Assalamualaikum,
Setelah sekian lama tidak menulis, diharapkan kali ini saya akan mula menghidupkan kembali blog ini. Itupun setelah beberapa teman dan saudara bertanya apa perkembangan baru kami anak beranak.
Saya kini masih tinggal di rumah mak di Taman Sejati. Setiap pagi hari bekerja saya, Nabila dan Zakwan akan bertolak seawal 6.50 pagi ke sekolah. Najib sementara menunggu panggilan sambung belajar, dia bekerja di sebuah kedai 24 jam iaitu T-Shoopie yang terletak di Bandar Laguna Merbok. Najib tinggal di Laguna. Bilik Utama di rumah Laguna tidak terlibat dalam pengubahsuaian. Senang bagi Najib berulang alik ke tempat kerjanya.
Zakwan kini dalam tingkatan 4. Nabila pula di tingkatan 3 dan akan mengambil PMR tahun ini.
Saya harap Najib akan berpeluang melanjutkan pelajarannya di IKM bidang MARATIM. Kursus tersebut ditawarkan di IKM Beseri Perlis. Pilihan lain untuk Najib ialah bidang perhotelan dan hospitaliti. Tengok lah mana satu yang dipilihnya nanti.
Sekarang agak payah sedikit mengharungi kehidupan kerana menumpang sementara di rumah mak. Jarak ke sekolah agak jauh. Anak-anak pula boleh dikatakan setiap malam tuisyen di Laguna. Setiap malam kerja saya ialah menghantar, menunggu dan menjemput mereka balik tuisyen. Sementara menanti, saya akan berehat di rumah Laguna. Banyak juga kos minyak yang saya terpaksa tanggung.
Saya? Emmm masih sendirian. setakat ini tiada banyak masalah menguruskan keluarga dan anak-anak kerana sejak dulu pun banyak urusan rumah dan anak-anak saya yang buat. Tiada istilah penat... jemu atau muak.. saya harungi semua dengan tabah.
Sekian dulu coretan saya.
Moga Allah permudahkan setiap urusan saya.
Moga Allah jadikan anak-anak saya anak-anak yang soleh dan solehah.
Moga Allah murahkan rezeki saya anak beranak
Moga Allah kuatkan diri ini dalam mengharungi apa jua onak dan duri
Moga Allah memberikan tubuh badan yang sihat kepada saya dan anak-anak.
Amin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment