Monday, February 19, 2007

PICNIC DAN IKAN BAKAR FRESH

Assalamualaikum..
Gambar diambil di tempat makan special, Sri Murni.. Di sini makanan dihidang berdasarkan ikan yang dipilih. Ikan segar/hidup. Ada ikan talapia, ikan keli, ikan baung (entah apa jenis)..semua ikan air tawar. Ada juga ikan laut yg dibekukan.

Ikan siakap, bawal semua ada. Tapi kami tentulah pilih ikan air tawar....


Inilah dia pekerja restoran tu sedang tangkap ikan talapia merah yang sangat besar... Berlari-lari ikan tu dengan harapan "jangan pilih aku"...







Lihatlah ikan-ikan talapia ni. Besar. Segar.
"tunggu kau.... nanti aku makan engkau..."



Sementara menunggu.. saya rehat dengan Amirul dan Nabila di pondok makan.





Restoran ini berkonsep pondok yang dibuat berbagai bentuk.



Kami memilih yg kena 'panjat' sikit. Biar tinggi.. nampak pemandangan kolam.




Haaa... ini lah dia talapia masak merah (sweet n Sour)

Memang sedap...



Ini pulak IKAN KELI... memang besar saiznya. Tak pernah jumpa di restoran biasa.

Tapi sikit pun tak rasa hanyir... sedappppppp yummyyyyy...





Ini pulak gambar sebelum kami pi restoran. Gambar tepi sungai.. Najib sedang masak burger. Ada kisah disebaliknya... tetiba api keluar ikut tin gas tu... cepat2 mak padamkan dan tutup gas.. Nasib baik boleh guna lagi selepas tu.



Wahhh... Amirul dan Nabila... Dapat ke ikan tu Amirul??
Amirul ni anak jiran kami, Mak Cik Pah. Dia selalu ikut kami ke mana kami pergi. Mak dah anggap dia macam anak angkat je.



Saturday, February 17, 2007

basikal baru saya


Ini adalah basikal baru zakwan. Zakwan baru ubah suai basikal ini. Zakwan letak kanggaroo depan belakang yang berharga RM40 ringgit. Zakwan letak mud guard dibelakang. Best tau..lajuuuu

AYAM TANDOORI


INI LAH DIA TANDOORI YANG SIAP DI MASAK. MEMANG BEST. AMBIL LIMAU NIPIS DAN PERAH DI ATASNYA. MAKAN LAH. AMACAM CIK... HAHA... MAK BOLEH..CIK PUN BOLEH...











HARI NI MAK CUBA BUAT AYAM TANDOORI.. NAK LAWAN MAK CIK PUNYA AYAM TANDOORI. YANG JADI MAGSA... NABILA. DIA KENA GAUL PERENCAH TANDOORI. TAPI SETAKAT BLOG NI DITULIS, AYAM TAK MASAK LAGI. NANTI ADA GAMBAR SAYA MASUKKAN.

Saturday, February 03, 2007

PERKAHWINAN ABANG FENDY

Pada 28hb Januari yang lalu, Abang Fendi telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya Jazifah Jaimie Johari di Dewan Perdana Felda jam 8 malam. Abang Fendy ialah sepupu saya sebelah bapak. Dia ialah anak kepada MakCik Azizah (Datin Talhah)dan Pak Cik Salleh Majid (Dato' Salleh Majid).
Tapi sayang sekali jemputan itu hanyalah dikhaskan untuk orang dewasa sahaja. Mak dan Bapak pergi.. tinggalkan kami anak2 dengan Kak Mirah. Kakak Sabariah, Abg Azha, Abg Shaari dan abg Anuuar ikut sama. Tapi KAk Liza dan abg Nash terpaksa batal kerana Afdhal tak sihat dan terpaksa balik SP. Mak bawa balik "bunga telur" yg isinya COKLAT... Cantik. Buatan India. Lihatlah gambar.




MY BIRTHDAY.. I am 12 now

Saya dilahirkan pada 23 Januari 1995. Pada 23 Januari lepas genaplah usia saya 12 tahun. Tetapi saya meraikannya pada 27 hb iaitu pada hari Sabtu. Saya minta mak buat BBQ dan spegetti. Mak tunaikan permintaan saya dan menambah satu lagi menu..ROTI JALA. memang sedap semuanya. Malam tu kawan-kawan saya datang. Ramai juga lah. Tetapi tetamu istimewa saya ialah Kak Sabariah , abang AZHA (Singapore), KAk Liza dan Abg Nash (SPetani) dan Abg Anuar (Sik). Mak juga tak lupa menjemput kawan rapat mak, Cikgu Maheran dan Cikgu Wan. Kakak Mirah juga datang seawal jam 5 petang untuk membantu mak. Kak Mirah tolong bakar BBQ sambil dibantu oleh Cikgu MAheran dan Cikgu Wan. Saya memotong kek selepas tetamu dari jauh tiba. Memang seronok. Saya juga dapat hadiah. Terima kasih Kak Sabariah dan Abg Azha atas hadiah kereta F1... juga Abg Nash dan Kak Liza kerana beri angpau dan coklat. Terima kasih juga kepada semua yang membantu menjayakan majlis saya. Lihatlah gambar-gambar sekitar majlis saya:











Friday, January 05, 2007

Moto Baru Bapak... Yamaha Lagenda 110Z


Hahaaaa.... Hari ni 5 hb, bapak beli motosikal baru. Terkejut kami bila bapak balik kerja dengan motosikal baru. Cantik.. Menarik...

LAMB CHOP




Kali ni..mak masak lamb chop. Tapi mudah je... beli je daging yang telah diperap kat Giant Supermarket. Balik letak atas frying pan dan masak. Untuk sos, mak ada beli Black Papper Sauce kat MAHA dulu. Memag sedap dan menjilat jari.

RAYA HAJI 2006




RAYA HAJI KALI NI KAMI TAK BALIK KAMPUNG. MEMANG RASA SEDIG JUGAK SEBAB MAK LONG BALIK SUNGAI PETANI. TAPI TAK APA LAH... SAYA DAPAT TENGOK LEMBU DIKORBANKAN. SAYA JUGA BERSEMBAHYANG RAYA DI SURAU TAMAN KANTAN PERMAI. LEPAS LEMBU DIKORBANKAN, KAMI DAPAT LAH DAGINGNYA. MAK TERUS BUAT RENDANG. SEDAP... DAGING SEGAR.. FRESH. SELAIN RENDANG DAGING KORBAN, MAK JUGA MASAK RENDANG AYAM DAN NASI IMPIT. DAN TAK LUPA, MAK TETAP MASAK MAKANAN KEGEMARAN KAMI..NASI LEMUNI. PETANG TU ADA 10 BEKAS ANAK MURID MAK DATANG BERAYA. ABANG FARUL DAN KAWAN-KAWANNYA. MEMANG ABG FARUL DAH JANJI DARI AWALNYA UNTUK DATANG KE RUMAH KAMI.

Thursday, December 21, 2006

ABANG AZHAR, KAK SABARIAH DAN QURAISYA DARI SINGAPORE





14 Dis yang lepas, Abang Azhar, Kak Sabariah dan anak mereka yang comel, Puteri Quraisya datang ke Kuala Lumpur. Mereka menginap di Hotel Royale Bintang KL. Kami ke sana berjumpa mereka malam tersebut. Mereka belanja kami makan Pizza Hut. Macam-macam kami order... makan..makan..makan.. kenyang sungguhdan enjoy. Kami makan sampai jam 11 bila Pizza Hut dah nak tutup. Abg Azhar dan Kak Sabariah menghadiahkan bekas air kepada saya dan abang saya, manakala Nabila dapat buku cerita. Mak pun dapat brooch Tiffany. Terima Kasih ye...

Cuti Sekolah



Assalamualaikum,

Cuti sekolah hujung tahun 2006 sudah hampir ke penghujungnya. Terasa pula pendek cuti kali ini. Biasanya saya akan berada di rumah Mak Tok atau rumah Mak Long di Terengganu bila cuti hujung tahun. Tapi kali ini saya sepenuh masa berada di rumah. Selepas balik berjalan-jalan di Terengganu, saya telah mengikuti program Tuisyen Intensif yang dikendalikan oleh cikgu-cikgu sekolah mak saya. Tuisyen ini hanya memakan masa 2 minggu sahaja dan setiap minggu sebanyak 4 hari saya tuisyen iaitu Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Semuanya 8 hari untuk 2 minggu. Banyak juga kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu saya. Gambar tu... tengok lah...

