Thursday, June 11, 2009

KUALA LUMPUR KAMI KEMBALI

Cuti sekolah kembali lagi. Minggu pertama kami habiskan di Kedah sahaja dengan berkunjung ke beberapa tempat seperti Gunung Jerai, Pekan Rabu, Tanjung Dawai, berkelah di TUPAH dan makan-makan di Jam Besar SP (Hong Kong Bank). Minggu pertama juga Zakwan ada latihan choral Speaking 3 hari (Selasa- Khamis). Najib mengambil kesempatan berkebun di sekolahnya (dia aliran Sains Pertanian) dan saya pula membuat kelas tuisyen kepada pelajar secara percuma. Minggu pertama juga Kak Na (my eldest sist) datang ke rumah kami (kenduri Mak Tam).

Pada 6 Jun saya dan anak-anak dan emak tercinta bertolak ke KL. Abg Z kami tinggalkan di rumah ibunya di Alor Setar (dia belum cukup kuat untuk jalan-jalan di KL). Malam pertama kami di Kota Damansara. Sempat berkunjung ke UPTOWN Kota Damansara membeli belah.

7 dan 8 Jun saya ke Kajang. 2 malam di Kajang, kami tido di hotel semalam dan malam ke 2 tido di rumah kawan sekolah lama (Zakwan dan Najib tido di rumah jiran lama). Ingatkan nak tido di rumah lama kami... tapi memandangkan keadaan agak kotor kerana pembeli rumah tu mengecat rumah kami... maka tak jadilah tido dalam keadaan kotor. (proses jualan rumah tu belum selesai).

Sepanjang kami di Kajang/KL sempatlah berkunjung ke beberapa tempat. Jalan TAR memang tak boleh miss... apa lagi.. shopping la. Tudung, kain, telekung dan macam-macam lah. Syok.. duit habis yg tak syok. Yang lawaknya... anak2 ajak ke Pusat Sains Negara dan Planitarium. Waktu dok Kajang tak pulak teringat nak melawat tempat2 tu. Waktu dok Kajang juga tak pun gila-gila pi Jalan TAR (sesekali ada lah). Tapi bila dok Kedah.. macam satu kemestian pulak ke Jalan TAR.

Tak puas lagi.. shopping pulak di IKEA. haa.. sakan la. Mak pun shopping jugak. Memang best pi IKEA.. Awatlah Kedah atau Penang tak ada IKEA. Tapi tak banyak habis di IKEA.. RM150 jee...

11hb Jun kami bertolak balik SP. Perjalanan lancar dan saya memandu sendirian. Kami bertolak jam 11 pagi dan sampai di SP jam 3.40 petang. Cepat jugak yee.... singgah di Sg Perak solat dan makan dalam 40 minit.

Setibanya di rumah saya tuju ke Hamster dulu. Ada seekor yang nampak kurang aktif dan tak bergerak... saya pun menolak-nolak hamster tu... Aahhh... rupa-rupanya dia baru je melahirkan 3 baby hamster (gambar tak ambil lagi). Cepat-cepat saya asingkan baby dan ibunya.

Kepada Pah jiran, Baini, Zali dan Kak Yah,,, terima kasih atas layanan mesra sepanjang kami di Kajang. Kepada Kak Na dan keluarga.... thanks.... best la rumah baru yg lawa....

Kepada kawan2 seofis Z di tingkat 14 JKR Cawangan Pendidikan Maju Tower, terima kasih kerana bertanya khabar abg Z dan gembira mendengar kisah Abg Z yang kembali sihat...

Kepada Hasmiza, terima kasih masak best2... ikan bakar cicah budu... Juga Fasiha dan Baini yang sama-sama lunch di rumah Hasmiza... rasa nostalgia SMKBBSL kembali... sayang sekali hanya 3 je kawan Sg Long yg dapat dikumpulkan mengejut (yg lain keluar dari KL/Kajang bercuti).

Kepada HAsnah dan Norlia yang berkunjung ke SP sewaktu saya di KL... lain kali mai lagi yerr... Boleh jalan2 di Kedah. (Hasnah dan Lia sempat masuk rumah saya di Laguna Merbok - tanpa tuan rumah).

Sekian coretan 12 Jun 2009. Hari ini juga Birthday saya yang ke.... RAHSIA...

Wassalam.

1 comment:

Amin said...

Happy b-day Mak Tih - thanks for the pictures, glad to see everyone is doing so well. Rumah Mak Long memang lawa...

Wslm...
Amin