Monday, July 06, 2009

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN DI SMKBBSL - SIRIH PULANG KE GAGANG

Wahh.... dari Kedah ke Kajang... sampai di Hentian Jalan Duta jam 4.30 pagi, jam 10.30 pagi dah ada di SMKBBSL beri ceramah.... Hebat hebat.... Semuanya kerana memenuhi permintaan Pengetua SMKBBSL Puan Hajah Salimah bt Jafri. Apa juga sangggup ku rempuh untuk mu wahai Puan Salimah.... Itu pun dia minta datang lagi polish budak2 SMKBBSL sebelum SPM. Insyallah ada peluang dan masa saya datang lagi. Pelajar Ting 5 masih di bawah tanggungjawab saya kerana saya yang mengajar mereka di Ting 4 dahulu (2008).

Bergambar bersama pelajar dan guru SMKBBSL.. En Willeam, En Ismail dan Puan Rasmidi.
Pelajar SMKBBSL tekun mendengar ceramah. Yang best... pelajar2 ni siap bagi tepukan gemuruh bila saya masuk je Bilik Wawasan ni.. terasa macam artis pulak.. Tahun 2008 saya mengajar mereka Prinsip Perakaunan tingkatan 4. Ada juga yang bertanya "suami cikgu sihat?" Teruja saya.... mereka memahami kenapa saya tinggalkan mereka.
Untuk makluman pembaca blog SMK BAndar Baru Sungai Long mempunyai pelajar 85% bangsa CINA. Namun mereka tetap menghormati saya sebagai guru. Inilah Malaysia.... Hidup dalam berbilang bangsa, UNIK UNIK...
Sekian, Wassalam

No comments: