Yellow Zone Hospital Serdang5 November 2008 - Jam 11 pagi Zakwan telefon memberitahu bapak muntah keluar warna hitam. Abg Z kemudiannya telefon pulak memberitahu dia muntah hitam (darah beku). Masih di sekolah ketika itu. Berdebar juga. Tapi ini bukan kali pertama Abg Z muntah sedemikian rupa.
Balik dari sekolah, setelah makan dan solat, saya siapkan abg Z untuk ke Hospital. Kali ini saya bersendirian dengan Abg Zak sahaja. Zakwan ke sekolah. Najib dan Nabila dah mula give up dan malas nak tunggu lama di Hospital. Tak apa lah.,.. saya belum give up, insyallah. Dalam perjalanan Abg Z muntah sikit sahaja. Sampai di Kecemasan Hosp Serdang, Abg Z dibantu oleh kakitangan Hospital yang memang bersedia jika ada kes kecemasan. Dia diangkat dan ditolak (wheel chair) oleh kakitangan hospital sementara saya ke parking kereta (jauh gak la..). Dalam tempoh 3 1/2 jam di hospital, doc telah membuat X-Ray dan ujian darah. Sementara itu usaha berhentikan muntah dilakukan dan berjaya. Tiub dimasukkan melalui hidung abg Z untuk memeriksa jika ada perdarahan di dalam perut. (tapi ok je). Sebelum balik, saya meminta doc supaya tak menanggalkan tiub tersebut atas alasan supaya saya boleh memberi makan (susu) atau ubat2 melalui tiub tersebut. Tapi doc menolak atas alasan Abg Z boleh masuk makanan melalui mulut. Tetapi bila saya merayu dan memaklumkan sudah berbincang dengan doktor pakar, barulah doc di situ membenarkan. Saya diajar cara memasukkan makanan melalui tiub. Jam 7.30 sampai ke rumah..penat..
6 November 2008 : Hari ini appointmen Abg Z dengan SOPD (Sergeon). Penat semalam belum habis, kena ulang lagi ke Hospital Serdang. Saya sendirian juga dengan Abg Z. Kami sampai dalam pukul 8.10 am. Ambil nombor dan tunggu giliran. Lama jugak sebelum sampai ke giliran Abg Z. Kali ni doktor bagi ubat kencing manis dan tahan muntah sahaja. Ubat lain masih banyak. Dalam jam 10.30 dah selesai. Singgah kejap ke tempat Fisio buatkan appointmen baru (3hb appointmen fisio saya terlupa - banyak sgt tarikh nak ingat). Singgah kejap di kantin jamu selera (jamu selera saya je la.. abg Z tak ada selera).
9 November 2008 : Ahad pagi... nak bawa abg Z jalan-jalan pagi. Tapi sibuk sangat dengan kerja-kerja rumah, hari pun dah panas. Kesian tengok Abg Z terbaring je, saya ajak dia ke Jaya Jusco. Sebelum keluar bersiar-siar abg Z diberi ubat tahan muntah dulu. Setengah jam kemudian saya beri dia susu Alpha Lipid melalui tiub. Ajak jugak anak-anak ikut. Hanya Nabila je yang nak ikut. Yang lain masih belum dapat menerima hakikat... malu. Lama juga kami ke Jusco. Ada offer. Abg Z saya yang tolak. Boleh dikatakan semua yang lalu sebelah kami akan memandang Abg Z... dengan tiub di hidung.
Sekian dulu.... Wassalam
1 comment:
huhuhu...lama plak rasa tak pi jalan umah maktih. sian maktih sorang2 penat jaga paktih. nanti mirah datang bawak cik ek.dlm jaga paktih, mak tih pun kena jaga diri jugak.. take care!
Post a Comment