Saturday, December 01, 2007

Picnic dengan member sekolah





































Assalamualaikum


Baru-baru ni (28 Nov) , teman-teman sekolah yang terdiri dari cikgu-cikgu SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang telah merancang perkelahan Tahunan!!... Tahun lepas pun ada. Tapi kali ni ahli bertambah lagi. Yang turut serta ialah Wan, Hasnah, Zaiton, Afidah, Norliah, Maheran, Sarbanun dan tak ketinggalam Eugene.. atau nama panggilan manja "Muhammad Eugene".. Cikgu2 datang dengan anak-anak masing-masing.


Tempatnya ialah di Impiana Resort Hulu Langat. Tempat ni sebenarnya dibina oleh seorang pensyarah sebagai tempat perkhemahan atau pusat latihan. Tempat ini dijaga rapi dan bersih. Sudah tentu kami dikenakan sedikit bayaran. Tapi tak kisah lah..asalkan best, dapat enjoy dan yang penting perkhelahan seperti ini mengeratkan lagi silaturahim sesama guru.


Masing-masing membawa anak-anak. Kalau nak dikira, hampir mencecah 50 orang yang ada dalam picnic tu.



Kami sempat buat BBQ. Kali ni ada lamb chop, ikan bakar, udang bakar dan sausages. Maheran pulak bawa nasi kerabu. Saya sendiri (rafidah) bawa meehoon dan lamb chop yang telah diperap semalaman. Banyak lagi makanan lain...



Ada gambar wakaf yang kami sewa. Boleh rehat dan duduk makan2 di situ. Cikgu Wan dan saya sempat mengendalikan game dalam air. Ada hadiah disediakan. Cikgu Wan yang sponsor hadiah sempena birthday Adam anaknya. Tapi kejadian sedih berlaku apabila Kek Birthday Adam terjatuh dan 'penyet'... tak dapatlah potong kek sebab dah 'out of shape'..









Ini gambar kek birthday Adam yang terjatuh







Lama jugak kami berpicnic.. seawal 9.30 pagi sampai jam 4.30 petang. Penat memang lah penat. Tapi kemeriahan di tepi sungai memang tak dapat dilupakan.


Semoga aktiviti ini akan berterusan lagi di tahun-tahun akan datang.


Sekian. Nukilan : Rafidah 1 Disember 2007.

































Friday, November 09, 2007

Kisah Tragis Beg Tangan Di curi...

Salam.. (Rafidah menulis),
Hari ini 9 November 2007 adalah hari yang agak tidak baik. Saya didatangi 2 lelaki. Seorang berpakaian seragam Petronas dan seorang lagi agak lewat 40an usianya. Dia bertanya jika saya kehilangan kad pengenalan.. Lalu menunjukkan kad pengenalan milik saya. Saya mengesahkan kad tersebut milik saya. Mereka kemudiannya menyerahkan pula beg tangan hitam milik saya. Saya buka di dalamnya dan mengambil dompet saya.... Terkejut beserta geram... saya dapati semua duit di dalamnya tiada. Lelaki tersebut memberitahu yang beg tersebut ditemui di dalam tandas perempuan stesen Petronas. Berdasarkan alamat pada My Card, mereha menjejaki saya. Nasib baik lah alamat saya tetap sahaja.

Saya cuba mengingat kembali di mana kali terakhir saya menyimpan beg... Rupa-rupanya pencuri tersebut mencuri di waktu pagi sewaktu saya sibuk masak di dapur. Seingat saya pagar luar memang tidak ditutup tetapi grill dalam rumah saya tutup (tanpa kunci). Saya mengesyaki pencuri tersebut menyelinap masuk sewaktu saya berada di dapur dengan menarik grill pintu. Pencuri mengambil beg tangan yang saya letakkan di tangga rumah berhampiran pintu masuk. Memang SAH... selepas mengambil beg saya, pencuri tersebut lari ke Petronas berhampiran dan menyelongkar beg saya di sana.
Nasib baik lah petugas Petronas terjumpa sewaktu kerja mencuci tandas. Banyak juga barang yang hilang. Cash dalam RM800... Digital Camera, alat2 make up... Perfume Estee Lauder Dazzzling (yg saya sayangggg)... dan RM120 duit PIBG. Saya membuat Laporan Polis. Cif Inspektor Larry yang mengendalikan kes saya. Dengan bantuan Pemilik Petronas, polis dapat melihat rakaman CCTV pencuri tersebut. Saya mendapat satu salinan gambar pencuri tersebut.. TETAPI menghairankan... dia seorang PEREMPUAN yang agak berusia. Memakai baju kurung coklat dan bertudung putih. Kelibat mencurigakan wanita itu dirakamkan. Namun saya tidak dapat mengecam wanita itu. Mungkin dia bukan orang sekeliling. Tetapi dia mungkin sudah mahir tentang keadaan rumah di Taman saya.
Pengajaran daripada kejadian ini...
1. Tutup lah pintu rumah
2. Jangan simpan duit di satu tempat (dalam purse sahaja contohnya)
3. Berhati-hati dengan orang yang tidak kenali.
4. Redha dan anggap bukan rezeki kita ... Doakan agar Allah mengampunkan dosanya dan dibukakan pintu hatinya untuk kembali ke jalan Allah dan tidak melakukan perbuatan itu lagi.
Kes tersebut masih dalam siasatan polis. Kepada teman2... moga kisah saya dijadikan pengajaran.
Wassalam.
** Maaf tiada gambar memandangkan kamera dah hilang.

