Friday, December 17, 2010

UNDER RENOVATION

Assalamualaikum semua,


Mulai 1 Disember 2010, saya dan anak-anak pindah sementara ke rumah mak saya. gambar menunjukkan arah belakang rumah. Dapur akan dibesarkan menggunakan semua ruang yang ada. 2 bilik atas juga terlibat. Dijangkakan rumah siap dalam bulan 4, insyallah.

Syok jugak dok rumah mak. sementara ni dapatlah temankan mak yang memang sorang-sorang ..

Internet juga dipindahkan ke rumah mak..

Kalau ada masa lapang.. bukalah blog Nabila yg diubah suai:


http://nabilazakaria.blogspot.com/
Wassalam...

Thursday, November 18, 2010

Raya Aidil Adha

Salam Aidil Adha.

Buat semua teman-teman pembaca blog diarizakwan,
Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya aidil Adha.

sekian dari saya dan anak-anak.

Selamat menempuh SPM buat Najib.

Wassalam.

Wednesday, September 01, 2010

2 SEPTEMBER 2009 - 2 SEPTEMBER 2010

Kasihnya bapa : abg Z datang meraikan Father's day.... Tapi kek ada juga tulis Mother's day... Two in One laaa...


Nabila dan bapak.... bergambar di ASetar Julai 2010

Assalamualaikum buat semua teman-teman pembaca blog diarizakwan.

Hari ini tanggal 2 September 2010, cukup setahun tarikh perceraian saya dan abg Z. Maaf kerana tiada satu pun tulisan saya menyentuh mengenai perkara ini. Bukan tidak mahu mengumumkan, hanya terasa terlalu drastik kalau diuar-uarkan setahun yang lalu. Cuma pada ketika ini rasanya sudah ramai sedia maklum tentang status hubungan kami berdua. Ada yang tahu melalui facebook, dan ada yang tahu melalui saya sendiri terutama kawan-kawan di SMKBBSL. Walaupun kejadian yang berlaku agak pahit tetapi kalau itu jalan terbaik buat kami, maka kami berdua redha.


Insyallah walaupun kami dah berpisah secara sah, hubungan kami anak-beranak masih baik dengan abg Z. Gambar yang dipaparkan semuanya selepas perceraian. Kalau teman-teman buka ke blog Oktober tahun 2009 (http://diarizakwan.blogspot.com/2009_10_01_archive.html) post yang menceritakan abg Z masuk wad, ketika itu kami sudah pun bercerai, namum atas dasar persaudaraan sesama Islam, saya tetap melawat abg Z dan meminta anak sulung kami Najib untuk menemankan Abg z di hospital malam pertama itu. Begitu juga Hari Raya tahun lepas, kali pertama anak-anak beraya tanpa abg Z di hari raya pertama, namun saya tetap menemukan mereka pada hari raya ke 3.


Raya kali ini, raya ke 2 bagi anak-anak tanpa abg Z. Namun Alhamdulillah anak-anak faham apa yang berlaku antara saya dan abg Z dan mereka dari awal tidak mengalami sebarang masalah emosi. Hubungan mereka dgn abg Z tetap baik walaupun tidak serumah. Sesekali abg Z akan datang SP membawa mereka keluar makan-makan di luar. Sesekali juga saya akan hantar mereka ke ASetar duduk dengan abg Z. Hubungan dengan keluarga abg Z masih mesra seperti dahulu. Bekas mak mertua saya tetap melayan saya dengan baik bila kami berkunjung ke rumahnya. Abg Z tidak lagi tinggal dengan bekas mak mertua sejak abg Z mendirikan rumahtangga dengan isteri barunya Kak Kamariah (30 Mac 2010). Untuk maklumat semua, abg Z bertugas di JKR Kubang Pasu, Jitra. Alhamdulillah Abg Z sudah boleh memandu kereta dan berulang alik dari A.Setar ke Jitra setiap hari bekerja. Dia gembira bertugas di sana.


Kepada teman-teman, apa pun yang terjadi kepada saya dan abg Z, saya tetap menghargai jasa teman-teman sepanjang kami tinggal di Kajang. Kepada rakan sekerja Abg Z di Cawangan Pendidikan JKR… terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa bertanya khabar kami. Maafkan kami kerana membiarkan teman-teman tertanya-tanya. Semoga dengan pengakuan ini, teman-teman akan lebih memahami dan tidak menyangka sesuatu yang tidak baik. Sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita hanya merancang, tapi Allah menentukan semuanya. Tidak ada sesiapa pun yang mendirikan rumahtanggan yang mengharapkan penghujungnya berakhir dengan perpisahan.


Di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca blog, teman-teman SMK BB Sg Long, SMK Perimbun, teman-teman guru Hulu Langat yang masih mengenali saya, jiran-jiran di Taman kantan Permai, Kajang, Kakitangan JKR Cawangan Bangunan dan Cawangan Pendidikan, Guru-guru SMK Merbok dan sesiapa sahaja yang masih setia membaca blog kami.

