Friday, May 22, 2009

Confirm Abg Z keje di Jitra

Terkini Hamster.... Beepboy merajuk sebab sempit sangat rumah depa.... Amin.... bila nak sponsor rumah baru hamster ???



Assalamialaukum,

18hb Mei 2009 telah confirm Abg Z bertukar kerja di JKR. Pada 20hb lepas saya menemankan Abg Z melapor diri ke JKR Kubang Pasu yang terletak di Jitra. (Gambar di post yang lepas). Namun Abg Z belum mula kerja kerana MC Abg Z masih ada sehingga 13 Julai 2009. Abg Z melapor diri dan menyerahkan MC nya. Kami sempat berbual dengan Tuan Haji Abdul Kadir, cc di pejabat tersebut. Beliau agak simpati kerana rumah kami di Sungai Petani dan sangat jauh (1 jam 20 min perjalanan lebuhraya - Tol dalam RM 10). Dia mencadangkan agar Abg Z buat rayuan tukar tempat kerja.

Buat sementara, abg Z terpaksalah tinggal di rumah ibunya di Alor Setar (20 min ke Jitra) dan menumpang kakitangan JKR Kubang Pasu yang tinggal di AS (ramai dok kat AS).


Untuk makluman teman-teman, Abg Z dah boleh jalan agak laju dan agak kuat. Tetapi masih menggunakan tongkat. Untuk naik tangga agak susah (JKR Jitra tak ada lif - pej Abg Z di tingkat 2)


Sekian info terkini.


Saturday, May 16, 2009

Tetamu Singapore lagi - Nur Alshaari Putra

MELAWAT KE GUA KELAM PERLIS

Memang indah kejadian Allah. Walau di mana kita berada, hargailah keindahan alam.
Alshaari, Najib dan Zakwan bersedia meredah gua kelam.

Kenangan bersama Ashaari dengan mak abg Z.
(Alshaari adalah cucu kepada mak abg Z)
Inilah dia Tosei ANAKONDA. Hanya ada di Restoran Nasmir sahaja. RM6.50 kot harga satu. Panjang sampai guna 2 tray makanan. Memang special.

Sembang apa tu... Serius je.
Melawat perkampungan Tsunami di Kuala Muda.
Replika kejadian Tsunami.

Hari Ibu dan Birthday Abg Z

Empat jenis air yang diorder..
Island Red Cafe (IRC)
Menunggu order sampai sambil borak-borak.
Najib, Sham (adik ku) dan my boloved mom..
Happy Mothers Day mak...

Zakwan dah dapat yang dipesan.. Chicken Chop. Sedap...
Birthday Boy.. Abg Z. Dah setengah abad abg Z pada 10 Mei 2009 lepas.
Selamat Hari Ibu buat mak, Hajah Azizah Hashim. Moga mak sihat sehingga ke akhir hayat.


JKR Kubang Pasu.
Abg Z kemungkinan besar ditukarkan di sini mulai Jun 2009.
Assalamualaikum,
Gambar diambil sekitar makan malam sempena Birthday Abg Z dan Menyambut Hari Ibu. Lokasinya ialah Island Red Cafe di Jalan Sekerat, Sg Petani (dulu restoran Cengkih.com). Boleh tahan juga makanannya..sedap la. Kami order semua western food.
Gambar bawah pula ialah JKR Kubang Pasu di Jitra. Abg Z mendapat panggilan dari pihak Kementerian Kerjaraya baru2 ni memberitahu pertukarannya ke Kedah akan diluluskan tetapi tempatnya hanya ada kekosongan di Jitra sahaja. So.. maybe abg Z akan mulakan kerja di Jitra bila mc nya tamat pada 12 Julai depan. Cukup setahun abg Z cuti sakit semenjak diserang stroke pada 4 Julai 2008...
Setakat ini, abg Z dah boleh jalan walaupun agak lambat. Tetapi nak jalan lama memang tak mampu lah. Uruskan diri 100% memang tak boleh lagi. Sebab tu lah saya memohon doktor melanjutkan lagi mc nya. Tapi tadi abg Z frust sikit sebab Alias (PA dia) tak mau keje lagi mulai esok. Maknanya abg Z akan berseorangan lagi di waktu pagi sehinggalah kami balik sekolah. Sedih juga lah dalam hal ini keluarga sebelah abg Z bagai tak pedulikan dia.. Sesekali rasa lebih baik dok Kajang jer... tak ada keluarga tapi ada kawan-kawan dan jiran yang perihatin. (kawan2 Kajang memang tiada tandingannya.. i miss SMKBBSL).
Sekian dulu coretan dari saya. Maaf kalau ada tersilap dan termakan cili.
Wassalam..

