Tuesday, July 29, 2008

HOSPITAL SERDANG

Zak dengan tiub-tiub di badan
Ruang rehat untuk pelawat. Saya tidur di sofa tu jer... ok jugak..
Najib bawa bapak jalan-jalan di taman. Gambar diambil daripada tingkap wad 6C.
Doktor dengan laptop nye..Smart Hospital. Paperless...
Ruang katil Zak. Selesa dan ada peralatan canggih.
Zakwan disamping bapak.

Salam,
Rancangan kami untuk ke Melaka 26hb lepas terpaksa dibatalkan. Jummat 25hb, Zak mula muntah sikit-sikit tetapi warnanya agak pelik iaitu hitam dan sedikit coklat. Pagi 26hb (Sabtu) muntah zak makin banyak dan dapat semangkuk... Saya mulai risau dan bertanya Puan Salimah (dia rujuk anaknya seorang doktor). Dia minta dibawa ke hospital secepat mungkin kerana mungkin ada ulser perut. Saya segera telefon kawan2 Zak (ada yang dalam perjalanan ke rumah kami) supaya membatalkan rancangan ke Melaka. Khairul kawan Zak sudah sampai ke rumah kami, dan dengan bantuan dia dan jiran kami iaitu Zali dan Adzmi kami mengangkat Zak ke dalam kereta dan saya membawa Zak ke Hospital Serdang. Saya membawa bersama surat daripada Hospital Kajang yang memohon dibuat follow up di Hospital Serdang.

Lama juga menunggu ujian darah dibuat di wad kecemasan.Sewaktu di wad kecemasan, Zak muntah lagi. Dari jam 8 pagi, akhirnya jam 3 Zak dibawa ke wad 6C. Alhamdulillah suasana di wad Hospital Serdang sangat selesa. Walaupun saya layak Kelas A, tapi Zak awal-awal telah dibawa ke Kelas 2. Itu pun sudah cukup selesa. Zak diberi rawatan rapi dan memuaskan. Dia dikatakan mengalami STRESS ULSER iaitu yang biasa dialami oleh pesakit stroke. Ahad, hari ke 2, Zak menjalani endorscopic (betul tak ejaan). Alhamdulillah tiada apa yang membahayakan di dalam badannya. Tiada ulser. Cuma sedikit gastrik sahaja. Isnin Zak dah boleh makan 'soft diet'. Petang Isnin dia dah dibenarkan keluar hospital.


Terima kasih yang datang melawat Zak. Kak Zah juga turut datang 2 kali bersama Fendy dan Mak Tam. Zali, Kak Yah, Adzmi, Pah, Cikgu Roslan, Khairul dan isteri, teman-teman pajabat Zak, Pah, Marzuki dan ramai lagi. Ramai yang terkejut khuatir Zak diserang stroke kali ke 2.

Gambar menunjukkan suasana di Hospital Serdang. Hari ini Zak kembali ke rumah dan keadaannya lebih sihat berbanding selepas keluar Hospital Kajang !!

Sebentar tadi Zak menjalani susulan rawatan acupuncture oleh En Zaharin. Mudah-mudahan ada perkembangan baik selepas mendapat rawatan 10 kali. Insyallah.

Doa semua teman-teman dan saudara amat kami harapkan dan hargai.

Sekian terima kasih.


Rafidah.

3 comments:

Amin said...

Salam, paperless, this is the company that I work at, Cerner.

Check it out at http://www.cerner.com

Hospital Selayang (first paperless and filmless hospital in Malaysia), Hospital Sultan Ismail, is among 2-3 hospital di Malaysia yang menggunai Cerner paperless technology.

Ape2pun, alhamdulillah dengan khabar positif Pak Tih, insyaAllah cepat baik/pulih...

izzkee said...

Assalamualaikum Idah....

Ini Kee dari Kuantan. Ingat lagi tak?? Kee betul2 terkejut bila Ina Azad bagitau pasal husband Idah. Walaupun Kee tak pernah ada kesempatan berjumpa degannya lagi....Kee tetap mohon kehadrat Ilahi agar Abang Zak sembuh sepenuhnya kelak dan buat Idah & anak2....Kee kagum dgn layanan penuh kasih sayang yg ditunjukkan buat suami dan ayah yang tercinta.

Moga kita semua di beri keinsafan diri dan merapatkan lagi hubungan sesama manusia dan utamanya hubungan kita dengan ALLAH. Darinya sahaja kita mohon, moga ditunjukkan jalan terbaik untuk segala kekusutan yang melanda.INSYAALLAH...

Diari Adam said...

Insyaallah berkat doa semua pihak ayah Nabila akan kembali sembuh seperti biasa