Thursday, August 07, 2008

DALAM DUKA ADA GEMBIRA

MENCUBA JUBAH GRADUASI

AKHIRNYA KEJAYAAN MILIK KAMI... DENGAN WAN NORLIZA
MERAIKAN KEJAYAAN BERSAMA. WAN BELANJA
WAN, NORLIAH DAN SAYA.. MENUNGGU SUP GEAR BOX
Salam...
Alhamdulillah akhirnya saya, Wan, Lia, Fasihah dan Kak Mahfuza berjaya menamatkan Masters kami di UKM. Isnin lepas 4 Ogos, kami ke Pusat Pengajian Siswazah untuk mengambil Jubah Konvokesyen. Try punya try.... cari yg sesuai.. terasa gembira sangat. Penat lelah mengejar masa, kuliah dan assignment berbaloi. Lepas mencuba jubah, Wan belanja di Restoran Village View. Kami makan ikan siakap masak 3 rasa, sup gearbox, lala masak pedas, sayur kangkung masak belacan... dan air jus buah buahan.
Namun di sudut hati saya.. terasa gembira saya tak dapat diraikan bersama di dewan konvokensyen bersama Zak. Dua pas masuk tak digunakan. Wan ajak Nabila temankan ibu tercintanya. Satu lagi pas masuk diserahkan kepada abang Wan. Mana tahu... satu keajaiban berlaku.. Zak dapat bangun 12 Ogos!!!
Tahniah pada diri ku... Wan... Lia... Kak Mahfuza dan Fasihah..
Syukur kehadrat Allah s.a.w atas kejayaan yang Kau limpahkan. Sembuhkanlah suamiku dari penyakit angin ahmar... Jauhilah hambamu daripada sebarang kejahatan angin ahmar.
Rafidah 08.08.08


4 comments:

Amin said...

Congratulations! Nanti cakap la kat mana restaurant tu nampak menarik je!

Muzlifah said...

Tahniah Idah, syukur Alhamdulillah, moga bertambah rezeki dan berkat untuk keluarga Idah... setiap dugaan ada balasan lebih baik untuk orang yang bersabar.

wahi said...

tahniah idah! moga2 berkat ijazah tu sampai ke Zakaria, insyaAllah sembuh dan seperti sebelumnya.

Diari Adam said...

sesama lah kita grad kak fidah ....akhirnya berjaya jugak kita menghabiskan master kita - wan