Selepas siapkan kerja sekolah, saya akan main komputer game. Saya suka main game Need For Speed dan game GTA.

Sunday, December 03, 2006

Terengganu




Gambar Nabila dengan skrin besar Monsoon Cup 2007.

Ni Gambar MAk Tok Berbual dengan Tok Ngah Razak..di rumah Tok So Rohani di Terengganu. Kami pergi makan nasi di sana. Tarikh : 1 Dec 2007


Gambar Kedua... Minum Air Buah Gelas Besar

Mak Tok



Kedua-dua gambar Mak Tok yang masih kuat... Ikut ke sana ke mari tanpa mengadu penat. Sungguh kagum!!

Perempuan dan Bunga....


CAMERON HIGHLANDS



Inilah gambar saya dan keluarga saya di sebuah rumah penginapan yang cantik. Kami datang untuk bergambar sahaja. Mak Tok pun ada sama. Yang tak ikut ialah bapak saya kerana dia ada pertandingan Chess. Kakak Amirah yang banyak memandu sepanjang perjalanan kami.

TAMAN CAHAYA ALAM - ADA SNOW



Baru-baru ini, saya telah berkunjung ke Taman Cahaya Alam yang dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah. Nasib saya sungguh baik kerana Taman Iklam Sederhana Empat Musim berada dalam musim salji. Itulah pertama kali saya bermain dengan salji. Saya ke sana bersama emak, abang Najib, Nabila, Muaz, Abg Naim dan kak Dilah.

Sunday, November 19, 2006

Fire Live Show


Ini cerita menarik... Di Glory Beach setiap hari Sabtu dan Ahad dan Public Holiday ada Fire Show. Tapi mak nak balik Sabtu Pagi.. puas saya pujuk mak balik Sabtu malam.. untuk lihat show tu. Tapi mak kata tak boleh. Agaknya kerana saya nak sangat tengok show tu, saya agak bernasib baik kerana pada malam Jumaat tu, kumpulan artis tu buat latihan/rehersal... Kebetulan saya jalan-jalan dengan mak dan adik di sekitar kawasan pentas tu...Pada mulanya mereka buat latihan TANPA api... tapi dengan memberanikan diri, saya minta abang2 tu guna api... tapi mereka tak mahu... Saya pujuk juga... akhirnya mereka setuju. Seronok betul terutama sewaktu orang tu sembur api di mulut dia. Rupa-rupanya dia 'kulum' minyak tanah dalam mulut dan sembur ke luar dengan mengenakan api di luar mulut!!! Saya ingat api keluar dari dalam badan..

BBQ di Glory Beach Resort


Saya enjoy betul sebab ada BBQ. Macam-macam makanan ada. Puas sungguh saya dapat makan..last sekali cari toilet....


Mak, Nabila dan saya..
Makan sampai kenyang !!!

MANDI LAUT DAN TANGKAP KETAM





Gambar pertama di swimming pool. Gambar kedua di ambil waktu saya dan Nabila di pantai Glory Beach Resort. Waktu ni time air pasang. Kalau air surut, dalam 200 meter jauh dari pantai... waktu tu lah banyak ketam berlari-lari.

KURSUS MAK DI PORT DICKSON


Baru-baru ni, 16hb mak bawa saya dan Nabila ke PD ikut mak berkursus. Mak bawa sebab ramai kawan-kawan kursus tak datang dan kursus tu relax je. Saya seronok kerana dapat mandi swimming pool yang besar. Saya juga boleh main pantai dan mandi laut. Kami tidur di appartment yang ada 3 bilik. Ada 3 orang cikgu kawan mak dalam satu appartment. Kami makan dengan mak sewaktu jamuan guru. Pada malam akhir, ada BBQ. Sedap betul makanan BBQ. Saya makan lamb chop, ayam panggang, hotdog panggang dan macam-macam.

Ini gambar hotel Glory Beach Resort.