Assalamualaikum.
Hari ini 1 hb November 2008. Bangun pagi jam 6, solat subuh dan bersiap-siap ke PJ. Semalam (Jumaat) dapat panggilan telefon dari En Rahman meminta saya memberi ceramah di Dewan Sivik MBPJ. Tekejut juga di saat saat hampir ke SPM masih ada jemputan ceramah. Ingat nak tolak je, tapi En Rahman merayu dan tak sampai hati menghampakan permintaan beliau dan anak-anak murid dari kawasan PJ. Sebelum ini dalam 15 ceramah saya tolak dalam bulan Julai/Ogos apabila Abg Z diserang stroke. Demi menjaga Abg Z, ceramah, tuisyen dan semua extra income saya letakkan ke tepi. Tapi saya percaya rezeki ada di mana-mana.En Rahman minta saya berada di Dewan MBPJ jam 9.30am. Saya bertolak jam 8.30 ditemani 2 pelajar SMKBBSL yang bertugas mengangkat barang.... sekali gus jadi escort saya... he he he... Izat dan Din (anak Cikgu Anisatun). Selepas minum pagi kami sampai ke Dewan Sivik MBPJ (sesat sikit). Tapi jadual agak kelam kabut, giliran saya berceramah dah jadi pukul 11 pulak. Menunggu je la... dalam dewan sambil dengar ceramah Bahasa Inggeris. Abg Z ada telefon saya beberapa kali bertanya khabar saya (dia akan risau jika saya berada di luar - dulu tak kisah pun). Alhamdulillah ceramah saya selesai jam 1 tengahari.
Saya sampai di rumah kira-kira jam 2 petang. Masak nasi, masak sedikit lauk dan beri anak-anak makan. Penat sangat, terlelap di hujung katil Abg Z. Selepas solat Asar, kelihatan Abg Z sangat tidak bermaya. Nak minum air pun dia tak larat nak bangun. Mata kuyu je.. muka pucat lesi.... cakap pun tak banyak. Sesekali nampak air mata di kelopak mata Abg Z bila saya berbual-bual dengannya. Tak tahu kenapa. Saya pun bersiap dan lap badan abg Z.. tukar bajunya, tukar lampin pakai buang dan start kereta untuk ke Hospital KPMC (Kajang Plaza Medical Centre) ditemankan Zakwan dan Nabila. Itulah saya.... bersendirian dalam menguruskan Abg Z. Yang tak nampak, hanya komen dan menuduh yang bukan-bukan. Kalau lah mereka yg berada di tempat saya... dapatkah mereka melakukannya???
Doktor menasihatkan Abg Z dimasukkan tiub ke hidung supaya dapat diberi makan melalui tiub terus ke perut, tapi Abg Z menolak pendapat doktor. Nak paksa pun saya tak sampai hati. Dah banyak kali tiub dimasukkan ke hidung Abg Z semenjak dia sakit. 2 pain air dimasukkan ke badan Abg Z dalam masa 2 jam. (RM127.00)
Sewaktu membuat bayaran di kaunter, seorang jururawat yang membantu merawat Abg Z berbual dengan saya. Katanya "Kak... saya sedih tengok suami akak. Nak nangis rasanya. Ni kali ke 2 akak datang bawa suami akak. Akak memang seorang yang tabah.."
katanya sambil memeluk dan menepuk belakang saya.
BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKULNYA.
Jam 9 malam kami sampai ke rumah. Abg Z terus tidur sampai ke saat blog ini ditulis. Penat agaknya dia. Dia minta teh tarik. Saya buatkan tapi tak sempat dia minum, dah lena...
Kepada teman-teman yang memberi respon kepada masalah yang saya keutarakan di tajuk Temujanji 28 Oktober 2008 Hospital Serdang saya ucapkan terima kasih. Juga kepada Paun Habsah yang kebetulan menjadi pembaca blog saya.
Sekian coretan saya. Mengantuk sangat ni.
Wassalam.
2.00 am
No comments:
Post a Comment