Thursday, January 29, 2009

JENIANG DAN SIK

Pemandangan kebun getah yang sangat cantik
Kami ikut dari belakang kereta Pak Ndak ke kawasan ternakan ayam.
Inilah dia... Lau ayam terpanjang dan tersejukkk..
Saujana mata memandang ayamnya.. Nun jauh..tak larat jalan hujung ke hujung
La... penat ku kejar..kenapa hampa semua lari. Ligan sakan ni....
Ha... berani ke tu. Tak takut kena patuk ka?? Kalau nak tau..Pak Ndak yang tangkap bagi kat depa..Harap depa tangkap, tak dapat pun.... Ayam 14 hari...
Mak, Pak Ndak dan Najib.. Berdiri memerhati ayam....
Inilah dia tempat berehat kami di luar lau ayam... Di bawah pohon bambu.... Minum kopi kampung. Buah gheyang dot pun ada... hehe... pernah dengar tak?

Pak Ndak (kiri baju putih) dan Pak Njang (kanan pegang kertas) berbincang mengenai tanah mak di Jeniang yang diusahakan oleh RISDA
Pemandangan cantik... spot cantik ambil gambar.
Lama tak jumpa susu getah nu...... Syok la pulak....
Meninjau tanah mak di Jeniang. Bersama En Abdul Sani dari Pejabat Tanah (T=Shirt putih seluar hitam). Dia banyak membantu memberi Info kepada kami.

Rumah Baya... Melawat Baya melahirkan anak ke 2 (cucu saya dan Abg Z)
Lata Mengkuang Sik... Anuar dan anak2.. juga Nabila
Sesekali mandi sungai... asyik swimming pool jeee..

Assalamualaikum teman-teman semua,

Pada 28hb lepas kami telah berpeluang mengunjungi Jeniang dan Sik. Perjalanan bermula jam 10 pagi. Abg Z juga ikut bersama mak saya, Hajah Azizah, ketiga-tiga anak saya dan 2 anak Sham (Hafiz dan Irfan). Pak Ndak Rosli siap tunggu di plaza tol Sungai Petani Utara untuk membawa kami ke tempat beliau menternak ayam secara besar besaran di Jeneri, Jeniang. Jauh juga perjalanan ke kawasan menternak ayam tu. Sesampainya di sana kami tak sangka keadaan jauh dari apa yang kami sangkakan. Ayam diternak di dalam kawasan bertutup 100% dan berhawa dingin !!! Tak ada bau busuk. Tak ada bulu ayam berterbangan... Inilah pertanian zaman moden. Sebanyak 20 ribu ekor anak ayam berusia 2 minggu di dalam satu relau (lau) yang sangat besar memanjang (gambar). Ternakan ini hanya dijual dan TIDAK diproses. Anak-anak ayam diperolehi daripada pembekal di Negeri Sembilan. Anak ayam juga dibawa di dalam lori berhawa dingin...

Abg Z juga dibawa masuk ke dalam lau ayam. Kami sangat teruja melihatnya. Pemandangan di sekitar juga sangat cantik dengan musim kering dan daun-daun getah menguning. Lau terletak di dalam kawasan ladang getah milik datuk nenek kami. Pak Ndak (Rosli) memajukannya dibantu oleh Pak Njang (Ridhwan - bapa saudara) dan anak Pak Ngah, Shafizan. Kami berehat di sebelah pohon buluh dan berlapikkan meja buluh buatan Pak Ndak. Ada pula kopi disediakan oleh Shafizan. memang sedap. Cuaca juga sejuk je. Ayam yang diternak dibela sekali gus dalam usia yang sama. Maknanya kalau ayam yang kami tengok berusia 14 hari, kesemua 20 ribu ekor berusia 14 hari. Ayam dibela sehingga tempoh matang selama 34 hingga 40 hari. Selepas melawat kawasan ternakan ayam, mak mengambil kesempatan melihat tanahnya yang diusahakan oleh pihak RISDA dengan menanam getah. Hasil getah akan diberikan oleh pihak RISDA dengan mengkreditkan terus ke akaun pemilik tanah.

Selepas beberapa jam di kawasan ternakan, kami bergerak pula ke rumah Baya di Sik. Anuar menjemput kami di pekan Sik. (Anuar ialah anak buah Abg Z). Di rumah Baya (isteri Anuar), kami dijamu makan tengahari. Mak Baya dan Baya masak. Ada kari ayam dengan UBI KEMILI. Ada yang tak pernah dengar UBI KEMILI?? Ubi berwarna hitam berbentuk macam kacang tanah... kulit lembut dikupas macam ubi kentang kentang juga. Sedap tau.....

Kenyang makan kami pergi pula ke Lata Mengkuang tempat berkelah dengan sungainya... Tapi musim kemarau, air pun kurang. Abg Z tunggu dalam kereta je... penat dia seharian berjalan. Selepas balik dari Lata Mengkuang, kami pekena KOPI kampung buatan sendiri mak Baya.

