Saturday, December 01, 2007

Picnic dengan member sekolah





































Assalamualaikum


Baru-baru ni (28 Nov) , teman-teman sekolah yang terdiri dari cikgu-cikgu SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang telah merancang perkelahan Tahunan!!... Tahun lepas pun ada. Tapi kali ni ahli bertambah lagi. Yang turut serta ialah Wan, Hasnah, Zaiton, Afidah, Norliah, Maheran, Sarbanun dan tak ketinggalam Eugene.. atau nama panggilan manja "Muhammad Eugene".. Cikgu2 datang dengan anak-anak masing-masing.


Tempatnya ialah di Impiana Resort Hulu Langat. Tempat ni sebenarnya dibina oleh seorang pensyarah sebagai tempat perkhemahan atau pusat latihan. Tempat ini dijaga rapi dan bersih. Sudah tentu kami dikenakan sedikit bayaran. Tapi tak kisah lah..asalkan best, dapat enjoy dan yang penting perkhelahan seperti ini mengeratkan lagi silaturahim sesama guru.


Masing-masing membawa anak-anak. Kalau nak dikira, hampir mencecah 50 orang yang ada dalam picnic tu.



Kami sempat buat BBQ. Kali ni ada lamb chop, ikan bakar, udang bakar dan sausages. Maheran pulak bawa nasi kerabu. Saya sendiri (rafidah) bawa meehoon dan lamb chop yang telah diperap semalaman. Banyak lagi makanan lain...



Ada gambar wakaf yang kami sewa. Boleh rehat dan duduk makan2 di situ. Cikgu Wan dan saya sempat mengendalikan game dalam air. Ada hadiah disediakan. Cikgu Wan yang sponsor hadiah sempena birthday Adam anaknya. Tapi kejadian sedih berlaku apabila Kek Birthday Adam terjatuh dan 'penyet'... tak dapatlah potong kek sebab dah 'out of shape'..









Ini gambar kek birthday Adam yang terjatuh







Lama jugak kami berpicnic.. seawal 9.30 pagi sampai jam 4.30 petang. Penat memang lah penat. Tapi kemeriahan di tepi sungai memang tak dapat dilupakan.


Semoga aktiviti ini akan berterusan lagi di tahun-tahun akan datang.


Sekian. Nukilan : Rafidah 1 Disember 2007.

































No comments: