Saturday, May 16, 2009

Hari Ibu dan Birthday Abg Z

Empat jenis air yang diorder..
Island Red Cafe (IRC)
Menunggu order sampai sambil borak-borak.
Najib, Sham (adik ku) dan my boloved mom..
Happy Mothers Day mak...

Zakwan dah dapat yang dipesan.. Chicken Chop. Sedap...
Birthday Boy.. Abg Z. Dah setengah abad abg Z pada 10 Mei 2009 lepas.
Selamat Hari Ibu buat mak, Hajah Azizah Hashim. Moga mak sihat sehingga ke akhir hayat.


JKR Kubang Pasu.
Abg Z kemungkinan besar ditukarkan di sini mulai Jun 2009.
Assalamualaikum,
Gambar diambil sekitar makan malam sempena Birthday Abg Z dan Menyambut Hari Ibu. Lokasinya ialah Island Red Cafe di Jalan Sekerat, Sg Petani (dulu restoran Cengkih.com). Boleh tahan juga makanannya..sedap la. Kami order semua western food.
Gambar bawah pula ialah JKR Kubang Pasu di Jitra. Abg Z mendapat panggilan dari pihak Kementerian Kerjaraya baru2 ni memberitahu pertukarannya ke Kedah akan diluluskan tetapi tempatnya hanya ada kekosongan di Jitra sahaja. So.. maybe abg Z akan mulakan kerja di Jitra bila mc nya tamat pada 12 Julai depan. Cukup setahun abg Z cuti sakit semenjak diserang stroke pada 4 Julai 2008...
Setakat ini, abg Z dah boleh jalan walaupun agak lambat. Tetapi nak jalan lama memang tak mampu lah. Uruskan diri 100% memang tak boleh lagi. Sebab tu lah saya memohon doktor melanjutkan lagi mc nya. Tapi tadi abg Z frust sikit sebab Alias (PA dia) tak mau keje lagi mulai esok. Maknanya abg Z akan berseorangan lagi di waktu pagi sehinggalah kami balik sekolah. Sedih juga lah dalam hal ini keluarga sebelah abg Z bagai tak pedulikan dia.. Sesekali rasa lebih baik dok Kajang jer... tak ada keluarga tapi ada kawan-kawan dan jiran yang perihatin. (kawan2 Kajang memang tiada tandingannya.. i miss SMKBBSL).
Sekian dulu coretan dari saya. Maaf kalau ada tersilap dan termakan cili.
Wassalam..

2 comments:

Diari Adam said...

aku pun rindu kan hang....uhk uhk tetiba jer ingat kan hang yang susah dan senang bersama.....sekarang nie aku tak dok kawan baik lagi.....

Diari Adam said...

apa-apa pun selamat hari jadi abang z - aku pun pernah pi gua kelam tue tapi kira-kira 10 tahun yang lalu...he he he