Assalamualaikum semua (Rafidah menulis)
Malam ni baru sempat nak bercerita. Rombongan ke Sabah terdiri dari saya dan anak-anak (Najib, Zakwan dan Nabila), Wan Norliza dan Adam (anak) serta anak buah Wan, Ayu... Hasnah dan anak-anak (Eisya dan Didi), Amirah (anak saudara) dan teman sekolah Cikgu Zarina. Semuanya 12 orang. Kami tempah tiket Air Asia lama dah. Sejak bulan September 2007 kot. Jumaat 28hb Mac 2008 lepas, kami berlepas ke Sabah jam 5.10 petang. Setibanya di sana, agen pelancongan dah tunggu. Tertera di kertas/kad nama Miss Amirah Azhari. Hahaha... kami semua tak sangka agen tu dah tunggu kami sebab kalau ikut schedule, agen tu mula bawa kami jalan-jalan esoknya (29hb). Emm. dah ada yang menunggu, kami pun dibawa ke Hotel dengan 2 van besar (KIA Pregio). Hotel kami ialah HOTEL PROMENADE. Kami ambil satu appartment yang besar. Ada dapur, peti sejuk, peralatan dapur, ruang tamu yg besar dengan sofa, TV, almari, 3 bilik besar, 2 tandas dan balcony. Setelah dibahagi satu orang bayar dalam RM90 sahaja. Cukup murah dengan kemudahan dan keindahannya.
Esoknya 29 hb, jam 7.30 pagi pemandu pelancong kami yang bernama CONRAD (org Iban kot) dah tunggu kami dengan satu van. Destinasi pertama kami ialah Gunung Kinabalu (kaki gunung je)... disebut Kinabalu Park. Perjalanan yang panjang kira-kira 2 jam lebih. Tapi puas bila tengok betapa cantiknya ciptaan Allah.. Wah..sungguh teruja kami. Teramat cantik. Lihatlah gambar kami dengan banner.


Ini pulak ialah gambar saya dengan anak-anak saya. Dari kiri Zakwan, Nabila, saya dan Najib. Cuaca di kaki gunung Kinabalu sangat sejuk. ketinggiannya melebihi Cameron Highlands di Pahang. Selepas turun dari Kaki Gunung Kinabalu, kami dibawa oleh Conrad ke tempat Air Panas (teringat Hot Spring di Bandung). Nama tempat tu ialah PORING HOT SPRING (Mata Air Panas Poring). Lihat gambar di bawah ini... Kawasan ni yang paling panas. Ada tempat mandi disediakan (yg dicampur air biasa utk kurangkan panas).

Di Poring Hot Spring juga terdapat Canopy Walk.. laluan di antara pokok dengan pokok yang sangat tinggi. Tapi tak semua ikut sama. Hanya Amirah, Ayu dan Zarina je... Kami yg lain melayan anak-anak mandi manda di kolam mandi.
Pada hari ke 2 (29hb) kami dibawa ke sebuah Pulau iaitu Pulau Manukan. Untuk ke sana kami naik bot laju. Dalam 15 minit sampai lah. Laju je... ada juga yg takut (Wan... hehe).

Gambar di atas diambil waktu di Pulau Manukan. Di sana aktiviti ialah snokling.
Paling best di Sabah ialah SHOPPING......... Mutiara memang murah-murah. Hasnah siap jemput seorang pedagang barang mutiara dan kristal datang ke bilik kami. Kakak tu datang dari jam 9-12 malam. Dengan kami je, dekat RM1000 dia dapat malam tu.

Gambar diambil di appartment kami.. tetiba je appartment dah tukar jadi tempat jual mutiara dan kristal.

Amirah dan barangan kemas. Yang di tangan dia tu RM10 je.

Tak cukup beli di bilik hotel, di pasar-pasar pun kami beli lagi. Tempat paling best shopping tentulah Pasar Filipino.... Macam-macam ada.
Gambar di bawah diambil di Pasar Filipino. Ada jual seafood fresh bakar. Ratah je....

Saya dengan udang galah (RM8-10 seekor ikut saiz)
Ada jugak ketam, sotong dan pelbagai ikan laut.

Aduhhh.... sedapnyeee.... fresh... Amin (US) .. jangan jelesss...

Zakwan di kedai cenderamata Sabah.

Najib, Zakwan dan Amirah dengan sovenir Sabah.. Tak beli pun....
Sekain dulu cerita dari saya. Harap-harap ada lagi lawatan oleh geng Jom Jalan-jalan... Katanya next trip ke China... Beijing. Wahhh... kena lah kumpul duit lagi. Kalau nak tau, geng2 kami kaki cari duit extra dgn tuisyen. Itu pasal lah dapat jalan-jalan. Tapi tugas utama tak kami abaikan. Hasnah tu Jurulatih Utama Matematik, saya pulak Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan. Wan dengan buku keluarannya... Penulis buku rujukan. Pandai cari duit, kena lah pandai guna. Kepada anak-anak ku... "mak buat semuanya untuk kalian... itu je yang termampu diberikan. Belajarlah rajin-rajin"...
Wassalam.