Salam, Sorry la video ni terbalik pulak. Video diambil pada 26hb Mac 2009 jam 7 malam. Sebenarnya sejak bibik kami lari dari rumah, Abg Z lebih berdikari. Dia mula bangun sendiri tanpa dibantu. Tapi sejak seminggu ni sesekali nampak dia jalan dalam rumah tanpa tongkat. Sejak bibik lari 3 hb, abg Z duduk di rumah berseorangan selama 3-4 hari sehinggalah baru-baru ni kami telah jumpa seseorang yang dapat jaga abg Z di pagi hari. ALIAS namanya. Secara kebetulan terjumpa dia di kedainya yang menjual kerusi hiasan laman yang dibuat dari batu, seramik dan jubin. Kebetulan pagi-pagi hari dia tak buat apa-apa... saya minta dia ke rumah menemankan Abg Z.
Ahad lepas dia mula kerja di rumah kami. Memandikan abg Z... beli breakfast dan temankan abg Z makan.. kira dia ni macam PEMBANTU PERIBADI abg Z laa.... Upahnya RM20 sehari. Dia akan berada di rumah kami dari jam 8pg hingga 2 tengahari. Tapi yang lawaknya.... Abg Z dah pandai ajak Alias 'keluar' rumah. Pagi-pagi Alias akan memandu kereta saya yang ditinggalkan di rumah (Suzuki APV). Macam-macam tempat mereka pergi.. makan roti canai lah.. nasi lemak.. tosei... emmm... kira breakfast di luar je laa.... Semalam depa pi Kepala Batas Seberang Perai nak berubat Abg Z. Tapi tak jadi jumpa doctor tu sebab masa suntuk dan Alias kena balik jemput anaknya balik sekolah (tadika).
Tapi ada juga yang merisaukan saya melihat amalan pemakanan Abg z sekarang. Dia makan 'sungguh'.... teringin macam-macam... dah tak kira penyakit dah walaupun puas saya nasihatkannya. Kalau bising-bising dia mulalah marah. Tak pantang langsung lah... Tapi bila saya check darah utk kencing manis, tahap kencing manisnya dalam 6 sahaja. DArah Tinggi pun tak la yeruk sgt.
Ok la..mengantuk pulak..... Bye.
4 comments:
Tahniah!!
Bagus2 dah boleh jalan tanpa tongkat.. keep it up...wah... ada pembantu dan drebar peribadi nu...
salam bl0gwalking~~
aku doakan semoga abag ckgu sihat... dpd kbj n kekawan dari sg long
Post a Comment