

Assalamualaikum,
Cuti sekolah hujung tahun 2006 sudah hampir ke penghujungnya. Terasa pula pendek cuti kali ini. Biasanya saya akan berada di rumah Mak Tok atau rumah Mak Long di Terengganu bila cuti hujung tahun. Tapi kali ini saya sepenuh masa berada di rumah. Selepas balik berjalan-jalan di Terengganu, saya telah mengikuti program Tuisyen Intensif yang dikendalikan oleh cikgu-cikgu sekolah mak saya. Tuisyen ini hanya memakan masa 2 minggu sahaja dan setiap minggu sebanyak 4 hari saya tuisyen iaitu Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Semuanya 8 hari untuk 2 minggu. Banyak juga kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu saya. Gambar tu... tengok lah...
Selepas siapkan kerja sekolah, saya akan main komputer game. Saya suka main game Need For Speed dan game GTA.
1 comment:
Orang sini pun suka main NFS dan GTA juga, among other games.
Post a Comment