Friday, November 04, 2011

RAYA 2011

students SMK Merbok datang beraya.. Ting 5A1
Buaian depan rumah Mak.. masih kuat walaupun dah lebih 20-30 thn...
Bergambar di pagi raya 2011
Zakwan memohon ampun dan maaf dari MakTok..


ASSALAM..
Agak lewat pos gambar2 dan cerita mengenai raya 2011... Sejak kebelakangan ni saja terasa ada sedikit masa terluang untuk menulis sedikit ke blog. Tujuan nak mengaktifkan semula blog yang dah lama tersadai.. semenjak ada facebook, blog pun dah malas nak tulis. Tapi adakalanya blog lebih baik kerana kita boleh menulis apa sahaja sebagai kenangan di masa hadapan...

Tahun 2011 merupakan tahun ke3 aku beraya bersama anak-anak.
Namun kali ini agak sedikit berubah bila anak-anak ku hanya beraya di sungai Petani dan tidak beraya di alor Setar. Namun Ang Z tetap datang berjumpa anak-anak. Cuma anak-anak sahaja tidak berkunjung ke rumah maktok mereka di alor Setar. Bukan kerana aku tidak mengizinkan...tetapi bila aku tahu ada di antara "mereka" yang mengungkit sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal yang waras... maka aku buat keputusan untuk anak-anak ku beraya di SP sahaja...

Biarlah masa menghukum mereka yang berpandangan serong..

Esok lusa dah nak Raya Aidil Adha.

Kepada semua rakan-rakan pembaca blog, Selamat menyambut hari Raya aidil adha..

Semoga kita dirahmati Allah selalu.
Semoga kita diberi petunjuk dalam kehidupan.


wassalam

4 Nov 2011
7.15 malam.


No comments: