Kasihnya bapa : abg Z datang meraikan Father's day.... Tapi kek ada juga tulis Mother's day... Two in One laaa...
Assalamualaikum buat semua teman-teman pembaca blog diarizakwan.
Hari ini tanggal 2 September 2010, cukup setahun tarikh perceraian saya dan abg Z. Maaf kerana tiada satu pun tulisan saya menyentuh mengenai perkara ini. Bukan tidak mahu mengumumkan, hanya terasa terlalu drastik kalau diuar-uarkan setahun yang lalu. Cuma pada ketika ini rasanya sudah ramai sedia maklum tentang status hubungan kami berdua. Ada yang tahu melalui facebook, dan ada yang tahu melalui saya sendiri terutama kawan-kawan di SMKBBSL. Walaupun kejadian yang berlaku agak pahit tetapi kalau itu jalan terbaik buat kami, maka kami berdua redha.
Insyallah walaupun kami dah berpisah secara sah, hubungan kami anak-beranak masih baik dengan abg Z. Gambar yang dipaparkan semuanya selepas perceraian. Kalau teman-teman buka ke blog Oktober tahun 2009 (http://diarizakwan.blogspot.com/2009_10_01_archive.html) post yang menceritakan abg Z masuk wad, ketika itu kami sudah pun bercerai, namum atas dasar persaudaraan sesama Islam, saya tetap melawat abg Z dan meminta anak sulung kami Najib untuk menemankan Abg z di hospital malam pertama itu. Begitu juga Hari Raya tahun lepas, kali pertama anak-anak beraya tanpa abg Z di hari raya pertama, namun saya tetap menemukan mereka pada hari raya ke 3.
Raya kali ini, raya ke 2 bagi anak-anak tanpa abg Z. Namun Alhamdulillah anak-anak faham apa yang berlaku antara saya dan abg Z dan mereka dari awal tidak mengalami sebarang masalah emosi. Hubungan mereka dgn abg Z tetap baik walaupun tidak serumah. Sesekali abg Z akan datang SP membawa mereka keluar makan-makan di luar. Sesekali juga saya akan hantar mereka ke ASetar duduk dengan abg Z. Hubungan dengan keluarga abg Z masih mesra seperti dahulu. Bekas mak mertua saya tetap melayan saya dengan baik bila kami berkunjung ke rumahnya. Abg Z tidak lagi tinggal dengan bekas mak mertua sejak abg Z mendirikan rumahtangga dengan isteri barunya Kak Kamariah (30 Mac 2010). Untuk maklumat semua, abg Z bertugas di JKR Kubang Pasu, Jitra. Alhamdulillah Abg Z sudah boleh memandu kereta dan berulang alik dari A.Setar ke Jitra setiap hari bekerja. Dia gembira bertugas di sana.
Kepada teman-teman, apa pun yang terjadi kepada saya dan abg Z, saya tetap menghargai jasa teman-teman sepanjang kami tinggal di Kajang. Kepada rakan sekerja Abg Z di Cawangan Pendidikan JKR… terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa bertanya khabar kami. Maafkan kami kerana membiarkan teman-teman tertanya-tanya. Semoga dengan pengakuan ini, teman-teman akan lebih memahami dan tidak menyangka sesuatu yang tidak baik. Sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita hanya merancang, tapi Allah menentukan semuanya. Tidak ada sesiapa pun yang mendirikan rumahtanggan yang mengharapkan penghujungnya berakhir dengan perpisahan.
Di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca blog, teman-teman SMK BB Sg Long, SMK Perimbun, teman-teman guru Hulu Langat yang masih mengenali saya, jiran-jiran di Taman kantan Permai, Kajang, Kakitangan JKR Cawangan Bangunan dan Cawangan Pendidikan, Guru-guru SMK Merbok dan sesiapa sahaja yang masih setia membaca blog kami.
Saya memohon maaf juga bagi pihak abg Z jika ada yang tersilap kata sepanjang perkenalan kita semua. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t. dalam apa jua pekerjaan kita.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment