Assalamualaikum,
Hari ini 4hb April 2009, sedang relax dengan mak dan abg Z menonton TV jam 4.30 tadi, tetiba ada panggilan dari bekas pelajar SMK Bandar Baru Sungai Long Kajang. Katanya dia dah ada depan rumah!! Terkejut juga saya. Koid Beng Seng namanya. Seorang pelajar saya di Tingkatan 5 Harmoni SMKBBSL.
Dia datang bersama ayahnya, ibunya dan neneknya. Dia hanya singgah di depan rumah sahaja. Sempat kami berbual-bual sekejap kerana mereka ada acara Keagamaan iaitu perayaan Cheng Beng. Selepas bergambar, Koid Beng Seng pun balik lah.
Saya rasa sangat gembira kerana bekas pelajar sanggup mencari rumah saya dan datang jumpa cikgunya... Sebelum ni Eugene datang. Eugene pun ada sms bagi tau dia ada di Alor Setar rumah neneknya... pun balik untuk perayaan Cheng Beng. Tetapi dia hanya balik menaiki Air Asia.. Kalau tidak tentu dah sampai rumah saya...
Terima kasih kepada semua yang masih mengingati kami walaupun kami berada beratus kilometer dari Kajang/Selangor/KL. Yang belum sampai... bila lagi.... Jom melancong Kedah.
Gambar lain... Hamster yang dah membesar selepas 14 hari. Cute kan?
Sekian. Wassalam.
Gambar lain... Hamster yang dah membesar selepas 14 hari. Cute kan?
Sekian. Wassalam.
1 comment:
Semakin ramai warga sg long ke sungai petani nampak??? bila lah kelab jom jalan-jalan nak pi ni??? nanti kami balik dari danau toba dulu yerrr he he he
Post a Comment