Saturday, February 03, 2007

MY BIRTHDAY.. I am 12 now

Saya dilahirkan pada 23 Januari 1995. Pada 23 Januari lepas genaplah usia saya 12 tahun. Tetapi saya meraikannya pada 27 hb iaitu pada hari Sabtu. Saya minta mak buat BBQ dan spegetti. Mak tunaikan permintaan saya dan menambah satu lagi menu..ROTI JALA. memang sedap semuanya. Malam tu kawan-kawan saya datang. Ramai juga lah. Tetapi tetamu istimewa saya ialah Kak Sabariah , abang AZHA (Singapore), KAk Liza dan Abg Nash (SPetani) dan Abg Anuar (Sik). Mak juga tak lupa menjemput kawan rapat mak, Cikgu Maheran dan Cikgu Wan. Kakak Mirah juga datang seawal jam 5 petang untuk membantu mak. Kak Mirah tolong bakar BBQ sambil dibantu oleh Cikgu MAheran dan Cikgu Wan. Saya memotong kek selepas tetamu dari jauh tiba. Memang seronok. Saya juga dapat hadiah. Terima kasih Kak Sabariah dan Abg Azha atas hadiah kereta F1... juga Abg Nash dan Kak Liza kerana beri angpau dan coklat. Terima kasih juga kepada semua yang membantu menjayakan majlis saya. Lihatlah gambar-gambar sekitar majlis saya:











1 comment:

wahi said...

hapi bday cik wan...