
3 DARA PINGITAN SMK MERBOK- AINUL, INTAN N NABILA
Ainul n Nabila berpisah dgn Intan

Teman-teman rapat Nabila yang terlibat dalam projek Video Merdeka

Kegemaran Nabila... Roti dgn Nutella.. emm sedap..
Assalamualaikum,
Tanggal 28hb Januari 2012, Nabila bertukar sekolah ke Sek Men Teknik 2 (naik taraf ke KOLEJ VOKASIONAL). Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pada mulanya memang nabila apply online tapi tak berjaya. Saya pun agak tak kisah sangat di mana dia belajar. Tapi memandangkan saya terlibat secara langsung dengan pembinaan kurikulum Kolej Vokasional di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya, rasa elok juga berjinak-jinak dengan Kolej Vokasional. Walaupun saya bukan tenaga pengajar di Sekolah V0kasional, sekurang-kurangnya dengan adanya Nabila ke SM Teknik 2 Sg Petani, dapat juga saya mengikuti perkembangan sekolah vokasional.
Dengan bantuan Cikgu Norhayati yang selalu saya jumpa di KL dalam mesyuarat2 KV, aku bertanya jika ada kekosongan. Alhamdulillah walaupun sudah melebihi 30 pelajar dalam kelas tersebut, nabila dibenarkan masuk ke Sek Teknik 2 (Vokasional). dalam kelas Nabila sudah ada 32 pelajar termasuk dia. Nabila masuk aliran Pengurusan Perniagaan. Alhamdulillah masih lagi akan belajar Akaun dan saya boleh membimbing nabila di waktu cuti-cuti sekolah.
ASRAMA?? Ya... pertama kali nabila berjauhan dengan saya. Segala persediaan ke asrama nabila yang banyak membantu. Dia yang merancang apa yang nak dibawa. Nampak kesungguhannya untuk berhijrah ke sekolah baru dan tinggal di asrama. Mudah mudahan Nabila dapat sesuaikan diri di tempat baru.
Di rumah tinggal lah saya dan Zakwan. emmm sunyi juga tanpa Nabila.
nasib baik lah Zakwan rajin juga berbual di rumah. Pada masa yang sama dapat lah saya tumpukan perhatian kepada zakwan yang akan menduduki SPM hujung tahun ini. Zakwan juga nampak semangat baru untuk berjaya dalam pelajarannya. banyak masa ditumpukan kepada pelajaran.
Doaku :
" Ya Allah ya Tuhanku, yang maha mengetahui. Bantulah hambaMu ini di dalam mengharungi kehidupan yang sungguh mencabar. Kuatkanlah semangat ku... jauhkan aku dari tipu muslihat dunia... Ya Allah ya Tuhanku, Perelokkanlah akhlak anak-anak ku, kuatkan lah iman mereka, jauhilah mereka daripada kejahatan dunia dan aku memohon kepadaMu agar anak-anak ku berjaya di dalam pelajaran mereka. Amin..."
Wassalam.
29 Jan 2012
11.30 malam.
No comments:
Post a Comment