Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah kami sekeluarga kini berada di Sungai Petani. 16hb Disember saya melapor diri di SMK Merbok. Terpaksa terima kenyataan tak dapat ajar Prinsip Perakaunan di sini. Saya diberi tugas mengajar Matematik Tingkatan 1 dan 2.
17hb saya mendaftar ke Kelab Laguna Merbok, iaitu kelab yang disediakan untuk penduduk Bandar Laguna Merbok dan juga orang luar. Agak murah juga yuran tahunannya iaitu RM480. Malam tu juga anak-anak saya datang swimming di pool. Lepas tu berturut-turut mandi di pool setiap malam. Selain swimming pool, terdapat kemudahan lain disediakan seperti gimnasium, sauna, tennis court, badminton, dewan untuk kenduri, kelas renang, kelas tuisyen, kelas melukis/mewarna dan banyak lagi. Blog ni pun dibuat di kelab menggunakan wifi.
Ok laa...
Sekian untuk kali ini.
Wassalam.
3 comments:
Balik SP is a good idea. Tahniah! Cantik Laguna. Ada gelanggang squasy tak?
huhuhu..tak dapat ajar prinsip akaun.tak pe maktih, wat tuisyen kat umah.. (",)
Wah bila aku boleh mai nie...tak sabau rasanya nak mandi kat kolam tue
Post a Comment