Saturday, May 02, 2009
Kem Ibadah dan Tetamu dari Singapore
Sunday, April 19, 2009
BULAN DAKWAH SMK MERBOK
Tuesday, April 14, 2009
Wednesday, April 08, 2009
SEKITAR SMK MERBOK
HAMSTER BERANAK LAGI....
Sungguh tak disangka... ku sangka kan satu.. rupa-rupanya 4. Selepas kelahiran baby pertama 2 minggu lepas, tiba-tiba 5hb April lepas, lahir lagi 4 baby hamster (mati satu). Insyallah sehingga hari ini ketiga-tiga hamster masih sihat walafiat. Wahh..bertambah lah ahli hamster. Tak muat dah sangkar hamster tu.
Kpd Amin : Nak kee??? nak kalu..maktih belakan sekor utk Amin... Bagi nama Amin kat Hanster tu.. Tapi ada syaratnya..kena sponsor makanan, sangkar, dan aksesori hamster..BOLEH??
Okee... that's all for now...
Wassalam
Saturday, April 04, 2009
KOID BENG SENG & HAMSTER AFTER 2 WEEKS
Gambar lain... Hamster yang dah membesar selepas 14 hari. Cute kan?
Sekian. Wassalam.
Friday, April 03, 2009
PILIHANRAYA DUN BUKIT SELAMBAU
Suasana di Sungai Petani berperang poster. Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau yang akan berjalan pada 7 April akan datang. Malam ni (3hb Apr ) Anuar Ibrahim akan beri ceramah umum di Bandar Laguna Merbok. Belakang rumah kami jer.. dok kat dapur pun boleh dengar suara pembesar suara...
Bukit Selambau ke SP dekat jerr... ramai penduduk Bukit Selambau tinggal di SP. Sebab tu la.. SP jadi tumpuan. PAgi tadi di Pasar Taman Ria pun ada penyokong PKR masuk pasar dengan healer memberi maklumat mengenai calon PKR (Keadilan) dalam pasar !! Kebetulan saya berada di situ. Calon {KR pun ada sama (S.Manikumar). Katanya Wan Azizah pun ada.. tapi saya tak nampak pulak.
OK lah... kalau nak tahu perkembangan pilihanraya, lawati lah laman sesawang berikut...
http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanrayakecil
Wassalam
Thursday, March 26, 2009
Abg Z jalan tanpa tongkat
Salam, Sorry la video ni terbalik pulak. Video diambil pada 26hb Mac 2009 jam 7 malam. Sebenarnya sejak bibik kami lari dari rumah, Abg Z lebih berdikari. Dia mula bangun sendiri tanpa dibantu. Tapi sejak seminggu ni sesekali nampak dia jalan dalam rumah tanpa tongkat. Sejak bibik lari 3 hb, abg Z duduk di rumah berseorangan selama 3-4 hari sehinggalah baru-baru ni kami telah jumpa seseorang yang dapat jaga abg Z di pagi hari. ALIAS namanya. Secara kebetulan terjumpa dia di kedainya yang menjual kerusi hiasan laman yang dibuat dari batu, seramik dan jubin. Kebetulan pagi-pagi hari dia tak buat apa-apa... saya minta dia ke rumah menemankan Abg Z.
Ahad lepas dia mula kerja di rumah kami. Memandikan abg Z... beli breakfast dan temankan abg Z makan.. kira dia ni macam PEMBANTU PERIBADI abg Z laa.... Upahnya RM20 sehari. Dia akan berada di rumah kami dari jam 8pg hingga 2 tengahari. Tapi yang lawaknya.... Abg Z dah pandai ajak Alias 'keluar' rumah. Pagi-pagi Alias akan memandu kereta saya yang ditinggalkan di rumah (Suzuki APV). Macam-macam tempat mereka pergi.. makan roti canai lah.. nasi lemak.. tosei... emmm... kira breakfast di luar je laa.... Semalam depa pi Kepala Batas Seberang Perai nak berubat Abg Z. Tapi tak jadi jumpa doctor tu sebab masa suntuk dan Alias kena balik jemput anaknya balik sekolah (tadika).
