Assalamualaikum semua pembaca blog diarizakwan.
Maaf kerana seminggu lebih tak sempat nak masukkan cerita. Mak datang dari SP Rabu - Sabtu. Lupa pulak ambil gambar. Tapi sewaktu mak di rumah, sempat kami buat kuih raya. 4 jenis kuih dapat disiapkan.
Biskut Jacob di atas tu menjadi makanan harian Abg Zak. Selain tu, dia cuma nak makan buah-buahan je. Puding juga disukai. Baru-baru ni A.Zak suka Jelly Kelapa yang dijual oleh Cikgu Nazri di sekolah. Boleh habis satu cup (RM1.00).
Kerusi Fella Design sesekali A.Zak duduk. Itupun kami membantu memapah dia ke kerusi tersebut.
Terima kasih kepada Alizal yang datang melawat Zak pagi tadi (21 Sept). Sempat dibawa bersama kordial Rut Bir. Sebelum ini, teman sepejabat Zak juga turut datang beramai-ramai melawat Zak. Turut sama ke rumah ialah Puan Mariani Ketua Jabatan Zak. 15 teman-teman sepejabat datang dan penuh ruang tamu rumah kami. Terima Kasih atas sumbangan duit raya dari kakitangan Cawangan Kerja Pendidikan, Unit Rekabentuk, JKR.
Kepada teman-teman yang sering sms bertanya khabar A.Zak, terima kasih. Juga students SMKBBSL dan pelajar2 tuisyen yang tak putus2 sms tanya khabar. Cikgu doakan semua pelajar cikgu yang menduduki peperiksaan SPM 2008 akan mendapat keputusan cemerlang terutama dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Insyaallah kami sekeluarga akan pulang beraya ke Sungai Petani dan Alor Setar. Doakan semoga perjalanan kami ke kampung selamat dan A.Zak sihat sepanjang perjalanan (dia sering muntah dalam kereta walaupun perjalanan yg dekat dari rumah ke Hospital).
Sekian dulu coretan saya. Kepada teman2 Zak, jika ada masa hubungilah dia.
Wassalam.
2 comments:
salam fidah, abg zak dan famili,
kakwan simpati dgn apa yg fidah dan keluarga alami. begitulah adat kehidupan, ada-ada saja ujian untuk menduga kita;
sabarkah kita, mantapkah iman kita, redhakah kita dengan takdir dsb.
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. fidahlah jadi tonggak keluarga sekarang. fidah mesti kuat, cekal dan tabah. syukur anak2 dah besar dan boleh membantu. saudara mara pun ada ada insya Allah fidah tidak bersendirian.
rajin2 ikut nasihat doktor. mujurlah dah grad, dah habis satu bab, skrg tumpukan hal keluarga dan kerja je.
harap fidah sabar dan tabah. juga semoga jumpa ubat/penawar yg sesuai. sekrg ramai org muda kena strok, bolehlah berbincang mencari jln/penawar yg sesuai.
doa kakwan agar suami fidah kembali pulih spt sedia kala..mesti pulih tau..amin...
Saya mendoakan semoga En. Zak akan cepat sembuh dan kepada Cikgu Rafidah sekeluarga diharap dapat bersabar dengan dugaan Allah ini.
Post a Comment