Assalamualaikum semua pembaca blog juga teman-teman ofis abz Z di JKR KL. Tentu ramai yang tertanya-tanya macamana abg Z sekarang. Abg Z dah dibuka tiub di hidung dalam sebulan lepas bila saya dapati dia dah mula lalu makan. Makanan pertama yang dia habiskan ialah Roti Canai Telur. Walaupun dia mengambil masa yang agak lama untuk menguyah (20 min makan r.canai) tapi akhirnya habis jugak la...
Sejak dari itu lah macam-macam yang dimintanya. Roti Arab, Mee Goreng Mamak, Peknga.. Nasi Briyani Gam Johor (ada jual si SP),Nasi Kandaq dan macam macam lagi lah... Buah pun dia minta. Kalau dulu susah nak buang IWK, tapi sekarang dah ok dari dulu.
Abg Z juga suka telefon kawan-kawan dia samada kawan lama atau kawan di SP (lagi lama- zaman dia di IKM SP). Kadang-kadang pelik gak..... mana dia dapat phone number... lepas dia call, ada juga kawannya datang melawat dia di rumah. Dia memang suka ada tetamu datang. So kalau ada kawan-kawan Abg Z yang dia call tu... layan je lah... Dia kesunyian.
Abg Z juga dah laju jalan pakai tongkat. Tak terhoyong hayang dah. Sesekali saya beri cubaan dia berjalan tanpa tongkat.. Alhamdulillah memang boleh setakat 6-7 langkah. Cuma dia masih lagi bergantung kepada lampin pakai buang. Tetapi sewaktu membuang air kecil, dia beritahu dan kami sempat guna corong bekas air kencing. Maknanya lampinnya tak lah kena air kencing.
Ok laa... nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Abg z.
Wassalam.
1 comment:
Alhamdulillah Pak Tih... tolong makan nasi ayam untuk Amin di sini ye... rindu ler...
Post a Comment