Kami sampai rumah jam 7.20 malam. Abg Z penat betul... Kaki pun bengkak dah. Untuk makluman semua, Abg Z sekarang dah mula makan macam biasa. Cuma dia tak suka makan nasi je... (makan sikit). Abg Z boleh habiskan mee goreng mamak sepinggan dan pasembor sepinggan. Nasi lemak pun dia dah makan sepinggan dengan lauk-lauk kegemarannya. Tiub di hidung Abg Z juga telah ditanggalkan.

Sekian dulu coretan hari ini...

Wassalam


Saturday, January 24, 2009

BIRTHDAY ZAKWAN KE 13 PADA 23 JAN 09

Najib, Zakwan dan Hafiz

Birthday BOY Zakwan... Hadiah Fountain kat belakang tu... Kek Coklat Moist dan Pizza home made..

Abg Z... turut sama meraikan...

KENDURI COKLAT?

140 km/jam ??? Kelajuan melampau time balik SP 18hb Jan 2009. Suzuki APV 1.6
Alia menikmati coklat New Zealand Hanisah bawa balik. Gambar diambil di rumah Kak Na di Kota Damansara.Coklat bentuk bear ...
Pandangan jauh abg Z... apa yang dipikirkan tu...
Tunggu order satay Aziman SP...

Tuesday, January 20, 2009

KHABAR DARI KAMI JANUARI 2009

Mesyuarat pertama SMK Merbok dijalan kan di sini.. SIK Kedah
Teman-teman Sek Father Barres Convent 1982 (SPM) Gathering di rumah Steela di SP. Tak sangka ada teman-teman sekolah dulu dulu..hehehe.. dah tua semua. Tapi tetap mengancam. Christmas gathering 27hb Dis 2008
Tetamu JKR - Abang Din dan Kak Yati serta ayahnya. Ruang tamu rumah kami.
16 Jan 2009 - Jumpa kawan di SMKBBSL - Sarbanun, saya, Rashihah dan Hasnah. Wan mana?? hilang la.... Thanks kepada kawan2 SMKBBSL...
17 Jan 2009 Perkahwinan anak buah Amirah dan Izwan. My mom... Hajah Azizah yang maintain sihat..alhamdulillah
18 Jan 2009 sempat shopping di Jalan TAR dan Masjid India.. tido di LOTUS HOTEL.. betoi ka hotel tu india punya... hehe... tak kisah la...
Bergambar kenangan bersama pengantin baru AMIRAH dan IZWAN pada 17 Jan 2009
Selamat Pengantin Baru. Tak lama lagi maktih jadi TOK TEH.....




Assalamualaikum semua teman-teman di mana jua anda berada. Maaf kerana lama tak update blog kami. Kesibukan menguruskan rumah dan keluarga dan tempoh masa mengadaptasi suasana di Sungai Petani... menyebabkan tiada ruang masa untuk menulis.

Alhamdulillah setelah sebulan berada di Sungai Petani, segalanya berjalan lancar. Saya mengajar di SMK Merbok dan anak-anak juga di sekolah yang sama. Najib tingkatan 4, Zakwan tingkatan 2 dan Nabila tingkatan 1. Seawal jam 6.45 kami dah keluar rumah ke sekolah yang memakan masa 20 minit untuk sampai. Adakalanya dalam perjalanan kami singgah beli nasi lemak yang masih murah - 60 sen sahaja. Bukan saja murah..sedap pulak tu. Anak-anak agak terasa berbeza bersekolah di luar bandar dan mempunyai teman sekelas majoriti budak=budak kampung yang jauh berbeza dengan pemikiran mereka yang agak 'advance'. Bagi saya di mana pun sama. Cuma kali ni terpaksa study matematik... tak kisah la... asalkan dapat berbakti kepada anak bangsa sendiri, walaupun rata-rata mereka tiada semangat belajar, tapi saya akan pastikan anak-anak Merbok pandai matematik.
CERITA ABG ZAK :
Alhamdulillah sejak balik SP keadaan abg Z banyak berubah dari keadaannya di Kajang. Hari ini abg Z dapat menapak jauh dengan memegang bahu saya atau anak-anak. Dalam rumah dah tak pakai wheel chair. Dia juga dah mula makan lebih banayk dari dulu. Tapi yang lawaknya... dia suka sangat kuih-kuih utara. Hari-hari pesan tepung talam. kebetulan dalam perjalanan balik sekolah, ada pulak pakcik tu jual tepung talam tepi jalan berhampiran jambatan ke Semeling. sedap pulak tu. Abg Z juga mula bertanya saudara-saudara di sini kat mana ada makanan sedap-sedap. Murtabak.. roti arab... satay... macam-macam dimintanya. Apa jua yang dia minta saya cuba cari sampai dapat. Alhamdulillah semuanya ada. Cuma abg Z makan dalam amaun yang sedikit sahaja.
Siapa yang temankan abg Z kala kami ke sekolah??


