Sempat melawak dengan Zakwan. Cubit pipi zakwan yang montel.
Makan Pizza di Pizza Hut Kajang - Tesco
Tak dapat buat kolonoscope..tapi makan dapat jugak. Bubur dan ikan cencaru masak kicap. Sayur dan buah betik.
Sementara tunggu drip air, sempat baca surat khabar - spec saya.13 hb Nov - Bermula jam 7 petang Z diberi Ubat Fleet untuk membuang najis yang ada di usus bagi tujuan kolonoscope esoknya jam 8.30 am. Sunguh luar biasa keluaran T tetapi semuanya cair/cirit sehingga terkeluar dari pampers (sedih lagi tilam Terapi Zhulian pun kena... banyak pulak tu.. (jangan marah mak...)
14 hb Nov - Saya ditemani Najib membawa Abg Z ke hospital untuk kolonoskop. Apabila giliran Abg Z, saya bantu misi tolak abg Z ke bilik scope. Tapi malangnya acope tak dapat dijalankan kerana kata doc, masih banyak T keras terkumpul di dubur/usus besar. Adduhhh.... tak cukupkah 4 kali Abg Z membuang semalam dan penuh cadar, t-shirt yang di pakai.... hingga tidur ku korbankan... Memandangkan scope tak dapat dijalankan, saya mengambil kesempatan meminta doc tambahkan air ke badannya (2 pain). Selepas tu saya minta doc masukkan semula tiub hidungnya kerana tertanggal 2 hari (tak makan la 2 hari).
15 dan 16 Nov : Berehat di rumah sahaja. Masak untuk anak-anak Nasi Minyak dengan Ayam masak merah dan dalca (simple tapi menyelerakan).
17 Nov : Ke Hospital Serdang berseorangan untuk lanjutkan mc abg Z. Malangnya doc tak ada (belum masuk sebab awal sgt). Saya pun ambil keputusan untuk pulang dahulu dan datang semula selepas urusan bayar cukai pintu dan Cukai Tanah selesai. Alangkah sedihnya bila nak start kereta kembara saya... enjin tak mau jalan. SAH lahhh bateri KONG. Sejak 2-3 hari perasan juga susah nak start. DAh lah sorang-sorang.... saya pun bercadang untuk buat JUMPER. Sapaa lah mangsa saya.... Nasib baiklah ada seorang pemandu teksi (India) yang sanggup membantu bila saya minta tolong. Dia pun hairan macamana saya seorang pemandu wanita tahu dan ada simpan wayar jumper di belakang bonet kereta !!!!
Itu lah saya..sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan. Kalau pun saya tak guna..saya dapat bantu rakan rakan yang memerlukan. Berkat saya selalu membantu rakan-rakan dan sesiapa sahaja..dengan mudah aje ada yang sudi membantu di kala saya susah. Alhamdulillah.
Siap je saya terus balik ke rumah dan tukar kereta Suzuki APV untuk urusan seterusnya.
19 Nov : Abg Z rasa nak makan Pulau Mutiara Char Keowteow... Saya dengan NAbila bawa abg Z gi makan-makan. TApi semulut je masuk!!! Tengah makan, hujan turun, saya pun segera angkat abg Z ke kereta yang di park sebelah kerusi dia duduk.
Kami kemudian ke TESCO. NAbila minta belanja pizza sempena dia dapat UPSR 2A. Abg Z makan semulut (secubit) sahaja.
HAri-hari lain : Mengemas untuk berhijrah ke Kedah.... Selamat Tinggal Kajang yang membawa pelbagai kenangan manis dan pahit...
Wassalam

No comments:
Post a Comment