Sunday, October 04, 2009

ABG ZAK MASUK HOSPITAL LAGI

Zakwan bergaya dengan Perodua Viva Elite
Suasana dalam wad, Zakwan, Nabila dan belakang tu, Anuar anak buah Zak.
Zak atas katil Wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Assalamualaikum,

4hb Oktober 2009. pagi... kejadian di A.Setar... Zak tak bangun untuk ke kerja. Mak Zak, Farah yang berada di rumah ketika itu menyangka Zak cuti dan membiarkan dia tidur. Tetapi apabila Zak bangun untuk ke tandas, dia tak dapat bangun dan terkencing di tempat tidurnya. Melihat keadaan Zak yang agak lemah, mereka (bantuan Nash) memanggil ambulance. Zak ada juga pitam dan tak sedarkan diri bila mereka kejutkan dia sebelum ambulance datang.


Saya dan anak-anak ketika itu berada di sekolah. Sebaik selepas sekolah, kami bergegas ke hospital. Ketika itu Zak masih di wad kecemasan (Yellow zone). Saya datang membawa GL dan selepas itu mendaftarkan Zak untuk masuk wad.


Kini Z berada di wad 7B katil 9. Keadaan dia ok. Cuma doktor ada bertanya mengenai sejarah dia mendapat stroke. Nasib baik saya ada membawa referral letter dari Hospital Serdang. Doktor juga hairan macamana Zak boleh ada HYPO (suger level rendah).


Doakan Z akan sembuh dan kembali bekerja. Untuk makluman semua, Zak dah beli kereta Viva Elite untuk dia ulang alik ke tempat kerja. Dia dah mula memandu sendiri sejak seminggu lepas. Dia juga memandu balik Sungai Petani kali pertama minggu lepas.


Sekain info terkini.


Laporan 5 Oktober 2009

No comments: