Ini cerita lama... teringat nak masukkan dalam blog. Kisah Ally jadi pembunuh !!!..
Kisah baby rabbit yang telah ditempah oleh seorang guru.... Rabbit diletakkan dalam sangkar. Dalam sangkar diletakkan kotak agak besar untuk baby rabbit.
Tapi tak sangka pulak baby rabbit berjaya keluar dari kotak dalam sangkar. Dan sangkar pula jaringnya agak luas sehingga boleh dibolosi baby rabbit. Kebetulan pula Ally ada berkeliaran dalam rumah ketika baby rabbit bolos...
Ahhh... sedih nak cerita... kejadian di pagi hari... jam 6.30 pagi ketika kami sibuk siap-siap ke sekolah...
Kepada Cikgu Hafizah... tunggu rabbit lahirkan baby lagi yer...
Berita terkini... Rabbit melahirkan 5 baby rabbit... tapi mati 2 ekor dan hanya 3 ekor hidup... dan ada seekor cacat kakinya,,,, kaki belakang terbalik arahnya...
Ketika blog ini ditulis.. usia baby rabbit 4 hari sahaja.
Moga ada lagi yg lahir dan sempurna semuanya...
Wassalam
Monday, May 03, 2010
Tuesday, March 16, 2010
LANGKAWI 15-16 MEI 2010
Saturday, February 27, 2010
KUCING BARU KAMI BELA
Setelah di minta beberapa lama oleh anak-anak untuk dapatkan seekor kucing parsi untuk dibela... akhirnya saya dengan berat hati menerima permintaan mereka untuk membeli seekor kucing kacukan Himalaya dan Siam... sungguh mahal harganya.. RM 700... tapi alhamdulillah cukup comel... manja.... sentiasa nak duduk sebelah orang.. nak rasa kehangatan badan manusia. Kami namakannya ALLY (macam ALLYCATS). Hari pertama sampai ke rumah (27 Feb 2010) Ally seperti cuak dan gelisah. Berjalan mundar mandir. Mencari keselesaan dalam rumah barunya. Makan pun tak mau. Sehingga blog ini ditulis, Ally masih tak lalu makan. Makan pun sikit jer...
Tpi kemanjaannya terserlah. Menyondol jer... cukup manja.. manja yang sukar dinyatakan... Dah manja macam ni terasa berbaloi RM700. Puas ingatkan anak-anak.. jaga ALLY baik-baik. Mahal harga ALLY tu.
Mudah-mudahan Ally menjadi teman anak-anak dan saya sendiri dan menceriakan suasana rumah kami.
ketika blog ini ditulis, Ally ada disebelah saya... manja...
Friday, February 19, 2010
Sunday, December 20, 2009
BERCUTI HUJUNG TAHUN KE KL
10,11,12 Dis di Kajang, Sempat jumpa kawan2 SMKBBSL dan jiran-jiran lama.
Dugaan... dalam perjalanan ke Kajang, sebelum tol tayar kereta masuk besi tajam kecil )macam paku). Nasib baik masih dalam kawasan PLUS Highway. PLUS Ronda datang tolong kami. Kejap je tunggu... nasib baik tayar spare in good condition. Lepas tu kenalah ke kedai tayar. Tapi alangkah malangnya... lubang yang dimasuki besi tu agak besar dan kena tukar tayar. Tayar pulak saiz 80 yg tak ada stok..kena order.. hu hu.. last2 tukar 2 tayar depan saiz 75... satu tayar RM170. Campur balancing, allignment.. RM380 terbang.... Ahhhhhhhhhhhhhhh.... lari budget.
Assalamualaikum,
Cuti kali ni kali kami ke KL agak lama jugak. Dari 9 Disember sehingga 21 Disember. Banyak tujuan :
1. Buat tuisyen (ha ha.. kawan2 request utk anak2 depa.. last2 2 org je ada)
2. Jadi baby sit baby Aiman (cucu sedara) utk 3 hari.
3. Hantar mak ke Australia (mak ke Aust dgn kak Na dan sepupu kami)
4. Jumpa teman2 lama ITM Arau (dapat jumpa Din dan Fathi jer )
5. SHOOPING.........SHOPPING........... sempat pi IKEA, The Curve, IKANO, One Utama, ALAMANDA..
6. Realease tension.
Untuk pengetahuan teman2 abg Z.. dia tak ikut. Dia ada plan dia sendiri dengan geng VIVA ke LUMUT.
Sekian dulu...
Sila buka blog Nabila untuk gambar-gambar Rabbit kami yg melahirkan anak-anak yg comel..
http://nabilakajang.blogspot.com/
Friday, November 13, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)