Najib dengan kek birthday yang di sponsor oleh bapaknya (abg Z laa)
Happy Birthday Najib.. ke 16 pada 21 Feb 2009
Kek Najib beli di Fatimah Bakery
Najib dengan kek birthday yang di sponsor oleh bapaknya (abg Z laa)
Happy Birthday Najib.. ke 16 pada 21 Feb 2009
Kek Najib beli di Fatimah BakeryVIDEO INI DIRAKAMKAN MENGGUNAKAN HANDFON NOKIA 3210 CLASSIC. RAKAMAN DIBUAT PADA 6 FEBRUARI 2009 DI ALOR SETAR KEDAH. LIHAT BAGAIMANA ABG Z MENYUSUN LANGKAH SATU PERSATU MENUJU KEPADA BONDA TERCINTA DAN BERSALAMAN. RISAU JUGAK TAKUT OFF BALANCE... NAJIB PEGANG PUN KENA MARAH... hehe...
PADA 9 FEBRUARI LEPAS GENAPLAH MAK BERUSIA 72 TAHUN. ALHAMDULILLAH MAK DIKURNIAKAN ALLAH DENGAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DAPAT MENJALANKAN IBADAT DAN TUGAS-TUGAS HARIAN DENGAN BADAN YANG SIHAT DAN BERTENAGA. SEAWAL PAGI JAM 7 PAGI SAYA TELAH MENGHUBUNGI MAK DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH. MENGGUNALAN LOUD SPEAKER HANDFON, KAMI NYANYI RAMAI-RAMAI LAGU HAPPY BIRTHDAY SEBAIK MAK KATA "HELLO"..
SELEPAS MAGHRIB KAMI KE RUMAH MAK MEMBAWA SEBIJI KEK DAN SPEGETTI YANG SAYA MASAK DI RUMAH UNTUK BUAT SURPRISE PARTY !!! ABG Z PUN IKUT SAMA... TAPI DIA MINTA MEE A.KHAN UNTUK DIMAKAN DI RUMAH MAK. MAK MEMANG TERKEJUT DENGAN KEZZUTAN KAMI. NI LAH SERONOKNYA BALIK DOK DEKAT DENGAN MAK (Kak Pah...jangan jelesss). TAPI ANGGAPLAH SAYA LAKUKAN SEMUANYA SEBAGAI MEWAKILI ANAK-ANAK MAK YANG JAUH DARI MAK. DI USIA YANG MENINGKAT, SEORANG IBU SERING MENGHARAPKAN KEHADIRAN ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU DI HARI ISTIMEWANYA. ALHAMDULILLAH SAYA ADA... MAK YANG PADA MULANYA AGAK MEMBANTAH KEPUTUSAN SAYA BALIK KEDAH NAMPAK GAYANYA DAH SEMAKIN SUKA. LEPAS MAKAN, KAMI PUN BALIKLAH... HAPPY BIRTHDAY MAK... KAMI ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU SENTIASA BERDOA MAK PANJANG UMUR DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK. AMIN....
Assalamualaikum teman-teman semua,
Pada 28hb lepas kami telah berpeluang mengunjungi Jeniang dan Sik. Perjalanan bermula jam 10 pagi. Abg Z juga ikut bersama mak saya, Hajah Azizah, ketiga-tiga anak saya dan 2 anak Sham (Hafiz dan Irfan). Pak Ndak Rosli siap tunggu di plaza tol Sungai Petani Utara untuk membawa kami ke tempat beliau menternak ayam secara besar besaran di Jeneri, Jeniang. Jauh juga perjalanan ke kawasan menternak ayam tu. Sesampainya di sana kami tak sangka keadaan jauh dari apa yang kami sangkakan. Ayam diternak di dalam kawasan bertutup 100% dan berhawa dingin !!! Tak ada bau busuk. Tak ada bulu ayam berterbangan... Inilah pertanian zaman moden. Sebanyak 20 ribu ekor anak ayam berusia 2 minggu di dalam satu relau (lau) yang sangat besar memanjang (gambar). Ternakan ini hanya dijual dan TIDAK diproses. Anak-anak ayam diperolehi daripada pembekal di Negeri Sembilan. Anak ayam juga dibawa di dalam lori berhawa dingin...
Abg Z juga dibawa masuk ke dalam lau ayam. Kami sangat teruja melihatnya. Pemandangan di sekitar juga sangat cantik dengan musim kering dan daun-daun getah menguning. Lau terletak di dalam kawasan ladang getah milik datuk nenek kami. Pak Ndak (Rosli) memajukannya dibantu oleh Pak Njang (Ridhwan - bapa saudara) dan anak Pak Ngah, Shafizan. Kami berehat di sebelah pohon buluh dan berlapikkan meja buluh buatan Pak Ndak. Ada pula kopi disediakan oleh Shafizan. memang sedap. Cuaca juga sejuk je. Ayam yang diternak dibela sekali gus dalam usia yang sama. Maknanya kalau ayam yang kami tengok berusia 14 hari, kesemua 20 ribu ekor berusia 14 hari. Ayam dibela sehingga tempoh matang selama 34 hingga 40 hari. Selepas melawat kawasan ternakan ayam, mak mengambil kesempatan melihat tanahnya yang diusahakan oleh pihak RISDA dengan menanam getah. Hasil getah akan diberikan oleh pihak RISDA dengan mengkreditkan terus ke akaun pemilik tanah.
Selepas beberapa jam di kawasan ternakan, kami bergerak pula ke rumah Baya di Sik. Anuar menjemput kami di pekan Sik. (Anuar ialah anak buah Abg Z). Di rumah Baya (isteri Anuar), kami dijamu makan tengahari. Mak Baya dan Baya masak. Ada kari ayam dengan UBI KEMILI. Ada yang tak pernah dengar UBI KEMILI?? Ubi berwarna hitam berbentuk macam kacang tanah... kulit lembut dikupas macam ubi kentang kentang juga. Sedap tau.....
Kenyang makan kami pergi pula ke Lata Mengkuang tempat berkelah dengan sungainya... Tapi musim kemarau, air pun kurang. Abg Z tunggu dalam kereta je... penat dia seharian berjalan. Selepas balik dari Lata Mengkuang, kami pekena KOPI kampung buatan sendiri mak Baya.
Kami sampai rumah jam 7.20 malam. Abg Z penat betul... Kaki pun bengkak dah. Untuk makluman semua, Abg Z sekarang dah mula makan macam biasa. Cuma dia tak suka makan nasi je... (makan sikit). Abg Z boleh habiskan mee goreng mamak sepinggan dan pasembor sepinggan. Nasi lemak pun dia dah makan sepinggan dengan lauk-lauk kegemarannya. Tiub di hidung Abg Z juga telah ditanggalkan.
Sekian dulu coretan hari ini...
Wassalam