RAYA 2007






















raya tahun ni jatuh pada 13 Oktober 2007. Perjalanan balik Kedah agak lancar kerana kami balik pada 11 Oktober 2007 (Khamis). Raya di SP dulu... Sempat berpuasa 2 hari di Sg Petani. Gambar-gambar raya... Lepas bersalam..dapat lah duit raya. Tengok juga di dapur. Chef Idah sibuk memasak je... apa nak buat... kalau dah masak sedap je..kontrak dapur je la.. 2 gambar kumpulan jejaka tu.. dan gambar wanita2 anggun (Najib sibuk...) diambil di rumah mak njang Khadijah di Taman Peruda. Tak lupa juga dimuatkan gambar anak-anak Salmina... Kembar suka sangat dapat ambil gambar.
Maaf lama tak upload gambar baru. Sibuk sangat.
Wassalam.






Wednesday, June 27, 2007

BALIK KAMPUNG MEI/JUN 2007


Assalamualaikum,

Pada cuti sekolah 26 Mei sehingga 3 Jun yang lepas, kami sempat balik kampung di Sungai Petani. Seronok sebab semua anak dan cucu mak tok ada (kecuali Cik di US). Bila dah ramai-ramai, tentulah banyak makanan kena beli untuk dimasak. Emmm... Mak Tok sponsor shopping kali ni. Cuba tengok atas meja tu... macam-macam stok makanan ada. Yang paling dasyat... DADIH... keluaran Jabatan Haiwan. Beli depan IKM Sg Petani. Habis RM20 ++ untuk dadih je. Mak Tok bagi RM100... Pulang balik RM12 je... Terkejut maktok. Kak Mirah tengah pegang kuih LOPEZ... memang best.

ROMBONGAN SEKOLAH MAK KE CAMERON




Pada 25 Mei 2007 lepas, mak dan Nabila telah ikut rombongan sekolah mak ke Cameron Highlands. Zakwan dan abg Najib tak ikut. Mak pergi dengan ramai kawan-kawan mak. Ada 2 bas.
Gambar Ladang Teh Bharat. Sedap tehnya.
Mak selalu buat teh Bharat di rumah.
Gambar ni ialah gambar Nabila dengan anak-anak Cikgu Hasnah dan Cikgu Wan. Ada juga anak buah Cikgu Wan.




Thursday, March 15, 2007

Kek Lapis

Amirah dan kek lapis.... rambang mata.
Bergambar dengan kek lapis. Masing-masing belanja RM50 ke atas beli kek lapis je. Dapur untuk masak kek lapis. Ada dalam 10 dapur berjalan serentak.
Mak dengan kek yang baru siap dimasak.
Macam-macam corak. Harga dalam RM10-RM30. Yang besar RM65.

Waterfront Kuching Sarawak

Kalau pergi Kuching Sarawak, kita mesti pergi waterfront. Kami bercuti 3 hari di Kuching... setaip hari kami pergi waterfront. sehingga saat akhir flight delay pun kami sempat lepak di waterfront sambil makan buah-buahan. Istimewanya Waterfront ialah air Sungai Sarawak yang mengalir dan ada sampan menyeberangi kampung di seberang. Harga untuk menyeberangi ke kampung seberang hanya 30 sen. Tapi pada hari pertama, kami minta pakcik sampan round lama sikit dan kami dikenakan bayaran RM5 seorang.
Jualan sepanjang waterfront.
Dalam sampan enjin ronda Sg Sarawak.
Jeti/laluan turun ke bawah nak naik sampan.
Nabila tersenyum
Sungguh indah pemandangan waterfront.....




Wednesday, March 14, 2007

Makanan di Sarawak.















Kuih Cincin dan Tebaloi (Sagu tumbuk)














Ini lah buah E-Sau. Luar nampak semacam je
... isi dalam 100% rasa macam mata kuching.














Buah Setapok.. Rasa 100% macam rambai. Isi 100% macam rambai... luar je lain.














Kuih muih Sarawak.














Mee Kolok. Ada kering.... ada basah.















Mee Kolok. Macam magge mee je.







Laksa Sarawak

Semanggoh Wildlife Centre




Di pintu masuk





pelancong sedang menunggu orang utan
Lama juga penantian. Penat dan berpeluh jee..




Akhirnya ada orang utan
keluar dari hutan. Vicky berusia
24 tahun. Sebulan tidak muncul.
Belakang tu orang utan.

Kg Budaya Sarawak..memang best...





















Zakwan dengan Pahlawan Sarawak















Nabila dan Zakwan















Kena cop Pasport di setiap rumah. Ada 7 rumah.















Sumpit pak cik.... jangan salah sasar ye...














Persembahan kebudayaan Sarawak di dewan. Best!!...














Rumah apa ye..lupa la..banyak sangat...
















Muzik tradisional. Setiap rumah ada tarian selamat datang.








Minah saleh sesat. Paula namanya dari UK.

BERCUTI DI KUCHING SARAWAK




kami naik Air Asia.


dah sampai Kuching..mana Kucing miow miow..











Van memuatkan 12 org yg kami sewa.

KIA Pregio










Ini lah salah satu dari 3 tugu kucing di Sarawak.



Laluan daripada buluh. Mencabar...

Saturday, February 24, 2007

BIRTHDAY NAJIB

Pada 21 hb Februari lepas, abang Najib menyambut ulang tahun kelahirannya ke 14 tahun. Mak telah menyediakan hidangan kegemaran Najib iaitu Spegetti dan juga Nasi Lemuni sebagai hidangan untuk tetamu abang Najib. Abang telah menjemput ramai kawan-kawannya.
Persediaan awal ialah menyalakan api untuk BBQ pada jam 6 ptg.





Ini lah kek pilihan mak. Gambar katun Cars...








"Happy birthday to u....
Happy birthday to u...
Happy Birthday to u Najib..
Happy Birthday to u....."







Kawan-kawan najib daripada SMK Saujana Impian (SMKSI)