Tapi ada juga yang merisaukan saya melihat amalan pemakanan Abg z sekarang. Dia makan 'sungguh'.... teringin macam-macam... dah tak kira penyakit dah walaupun puas saya nasihatkannya. Kalau bising-bising dia mulalah marah. Tak pantang langsung lah... Tapi bila saya check darah utk kencing manis, tahap kencing manisnya dalam 6 sahaja. DArah Tinggi pun tak la yeruk sgt.
Ok la..mengantuk pulak..... Bye.
Thursday, March 19, 2009
Saturday, March 07, 2009
PUAN MAHERAN TETAMU KE 2 SMKBBSL
KALAU TAK SILAP SPM 2004.
Friday, March 06, 2009
POKOK HIASAN
Assalamualaikum,
Thursday, March 05, 2009
BIBIK INDON KAMI LARI - hu hu hu hu...
Mereka naik ke tingkat atas rumah cari kalau-kalau ada bibik tetapi tak ada!!!.. Memang SAH dia lari. Bila balik kerja, saya memantau baju-bajunya. Masih ada beg besarnya (Beg kecil tak ada). Bila masuk ke wet kitchen, bahan-bahan memasak masih berserakan di dapur. Ada bawang yg telah dipotong, ada santan diperah, ada rempah kari yang dibancuh.... yg sedihnya.. ikan se'plastik' bergelimpangan di lantai dimamah kucing liar...Seolah-olah bibik sedang masak dan dia "dilarikan" seseorang.
Al kisahnya bibik ni ada 3 anak di Malaysia dan ada adik di Pulau Pinang. Dia pernah berbual dengan mak mertua dia tunggu anak dia ambil dia... wahh.... ingat senang kot main datang ke Malaysia... dah tu lari... dasyat dasyat. Time nak report kat balai polis, agen kata tunggu dulu sebab depa dapat trace bibik ni konon berada dengan anak dia dan nak keje setempat dengan anak dia. So agen akan hantar orang baru.. Masalahnya BILA BILA BILA...
HAri ini 4hb Abg Z ditinggalkan berseorangan di rumah. Kesian dia.... Balik je kena uruskan IWK dia serta merta !!!
Itulah kisah terkini kami.....
Friday, February 27, 2009
ABANG Z DAH LALU MAKAN...
Assalamualaikum semua pembaca blog juga teman-teman ofis abz Z di JKR KL. Tentu ramai yang tertanya-tanya macamana abg Z sekarang. Abg Z dah dibuka tiub di hidung dalam sebulan lepas bila saya dapati dia dah mula lalu makan. Makanan pertama yang dia habiskan ialah Roti Canai Telur. Walaupun dia mengambil masa yang agak lama untuk menguyah (20 min makan r.canai) tapi akhirnya habis jugak la...
Sejak dari itu lah macam-macam yang dimintanya. Roti Arab, Mee Goreng Mamak, Peknga.. Nasi Briyani Gam Johor (ada jual si SP),Nasi Kandaq dan macam macam lagi lah... Buah pun dia minta. Kalau dulu susah nak buang IWK, tapi sekarang dah ok dari dulu.
Abg Z juga suka telefon kawan-kawan dia samada kawan lama atau kawan di SP (lagi lama- zaman dia di IKM SP). Kadang-kadang pelik gak..... mana dia dapat phone number... lepas dia call, ada juga kawannya datang melawat dia di rumah. Dia memang suka ada tetamu datang. So kalau ada kawan-kawan Abg Z yang dia call tu... layan je lah... Dia kesunyian.
Abg Z juga dah laju jalan pakai tongkat. Tak terhoyong hayang dah. Sesekali saya beri cubaan dia berjalan tanpa tongkat.. Alhamdulillah memang boleh setakat 6-7 langkah. Cuma dia masih lagi bergantung kepada lampin pakai buang. Tetapi sewaktu membuang air kecil, dia beritahu dan kami sempat guna corong bekas air kencing. Maknanya lampinnya tak lah kena air kencing.
Ok laa... nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Abg z.
Wassalam.
