Wednesday, October 07, 2009

DAH KELUAR HOSPITAL

SALAM SEMUA,

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA BLOG, ABG Z KINI TELAH DIBENARKAH KELUAR HOSPITAL PADA HARI SELASA 6 OKOTBER JAM 3 PETANG. KALI INI UBAT YANG DIBEKALKAN TIADA LAGI UNTUK KENCING MANIS. INI DISEBABKAN DIA KINI LEBIH KEPADA KURANG GULA DALAM DARAH.
DAH TUKAR PENYAKIT PULAK !!!

BAHAYA JUGAK KALAU KURANG GULA. INI MENYEBABKAN DIA BOLEH PENGSAN/ TIDAK SEDAR DIRI SEBAGAIMANA TERJADI SEBELUM DIA DIMASUKKAN WAD AHAD LEPAS.

KELUAR DARI WAD JE, KAMI KE AIR ITAM UNTUK BERUBAT CARA KAMPUNG. AMBIL AIR PENAWAR. LEPAS TU..PEKENA MAKAN LAH..

KAT KEDAI MAKAN, ABG Z MAKAN SAKAN. ROTI ARAB, POPIA MAHKAMAH, DAN CUCOQ UDANG... AIR PULAK DIPESAN AIR NENAS DAN TEH PANAS... EEMMMMMMM..... PULON SAKAN. SPOT MAKAN DI KEDAI AREA JALAN PEGAWAI.

KEPADA YANG BERTANYA KHABAR, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.


SEKIAN INFO TERKINI.


RAFIDAH 7 OKT 2009



Sunday, October 04, 2009

ABG ZAK MASUK HOSPITAL LAGI

Zakwan bergaya dengan Perodua Viva Elite
Suasana dalam wad, Zakwan, Nabila dan belakang tu, Anuar anak buah Zak.
Zak atas katil Wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Assalamualaikum,

4hb Oktober 2009. pagi... kejadian di A.Setar... Zak tak bangun untuk ke kerja. Mak Zak, Farah yang berada di rumah ketika itu menyangka Zak cuti dan membiarkan dia tidur. Tetapi apabila Zak bangun untuk ke tandas, dia tak dapat bangun dan terkencing di tempat tidurnya. Melihat keadaan Zak yang agak lemah, mereka (bantuan Nash) memanggil ambulance. Zak ada juga pitam dan tak sedarkan diri bila mereka kejutkan dia sebelum ambulance datang.


Saya dan anak-anak ketika itu berada di sekolah. Sebaik selepas sekolah, kami bergegas ke hospital. Ketika itu Zak masih di wad kecemasan (Yellow zone). Saya datang membawa GL dan selepas itu mendaftarkan Zak untuk masuk wad.


Kini Z berada di wad 7B katil 9. Keadaan dia ok. Cuma doktor ada bertanya mengenai sejarah dia mendapat stroke. Nasib baik saya ada membawa referral letter dari Hospital Serdang. Doktor juga hairan macamana Zak boleh ada HYPO (suger level rendah).


Doakan Z akan sembuh dan kembali bekerja. Untuk makluman semua, Zak dah beli kereta Viva Elite untuk dia ulang alik ke tempat kerja. Dia dah mula memandu sendiri sejak seminggu lepas. Dia juga memandu balik Sungai Petani kali pertama minggu lepas.


Sekain info terkini.


Laporan 5 Oktober 2009

Friday, September 25, 2009

RAYA 2009


Liza.. panggilan manja IBU oleh anak-anak... Liza yang menjaga anak-anak sewaktu mereka perlukan baby sitter... Datang dari jauh.. KAJANG.
Tetamu Taman Kantan Permai.. Baba... Danish.. Kak Lang dan Ika..
Tetamu dari SMK BB Sg Long (la dah pindah juga)
Mahfuza dan anak-anak (Nawal, Along dan Ulya)
Najib dan bapak di dapur.... tolong siapkan hidangan kepada tetamu.
Di A.Setar.. Bersama Abg Azim dan Lydia


ASSALAMULAIKUM

KESIBUKAN MENYEBABKAN BLOG TERHENTI SEKETIKA. JIKA ADA MASA NANTI SAYA AKAN MENAMBAHKAN CERITA-CERITA BARU.

TETAPI SEKIRANYA PEMBACA BLOG INGIN MENGETAHUI PERKEMBANGAN LANJUT KAMI, SILA LAYARI BLOG ANAK-ANAK SAYA DI ALAMAT BERIKUT :

http://zakwanlovebelacan.blogspot.com/

DAN

http://nabilakajang.blogspot.com/




Friday, August 28, 2009

PUASA 2009 DAN RANGKULAN SEBULAN JULAI OGOS

28 hb Ogos.. berbuka di Laguna. Lauk beli je
Emmm..sedapnya.. Ayam Golek seekor habis sekali mengadap...
Buat bengkang roti.. tapi terlebih naik pulakkk....
25 Ogos... fisioterapi Abg Z di Hospital S.Petani.. Ayun bang ayun....
Di layan istimewa di bilik fisioterapi.
Kuatkan kaki... angkat bola ke atas....
Rabbit Anggora kami de halaman rumah.. makan pucuk pisang muda.
Cutenyeee.... Di halaman rumah kami... Laguna Merbok
Aaiiittt..mai mana pulak ERA ni.. Ni lah Squad Perodua ERA yang kebetulan berada di Laguna Merbok. Kami pula terdengar NANA dari radio ERA bagi tau Squad PERODUA ERA ada kawasan rumah kami.... kebetulan balik sekolah... singgahlah... dapat banyak juga barang2 hadiah ERA. tengoklah kat tangan tu..penuh dah...

Musim H1 N1.. pakai je la mask..... kena gak batuk dan selsema..
Makan2 di Dataran Ikan Bakar dengan ABg Wahi yg balik dari US. Air bandung.. Ikan 3 rasa, sotong masak pedas dan macam2..sedap dan puas makan.. RM118.
Siakap masak 3 rasa.....
Sotong masak pedas.

Tuesday, August 11, 2009

CERAMAH DI SMK PEKULA JAYA


PADA 3 OGOS LEPAS SAYA MENERIMA JEMPUTAN BERCERAMAH DI SMK PEKULA JAYA YANG DULUNYA DIKENALI SEBAGAI SEK MEN TIKAM BATU. BARU SAYA TAHU PEKULA IALAH SEJENIS POKOK BILA SAYA PARK KERETA BETUL-BETUL DEPAN POKOK PEKULA YANG DILABELKAN DI BATANG POKOK.
SMK PEKULA JAYA JUGA MERUPAKAN SEKOLAH LAMA DATOK K SUAMI DATO' SITI NURHALIZA. ADA TERPAMPANG GAMBAR MEREKA DI LALUAN KE PUSAT SUMBER.
TERIMA KASIH ATAS JEMPUTAN.

Sunday, August 09, 2009

LANSKAP RUMAH KAMI

Di mini lanskap rumah kami.
Batu refleksiologi dikelilingi batu-batu hiasan.
90 % tanaman di sini di "import" dari rumah mak...
Batu-batu sungai di TUPAH dibawa balik menghiasi laman kami.
Gambar diambil dari sudut ruang tamu di rumah.


SETELAH USAHA TANAM SAYUR TAK MENJADI, SAYA DAN ANAK-ANAK BERCADANG MENCANTIKKAN LAMAN KAMI YANG KECIL TU DENGAN MINI LANSKAP. GAMBAR-GAMBAR DI ATAS ADALAH HASILNYA YANG TAK SEBERAPA. WALAUPUN TAK LA CANTIK SANGAT, TAPI KIRA OK LA... UNTUK PERMULAANNYA. INSYALLAH KALAU ADA BUDGET LEBIH, KAMI AKAN MENCANTIKKAN LAGI DENGAN MEMASANG PAGOLA. KALAU ADA YANG NAK SPONSOR..OK GAK...
WASSALAM..
9 OGOS 2009

Monday, August 03, 2009

cucu ke 7

Cucu ke 7 baby tu. Cucu Abg Z la..

Malam Permata SMKM

Ala-ala makan malam di hotel... Dewan Suloh Budiman bertukar wajah.
Najib dan Zakwan berpakaian batik. Di kiri ialah Cikgu Wan Razuha Ayu dengan suaminya.

Monday, July 06, 2009

GATHERING DBS ARAU 1987 GIRLS ONLY

Bersama teman2 BDS 1987.
All the girls yg sempat dikumpulkan di Gathering 4 Julai 2009.
Dari kiri, Kee, KAk Liza (tuan rumah), saya, Mama, Zana (from Hong Kong), Haslina, Ina-azad dan Yummy (Ipoh)


Posing dalam rumah Kak Liza....
Yummy, Kee (Rokiah Hamzah) and me.....

Menu sumbangan Haslina dan Azad.... mengamcam.. sedap... grill....

Haslina, Mama, Kak Liza and me....
Kee and me... dulu remaja... la ni mak budak dah... After 21 years apart....

Zana memegang album gambar. Zana ni dok di Hong Kong menetap di sana... pun sempat meluangkan masa.


Assalamualaikum pembaca blog,
Facebook tealh mempertemukan kami semua. Hasil usaha beberapa rakan yang mendaftar ke dalam facebook, kami telah bertemu ramai rakan ITM Arau 1987. Dengan usaha Kak Liza (Norizah Nordin), beliau mencadangkan satu perjumpaan teman-teman ITM Arau DBS 1987. Gambar2 di atas menjadi kenangan abadi setelah 21 tahun tidak bertemu (ada juga yg bukan 21 tahun - pernah ada gathering di rumah Azad 2004).


memang best lah..... Harap harap ada lagi gathering lain selepas ni... maybe girls n boys join.

