Monday, February 19, 2007

PICNIC DAN IKAN BAKAR FRESH

Assalamualaikum..
Gambar diambil di tempat makan special, Sri Murni.. Di sini makanan dihidang berdasarkan ikan yang dipilih. Ikan segar/hidup. Ada ikan talapia, ikan keli, ikan baung (entah apa jenis)..semua ikan air tawar. Ada juga ikan laut yg dibekukan.

Ikan siakap, bawal semua ada. Tapi kami tentulah pilih ikan air tawar....


Inilah dia pekerja restoran tu sedang tangkap ikan talapia merah yang sangat besar... Berlari-lari ikan tu dengan harapan "jangan pilih aku"...







Lihatlah ikan-ikan talapia ni. Besar. Segar.
"tunggu kau.... nanti aku makan engkau..."



Sementara menunggu.. saya rehat dengan Amirul dan Nabila di pondok makan.





Restoran ini berkonsep pondok yang dibuat berbagai bentuk.



Kami memilih yg kena 'panjat' sikit. Biar tinggi.. nampak pemandangan kolam.




Haaa... ini lah dia talapia masak merah (sweet n Sour)

Memang sedap...



Ini pulak IKAN KELI... memang besar saiznya. Tak pernah jumpa di restoran biasa.

Tapi sikit pun tak rasa hanyir... sedappppppp yummyyyyy...





Ini pulak gambar sebelum kami pi restoran. Gambar tepi sungai.. Najib sedang masak burger. Ada kisah disebaliknya... tetiba api keluar ikut tin gas tu... cepat2 mak padamkan dan tutup gas.. Nasib baik boleh guna lagi selepas tu.



Wahhh... Amirul dan Nabila... Dapat ke ikan tu Amirul??
Amirul ni anak jiran kami, Mak Cik Pah. Dia selalu ikut kami ke mana kami pergi. Mak dah anggap dia macam anak angkat je.



2 comments:

wahi said...

OOO...sronok nyer, boleh tangkap ikan cam tu, lepas tu boleh makan lak..nyum nyum

J said...

can you please give me the address of seri murni ikan bakar restaurant in sg.gabai? or guide me there?