Salam..
Alhamdulillah sejak Zak balik ke rumah, saya melatih semua anak-anak sama-sama menjaga bapak mereka. Syukur, anak-anak membantu tanpa banyak soal. Najib dan Zakwan banyak membantu apabila proses mengangkat Zak. Nabila juga agak kuat menarik tangan bapak nya untuk duduk. Ubat-ubat, Nabila menjadi 'jururawat'. Dia memastikan semua ubat diambil. Nabila juga menyuap makanan ke mulut bapak. Nabila selalu memberi semangat dan dorongan kepada bapaknya. Zakwan pula menjaga bapak 3 hari (sebelah pagi) apabila saya mula bekerja. Dengan dibantu oleh Doktor Zaid yang turut sama menjaga. Insyallah Isnin depan (30hb Julai) kami ada pembantu rumah Indon yang baru.
Kepada anak-anak ku... semoga semua anak mak sabar dan tak jemu membantu menjaga bapak. Banyak pahala menjaga bapak yang sakit dan tak berdaya.
Wassalam.
2.05 pagi
2 comments:
Terima kasih Mak Tih sebab rajin update blog ni. Kami di sini (Amin dan Aishah) harap Pak Tih akan recover secepat munkin dan tetap membaca blog ini untuk news terbaik dari sana. To Najib, Zakwan and Nabila, jaga bapak baik2 ye... Kami disini akan berdoa banyak2 untuk mengcepatcan kepulihan Pak Tih.
bersabar menghadapi ujian Allah s.w.t... anak-anak didikku - najib, zakwan n nabila - setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya
Post a Comment