTER AFTER 2 WEEKS

Koid Beng Seng- SMKBBSL Students SPM2008
Hair style pun semacam jer... Dari Kajang datang jumpa cikgu Rafidah...
Baby hamster dah cun... ada bulu dan kuat lari...
Cute nyerrrr.... alhamdulillah sihat baby hamster dijaga ibunya.
Assalamualaikum,
Hari ini 4hb April 2009, sedang relax dengan mak dan abg Z menonton TV jam 4.30 tadi, tetiba ada panggilan dari bekas pelajar SMK Bandar Baru Sungai Long Kajang. Katanya dia dah ada depan rumah!! Terkejut juga saya. Koid Beng Seng namanya. Seorang pelajar saya di Tingkatan 5 Harmoni SMKBBSL.
Dia datang bersama ayahnya, ibunya dan neneknya. Dia hanya singgah di depan rumah sahaja. Sempat kami berbual-bual sekejap kerana mereka ada acara Keagamaan iaitu perayaan Cheng Beng. Selepas bergambar, Koid Beng Seng pun balik lah.
Saya rasa sangat gembira kerana bekas pelajar sanggup mencari rumah saya dan datang jumpa cikgunya... Sebelum ni Eugene datang. Eugene pun ada sms bagi tau dia ada di Alor Setar rumah neneknya... pun balik untuk perayaan Cheng Beng. Tetapi dia hanya balik menaiki Air Asia.. Kalau tidak tentu dah sampai rumah saya...
Terima kasih kepada semua yang masih mengingati kami walaupun kami berada beratus kilometer dari Kajang/Selangor/KL. Yang belum sampai... bila lagi.... Jom melancong Kedah.

Gambar lain... Hamster yang dah membesar selepas 14 hari. Cute kan?
Sekian. Wassalam.

Friday, April 03, 2009

PILIHANRAYA DUN BUKIT SELAMBAU

T.CHANDRARAJAN - CALON BEBAS...
PERSIMPANGAN BANDAR LAGUNA MERBOK



ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA BLOG,

Suasana di Sungai Petani berperang poster. Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau yang akan berjalan pada 7 April akan datang. Malam ni (3hb Apr ) Anuar Ibrahim akan beri ceramah umum di Bandar Laguna Merbok. Belakang rumah kami jer.. dok kat dapur pun boleh dengar suara pembesar suara...

Bukit Selambau ke SP dekat jerr... ramai penduduk Bukit Selambau tinggal di SP. Sebab tu la.. SP jadi tumpuan. PAgi tadi di Pasar Taman Ria pun ada penyokong PKR masuk pasar dengan healer memberi maklumat mengenai calon PKR (Keadilan) dalam pasar !! Kebetulan saya berada di situ. Calon {KR pun ada sama (S.Manikumar). Katanya Wan Azizah pun ada.. tapi saya tak nampak pulak.



OK lah... kalau nak tahu perkembangan pilihanraya, lawati lah laman sesawang berikut...

http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanrayakecil

Wassalam