SEKITAR KEM IBADAH DI MERBOK
GAMBAR SEKITAR TETAMU DARI SINGAPORE
Abg Z dengan cucu penakan - Quraisha dari Singapura.
Makan besar - 3 keluarga. Lokasi - Tanjung Dawai (10 min dari SMK Merbok)
Wahhhh... banyaknya makanan..... Ikan segar-segar.
Nur Sabariah di samping cucu cucu penakan abg Z. Irdina, Nadrah dan Quraisha (anak Sabariah).
Berkunjung ke Laguna Merbok sebelum makan besar.
Dah ada TV LCD Sony 32 inchi dan Home Theatre Sony.
Assalamualaikum,
Cerita Pertama : PERKHEMAHAN IBADAH.
Pada 30 hb April - 2 hb Mei 2009, Zakwan dan Najib menyertai Kem Ibadah anjuran SMK Merbok. Petang Jumaat saya menghantar mereka ke kem tersebut yang terletak tidak jauh dari sekolah kami. Walaupun tempatnya agak tidak selesa, saya tetap menggalakkan anak2 menyertainya supaya mereka tahu tidak semua kehidupan di dunia ini menyenangkan. Walaupun ada kem ibadah yang agak ekslusif tetapi anak-anak tidak harus diberiken kesenangan selamanya.
Nabila? Dia saya minta menemankan Abg Z di rumah kerana saya juga perlu bertugas di kem tersebut di slot permainan (Treasure Hunt). Secara keseluruhannya anak-anak gembira berada di kem tersebut tanpa banyak merungut (merungut nyamuk gigit je).
Cerita ke dua : KUNJUNGAN ORANG SINGAPURA.
Kebetulan pada masa yang sama Azha dan Sabariah (Azha anak Abg Azim) datang ke Kedah. Selepas melancong ke Langkawi, mereka singgah ke Alor Setar dan Sungai Petani. Sewaktu di SP, mereka berkunjung ke rumah kami di Laguna Merbok. Anuar dan BAya dari Sik juga mengambil kesempatan datang ke SP berjumpa mereka. Malam 1hb kami semua bersama Nasharuddin dan Siti Aliza (Anak buah abg Z) bersama-sama ke Tanjung Dawai untuk makan-makan seafood di tepi laut. Nasharuddin awal-awal lagi dah booking dan order. Lihatlah menunya... ikan siakap masak 3 rasa dan kukus... ada banyak lagu menu lain. Thanks kepada semua yang turut serta di malam tersebut. Kami memang enjoy.. cuma kesian Zakwan dan Najib tak dapat menyertai makan besar tu.
Kepada Sabariah dan Azha, terima kasih kerana bawa macam2 buah tangan untuk kami. Pak Su (Abg Z) dapat sampai 3 T-shirt. Hadiah Pewangi rumah Body Shop mengharumkan rumah kami. Duit poket untuk anak-anak... seronok mereka. Insyallah kami ke Singapore hujung tahun ni.
Sekian dulu dari saya.
Moga terhibur membaca blog kami.
1 comment:
bestnya nampak ikan siakap tue....wah besar tv nampak???
Post a Comment