TARIKH GATHERING : 4 JULAI 2009

TEMPAT : RUMAH KAK LIZA DI KLANG (JALAN JINGGA OFF JALAN BATU 3)

MASA : PAGI KE PETANG....

KELETAH WAWA

Ini adalah video anak Hasnah... Wawa... yang sangat cerdik berkata kata dan menyanyi. Dapat upload satu je yang pendek...

Geng Orange Buat POT LUCK Rahsia.

Assalamualaikum semua teman2 terutama Geng Orange...
Terima kasih kerana mengadakan POT LUCK sempena kedatangan saya ke SMKBBSL. Nama pot luck rahsia sebab ianya ditujukan khas untuk geng2 kami jer... yang dinamakan Geng Orange.. Yang merancangnya ialah Norlia. Banyak juga menu yang dapat dikumpulkan. Lihatlah gambar di bawah ,...... Pot luck diadakan di rumah Hasnah di Saujana Impian (tetap dan berpencen jadi tempat pot luck)... Thanks Hasnah dan anak2.....


Norlia (tudung orange) org penting menganjurkan pot luck... sebelah tu mak sedara Afidah dari Singapore. Tetamu paling jauh... tapi dia makan sikit jerrrr...jaga badan....

Ni lah tuan rumah.... Hasnah yang dah turun berat badan selepas mengamalkan swimming.....

Saya dan teman baik, Cikgu Wan... pulon makan... semua ponteng diet....
Ada belanak masin, ada sambal tempoyak, ada ikan tongkol masak special... ada asam pedas Kak Rahimah... macam2 lagi....

Ni pulak.... pulut makan dgn durian... Cikgu Bahador supply durian.... dari Hulu Langat.. sedap2....

"awat hang dok tengok jerr... mai la join... sedap ni.... boh santan... gula sikit.. durian... gaul gaul gaul.... then..makan.... sedap.... mak mertua lalu depan pun tak sedar ... "

Dari kiri, Maheran. Afidah, Hasmiza dan Wan... geng yang tak boleh dipisahkan.....

Menu yang ada.... macam raya pulak.. Nasi impit kuah kacang pun ada.

Dari kiri Afidah, Maheran, Hasmiza dan saya.Oopppsss... ada pulak anak2 muda.. anak murid mana ni??
depa ni bukan students......... tapi cikgu2 praktikal. Turut diraikan kerana hari ini (3hb Julai) hari akhir mereka praktikal di SMKBBSL. (2 yg depan tu je)

Cikgu Bahador (supplier durian) dah tukar jadi pekerja Alam Flora ka.... Dibantu oleh cikgu praktikal....



Kepada semua teman yang menjayakan pot luck di rumah Hasnah... TERIMA KASIH banyak-banyak.... Kalau ada pot luck lagi.. bagi tau la... tiket bas ke Kajang bukan mahal sangat dari Kedah.... Masak Tempoyak ikan patin Wan kot... lepas ni.... OK Wan???? Boleh kan???? Rindu la ikan patin masak tempoyak hang... ananti aku masak sambal tumis sardin kat hang.....

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN DI SMKBBSL - SIRIH PULANG KE GAGANG

Wahh.... dari Kedah ke Kajang... sampai di Hentian Jalan Duta jam 4.30 pagi, jam 10.30 pagi dah ada di SMKBBSL beri ceramah.... Hebat hebat.... Semuanya kerana memenuhi permintaan Pengetua SMKBBSL Puan Hajah Salimah bt Jafri. Apa juga sangggup ku rempuh untuk mu wahai Puan Salimah.... Itu pun dia minta datang lagi polish budak2 SMKBBSL sebelum SPM. Insyallah ada peluang dan masa saya datang lagi. Pelajar Ting 5 masih di bawah tanggungjawab saya kerana saya yang mengajar mereka di Ting 4 dahulu (2008).

Bergambar bersama pelajar dan guru SMKBBSL.. En Willeam, En Ismail dan Puan Rasmidi.
Pelajar SMKBBSL tekun mendengar ceramah. Yang best... pelajar2 ni siap bagi tepukan gemuruh bila saya masuk je Bilik Wawasan ni.. terasa macam artis pulak.. Tahun 2008 saya mengajar mereka Prinsip Perakaunan tingkatan 4. Ada juga yang bertanya "suami cikgu sihat?" Teruja saya.... mereka memahami kenapa saya tinggalkan mereka.
Untuk makluman pembaca blog SMK BAndar Baru Sungai Long mempunyai pelajar 85% bangsa CINA. Namun mereka tetap menghormati saya sebagai guru. Inilah Malaysia.... Hidup dalam berbilang bangsa, UNIK UNIK...
Sekian, Wassalam