Aiman dengan Fimie Don
Mak dgn pilihan aiskrim di "ICE ROOM" Kota Damansara.
Entah apa Aiman pegang banyak sangat barang.. Moto mainan pun ada.
20hb Nov 2011 saya, mak saya, anak2 saya Zakwan dan Nabila bertolak ke KL. Najib tak dapat ikut sebab dia belum bercuti..Allyn juga tak ikut..ditinggalkan di rumah kawan, Roshanim Ridzuan sepanjang kami tiada di SP.
Kebetulan saya mendapat surat utk bermesyuarat/kursus di KL pada 21-24 Nov 2011 di City Villa Hotel, jadi kami bertolak ke KL lebih awal daripada yang dirancangkan. Sepanjang saya berkursus, Nabila dan mak tinggal di Kota Damansara manakala Zakwan tinggal di rumah jiran lama Pah, yang tinggal di Taman Kantan Permai. Bengkel kali ini sama seperti bengkel2 lain sebelumnya iaitu untuk menyediakan kurikulum Kolej Vokasional bidang Perakaunan. Rasanya saya tetap akan menjadi panel sehinggalah Kolej Vokasional mula beroperasi.
Selesai sahaja berbengkel, barulah sempat saya berkunjung ke rumah kawan-kawan dan menghadiri kenduri "ibu dan baba" di Kajang (TKP). 28hb kami langkah jauh lagi dengan menuju ke Kuantan. Sewaktu blog ini ditulis saya berada di Kuantan Pahang rumah Kak Na dan Abg Azhari. Kebetulan Abg Azhari baru ditukarkan ke Kuantan sebagai JURUTERA DAERAH.
Hujan sedikit sepanjang kami berada di Kuantan. Tapi suasana di Kuantan amat tenang... sama juga di Sungai Petani.
Esok, 30hb, Zaid akan datang ke Kuantan juga bersama Aishah dan anak mereka Aqilah. Seronoklah Kak Na dan Mak dapat layan cucu cicit.
nanti sambung semula... mengantok la pulak...
29hb Nov 2011
3.30pm
No comments:
Post a Comment