Saya memohon maaf juga bagi pihak abg Z jika ada yang tersilap kata sepanjang perkenalan kita semua. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t. dalam apa jua pekerjaan kita.


Wassalam.



Monday, August 09, 2010

Terkini camera baru CANON EOS 1000D


Di lobi hotel Langkasuka.. Langkawi dgn Cikgu Ku Jamilah...
Di kedai beli camera Canon EOS 1000D - Langkawi
Zakwan n Ally

Ally gaya bebas....

Wednesday, May 19, 2010

Mak belanja Nandos'


Nak tolong ke???? Tolong makan sama..

Yummyyy

RM29.90

Hot ? Very hot??

Najib

Sos .. emm tak la sedap sgt.... sedap lagi Life Sos

Alya.. atas ice cream.. bawah muffin.. sedap..

Wah... menu apa ni?

Cofee mak

Capucino

15hb Mei lepas... mak belanja kami makan... Yang turut sama menyertai... saya dan anak-anak... Sham (adik) dan anak-anak.... Banyak juga kami makan...

Tapi lawaknya... bill yang dibayar hanya RM172... emm betoi ke ni...
Rupa-rupanya RM172 tu hanya meja pertama... Meja ke 2 tak ada bill...
Waktu di surau tetiba waiter NANDOS datang cari kami dan dia minta maaf sebab bill yang diberi tak cukup amaun nya.... tambah lagi RM134...

Ha ha... nasib baik time bayar kali pertama sempat saya tanya cashier tu kat mana surau... so depa tau la kami menuju ke surau.... cari sampai ke surau untuk RM134...

THANKS MAK... Lain kali belanja lagi...

Monday, May 03, 2010

ALIM-ALIM KUCING - Murderer


Hiba..sedih.. pilu.... Ally .. Ally punya kerja...

Alim alim kucing.. belakang tu sangkar baby rabbit...

Nampak macam mesra..mesra... rupa-rupanya memasang strategi


Ini cerita lama... teringat nak masukkan dalam blog. Kisah Ally jadi pembunuh !!!..
Kisah baby rabbit yang telah ditempah oleh seorang guru.... Rabbit diletakkan dalam sangkar. Dalam sangkar diletakkan kotak agak besar untuk baby rabbit.

Tapi tak sangka pulak baby rabbit berjaya keluar dari kotak dalam sangkar. Dan sangkar pula jaringnya agak luas sehingga boleh dibolosi baby rabbit. Kebetulan pula Ally ada berkeliaran dalam rumah ketika baby rabbit bolos...

Ahhh... sedih nak cerita... kejadian di pagi hari... jam 6.30 pagi ketika kami sibuk siap-siap ke sekolah...

Kepada Cikgu Hafizah... tunggu rabbit lahirkan baby lagi yer...

Berita terkini... Rabbit melahirkan 5 baby rabbit... tapi mati 2 ekor dan hanya 3 ekor hidup... dan ada seekor cacat kakinya,,,, kaki belakang terbalik arahnya...

Ketika blog ini ditulis.. usia baby rabbit 4 hari sahaja.

Moga ada lagi yg lahir dan sempurna semuanya...

Wassalam


Tuesday, March 16, 2010

LANGKAWI 15-16 MEI 2010

Feri yang kami naik.,...

Mercu tanda Langkawi... Helang

Kereta sewa kami... Nissan Sentra.. ok gak..lajuuuu..

Zakwan. Nabila. me, Najib dan my beloved mum...

Pokok apa tu mak??? Tajam...

Perigi Hang Li Po ?? Aitt kat Langkawi?? atau telaga Mahsuri??

PEaceee....

Restoran tepi pantai cenang tempat kami lunch.... mahal la.... RM47 utk lunch.... 5 org... lauk biasa je..

Nabila... pose istimewa...

Dalam Cable car...

wajah2 ceria.. baru sampai Langkawi..

Mum n 3 kids ??

Awana Porto Malai Langkawi... besarnya kerusi dia....
Model of the year Langkawi.. Najib...
Gambar diambil di Cable Car.. Gunung Mat Cincang....

Nanti cerita.... sempat upload gambar je....

Saturday, February 27, 2010

KUCING BARU KAMI BELA






Assalamualaikum,
Setelah di minta beberapa lama oleh anak-anak untuk dapatkan seekor kucing parsi untuk dibela... akhirnya saya dengan berat hati menerima permintaan mereka untuk membeli seekor kucing kacukan Himalaya dan Siam... sungguh mahal harganya.. RM 700... tapi alhamdulillah cukup comel... manja.... sentiasa nak duduk sebelah orang.. nak rasa kehangatan badan manusia. Kami namakannya ALLY (macam ALLYCATS). Hari pertama sampai ke rumah (27 Feb 2010) Ally seperti cuak dan gelisah. Berjalan mundar mandir. Mencari keselesaan dalam rumah barunya. Makan pun tak mau. Sehingga blog ini ditulis, Ally masih tak lalu makan. Makan pun sikit jer...
Tpi kemanjaannya terserlah. Menyondol jer... cukup manja.. manja yang sukar dinyatakan... Dah manja macam ni terasa berbaloi RM700. Puas ingatkan anak-anak.. jaga ALLY baik-baik. Mahal harga ALLY tu.
Mudah-mudahan Ally menjadi teman anak-anak dan saya sendiri dan menceriakan suasana rumah kami.
ketika blog ini ditulis, Ally ada disebelah saya... manja...

Friday, February 19, 2010

BABY RABBIT

ops memberi susu. Begilah caranya.. kena pegang kepala dan kaki ibunya.


ada yg dah kenyang tu.. nak jalan-jalan dah.

BREAKFAST FISH FILLET


ISI IKAN DIGORENG DENGAN TEPUNG GORENG ADABI...

SAYUR-SAYURAN YANG DIMAKAN SEKALI

INILAH HASILNYA.. BURGER IKAN... SEDAP TAU... ANAK2 SUKA SGT...

Sunday, December 20, 2009

BERCUTI HUJUNG TAHUN KE KL

Anak Cikgu Baini. Eisya.. kami tumpang tido rumah Baini 2 malam.. sambil buat tuisyen Akaun untuk anaknya Wani dan kawannya Mira..
10,11,12 Dis di Kajang, Sempat jumpa kawan2 SMKBBSL dan jiran-jiran lama.
Di The Mines Shooping Mall.. Macam biasa kalau pi sana mesti beli roti bagi ikan-ikan makan.


Dugaan... dalam perjalanan ke Kajang, sebelum tol tayar kereta masuk besi tajam kecil )macam paku). Nasib baik masih dalam kawasan PLUS Highway. PLUS Ronda datang tolong kami. Kejap je tunggu... nasib baik tayar spare in good condition. Lepas tu kenalah ke kedai tayar. Tapi alangkah malangnya... lubang yang dimasuki besi tu agak besar dan kena tukar tayar. Tayar pulak saiz 80 yg tak ada stok..kena order.. hu hu.. last2 tukar 2 tayar depan saiz 75... satu tayar RM170. Campur balancing, allignment.. RM380 terbang.... Ahhhhhhhhhhhhhhh.... lari budget.
4 tayar dibuka... Suzuki APV terbang.... tanpa tayar.

Baby Q..anak syafinaz. Kenduri khatan abang dia.. Najmi.

Irfan dan kucing Cikgu Mariam bela. Rumah Cikgu Mariam kat Saujana Impian Kajang.
Pertemuan teman lama. Muhammad Niza (baju melayu biru) dan isteri Zaharah (tudung merah). Saya, Nabila dan anak Muhd Niza.. di ruang tamu rumah mewah mereka.. Alhamdulillah kami disambut dengan penuh rasa kasih sayang dan mesra oleh Niza dan Zaharah. Anak-anak mereka juga sangat baik melayan kami. Thanks Niza.

Zakwan bergambar bersama Santa Clouse.. dan GF Santa. he he..

Ikano.. The Curve..
Demam Christmas
Hafiz dan gula-gula christmas.. apa entah namanya...lupa lak..

Masih di IKANO... banyak sangat Christmas tree...

Ini lah rumah kawan lama tadi.. Mohd Niza dan Zaharah... Lihat pagar... ada huruf N Z di atas pagar.. NIZA dan ZAHARAH.. rumah di Seksyen 8 Shah Alam.

Ini lah Aiman.. anak Amirah.. Aiman... Tok Tih rindulah.. jaga Aiman 3 hari.. best..

Aiman lepas mandi

sempat gak bergambar... di IKANO The Curve. Damansara,

Assalamualaikum,
Cuti kali ni kali kami ke KL agak lama jugak. Dari 9 Disember sehingga 21 Disember. Banyak tujuan :
1. Buat tuisyen (ha ha.. kawan2 request utk anak2 depa.. last2 2 org je ada)
2. Jadi baby sit baby Aiman (cucu sedara) utk 3 hari.
3. Hantar mak ke Australia (mak ke Aust dgn kak Na dan sepupu kami)
4. Jumpa teman2 lama ITM Arau (dapat jumpa Din dan Fathi jer )
5. SHOOPING.........SHOPPING........... sempat pi IKEA, The Curve, IKANO, One Utama, ALAMANDA..
6. Realease tension.

Untuk pengetahuan teman2 abg Z.. dia tak ikut. Dia ada plan dia sendiri dengan geng VIVA ke LUMUT.

Sekian dulu...

Sila buka blog Nabila untuk gambar-gambar Rabbit kami yg melahirkan anak-anak yg comel..

http://nabilakajang.blogspot.com/