Saturday, May 02, 2009

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN DI SP

Siri Ceramah Pertama di MRSM Merbok. 11 April 2009
Bersama pelajar selepas selesai ceramah.

Siri Ceramah ke 2 - SMK Che Tom Sg Petani.

30 April 2009

Silap ambil gambar.. setting ke video pulak.

Kem Ibadah dan Tetamu dari Singapore

SEKITAR KEM IBADAH DI MERBOK
Khemah untuk pelajar lelaki .
Guru2 SMK Merbok. Cik Maziah (PK Ko-ko), Kak Sham, saya dan Kak Siti.
Aktiviti Treasure Hunt - siapkan teka silangkata.

Makan time... sedap makan dalam hutan.
Najib dan Zakwan Hari Pertama - Khemah 3 hari 2 malam.
Pondok makan - tempat masak dan ambil makanan.
GAMBAR SEKITAR TETAMU DARI SINGAPORE
Abg Z dengan cucu penakan - Quraisha dari Singapura.

Makan besar - 3 keluarga. Lokasi - Tanjung Dawai (10 min dari SMK Merbok)

Wahhhh... banyaknya makanan..... Ikan segar-segar.
Nur Sabariah di samping cucu cucu penakan abg Z. Irdina, Nadrah dan Quraisha (anak Sabariah).
Berkunjung ke Laguna Merbok sebelum makan besar.
Dah ada TV LCD Sony 32 inchi dan Home Theatre Sony.
Azha (lesung pipt mahal), Sabariah dan Quraisha. Thanks for visiting us.
Assalamualaikum,
Cerita Pertama : PERKHEMAHAN IBADAH.
Pada 30 hb April - 2 hb Mei 2009, Zakwan dan Najib menyertai Kem Ibadah anjuran SMK Merbok. Petang Jumaat saya menghantar mereka ke kem tersebut yang terletak tidak jauh dari sekolah kami. Walaupun tempatnya agak tidak selesa, saya tetap menggalakkan anak2 menyertainya supaya mereka tahu tidak semua kehidupan di dunia ini menyenangkan. Walaupun ada kem ibadah yang agak ekslusif tetapi anak-anak tidak harus diberiken kesenangan selamanya.
Nabila? Dia saya minta menemankan Abg Z di rumah kerana saya juga perlu bertugas di kem tersebut di slot permainan (Treasure Hunt). Secara keseluruhannya anak-anak gembira berada di kem tersebut tanpa banyak merungut (merungut nyamuk gigit je).
Cerita ke dua : KUNJUNGAN ORANG SINGAPURA.
Kebetulan pada masa yang sama Azha dan Sabariah (Azha anak Abg Azim) datang ke Kedah. Selepas melancong ke Langkawi, mereka singgah ke Alor Setar dan Sungai Petani. Sewaktu di SP, mereka berkunjung ke rumah kami di Laguna Merbok. Anuar dan BAya dari Sik juga mengambil kesempatan datang ke SP berjumpa mereka. Malam 1hb kami semua bersama Nasharuddin dan Siti Aliza (Anak buah abg Z) bersama-sama ke Tanjung Dawai untuk makan-makan seafood di tepi laut. Nasharuddin awal-awal lagi dah booking dan order. Lihatlah menunya... ikan siakap masak 3 rasa dan kukus... ada banyak lagu menu lain. Thanks kepada semua yang turut serta di malam tersebut. Kami memang enjoy.. cuma kesian Zakwan dan Najib tak dapat menyertai makan besar tu.
Kepada Sabariah dan Azha, terima kasih kerana bawa macam2 buah tangan untuk kami. Pak Su (Abg Z) dapat sampai 3 T-shirt. Hadiah Pewangi rumah Body Shop mengharumkan rumah kami. Duit poket untuk anak-anak... seronok mereka. Insyallah kami ke Singapore hujung tahun ni.
Sekian dulu dari saya.
Moga terhibur membaca blog kami.