Alhamdulilah kami dah dapat pembantu Indonesia minggu lepas. Sementara bibik tu sampai, mak abg Z temankan abg Z dengan seorang pembantu lelaki yang datang setiap pagi menjaga abg Z. Syukor namanya. Sehingga hari ini Shukor masih lagi menjaga Abg Z di pagi hari walaupun kami dah ada pembantu Indonesia. Abg Z 'senang' dengan Shukor yang membantu menguruskan dirinya. Bila ada Shukor, abg Z terurus je.. misai..janggut..kumis.. maintain hansem...
Sekian dulu nukilan saya kali ini. Kepada teman-teman dan saudara, teruskan memberi semangat kepada saya dan abg Z. Terima kasih abg Din dan Kak Yati, Idrus dan wife dari KL yang datang melawat kami di SP. Juga kepada teman-teman SMKBBSL yang tak putus-putus bertanya khabar kami di sini. Seronok dapat ke SMKBBSL 16hb Jan lepas. Lepas rindu pada kawan2.
Nanti sambung lagi. Blog ditulis di kelab... sementara anak2 swimming.
Byee

Friday, December 19, 2008

Bandar Laguna Merbok Sungai Petani

Pintu Masuk BLM
Kelab Laguna Merbok

Boleh kurus kalau selalu ke gym....

Gambar rumah kami di BLM
Saya dan Kak Salmina dari Perlis.. juga menggunakan kemudahan swimming pool.
Nabila dan anak-anak Kak Salmina... seronok dapat swimming.
Gambar diambil di rumah anak saudara kami juga di Bandar Laguna Merbok.
Inilah sekolah SMK Merbok yang akan menjadi tempat mencari rezeki saya.

Gambar diambil di Kelab Laguna Merbok. Membelakangkan kolam renang.
Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah kami sekeluarga kini berada di Sungai Petani. 16hb Disember saya melapor diri di SMK Merbok. Terpaksa terima kenyataan tak dapat ajar Prinsip Perakaunan di sini. Saya diberi tugas mengajar Matematik Tingkatan 1 dan 2.
17hb saya mendaftar ke Kelab Laguna Merbok, iaitu kelab yang disediakan untuk penduduk Bandar Laguna Merbok dan juga orang luar. Agak murah juga yuran tahunannya iaitu RM480. Malam tu juga anak-anak saya datang swimming di pool. Lepas tu berturut-turut mandi di pool setiap malam. Selain swimming pool, terdapat kemudahan lain disediakan seperti gimnasium, sauna, tennis court, badminton, dewan untuk kenduri, kelas renang, kelas tuisyen, kelas melukis/mewarna dan banyak lagi. Blog ni pun dibuat di kelab menggunakan wifi.


Ok laa...

Sekian untuk kali ini.
Wassalam.

15 hb Disember 2008 Hari Pindah

Barang-barang yang telah siap masuk kotak. Khemah tu saje je... suka-suka. Konon jaga barang lah..
Peace brother.... Cewahhh Wan... Maheran maintain PK HEM.
Rakan sekerja Abg Z.. bergambar di rumah yang telah dikosongkan.
Lori dengan pekerja mengangkut barang-barang.
Jamuan ringan disediakan - Nasi lemak, bihun, air oren juga nugget.
Keluarga Hajah Azizah dari kiri Muzlifah, Rafidah, Hajah Azizah, Amirah, Adilah dan Kartina.
Teman-teman SMKBBSL Azura, Shamsiah, Mastura, Anisatun dan Kak Pah (sist)
Antara tetamu yang datang melawat sebelum kami pindah - 14 Dis 2008



Assalamualaikum semua pembaca blog,
Alhamdulillah 15hb Disember lepas proses pindah ke Sungai Petani berjalan lancar seperti dirancangkan. Lori tiba di rumah jam 10 pagi dan semua barang-barang siap dimasukkan ke dalam lori sehingga jam 12.30. Lori jalan jam 12.30 tengahari. Saya dan anak-anak bergerak jam 1.30 kemudiannya. Kami selamat sampai ke SP dalam pukul 8.30 malam. Alhamdulillah saya memandu sendirian sepanjang perjalanan ke SP.
Kepada semua teman yang hadir samada sebelum hari pindah atau pada hari kami pindah, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih juga kepada rakan sekerja Abg Z yang tak jemu-jemu datang melawat kami sehingga ke saat-saat akhir kami pindah. Buat cikgu2 SMKBBSL yang datang melawat saya dan keluarga sepanjang minggu sebelum kami pindah, terima kasih banyak-banyak. Terlalu ramai nak disenaraikan nama-nama mereka yang hadir.
Sekian dari saya. Ikuti perkembangan kami di SP selepas ini.
Wassalam.

Monday, December 08, 2008

Gambar Lembu Qurban

Kerja melapah lembu.
Aahhh... 2 kepala tergolek....

Ibadah Qorban.

Gambar diambil oleh Zakwan dan Najib di Surau An-nur Taman Kantan Permai hari ini 8hb Disember 2008


Ni blog teman-teman saya di SMK Bandar BAru Sungai Long. Gambar cikgu gila gila dengan Geng Oren nya...