Assalamialaukum,
18hb Mei 2009 telah confirm Abg Z bertukar kerja di JKR. Pada 20hb lepas saya menemankan Abg Z melapor diri ke JKR Kubang Pasu yang terletak di Jitra. (Gambar di post yang lepas). Namun Abg Z belum mula kerja kerana MC Abg Z masih ada sehingga 13 Julai 2009. Abg Z melapor diri dan menyerahkan MC nya. Kami sempat berbual dengan Tuan Haji Abdul Kadir, cc di pejabat tersebut. Beliau agak simpati kerana rumah kami di Sungai Petani dan sangat jauh (1 jam 20 min perjalanan lebuhraya - Tol dalam RM 10). Dia mencadangkan agar Abg Z buat rayuan tukar tempat kerja.
Buat sementara, abg Z terpaksalah tinggal di rumah ibunya di Alor Setar (20 min ke Jitra) dan menumpang kakitangan JKR Kubang Pasu yang tinggal di AS (ramai dok kat AS).
Untuk makluman teman-teman, Abg Z dah boleh jalan agak laju dan agak kuat. Tetapi masih menggunakan tongkat. Untuk naik tangga agak susah (JKR Jitra tak ada lif - pej Abg Z di tingkat 2)
Sekian info terkini.
2 comments:
Dekat sini bangunan kalau takde lift - boleh kene saman.
salam rindu buat idah dan family. lamanyer kee tak ikuti kisah idah...tup tup dah ada di SP. bukannya tak ingat tapi maklumlah kee ni rasenyer yg paling ramai anak kot amongst all our frenz dulu.. sibuk sungguh dgn kerenah anak. hope to meet u n ur family one day... and i am very happy to see abg zak dah pulih - berkat ketekunan idah dan anak2...syukur.
Post a Comment