Assalamualaikum,
Selepas Reunion lepas, saya berjaya menjejaki seorang rakan baik (best friend) sewaktu di Convent dulu. Fauziah Hassan. Dulu dia tinggal di Quarters KTM SP. Memang kami kawan baik betul... sampaikan saya pernah ikut Fauziah balik kampungnya di Balik Pulau Pulau Pinang sewaktu kenduri kakak Fauziah. Terlalu banyak kenangan manis kami lalui bersama. Macam jejak kasih pulak time pertemuan tersebut. Peluk.. cium... berpegang2 tangan.... Pertemuan semula setelah 26 tahun berlaku di SMK Seksyen 16 Shah Alam iaitu tempat kerja Fauziah. Tak sangka pulak kami sama-sama jadi cikgu.. Inilah gambar kami berdua.. Memang best. Untuk Fauziah.. let's be best friend again...
No comments:
Post a Comment