Monday, August 03, 2009

cucu ke 7

Cucu ke 7 baby tu. Cucu Abg Z la..

Malam Permata SMKM

Ala-ala makan malam di hotel... Dewan Suloh Budiman bertukar wajah.
Najib dan Zakwan berpakaian batik. Di kiri ialah Cikgu Wan Razuha Ayu dengan suaminya.

Monday, July 06, 2009

GATHERING DBS ARAU 1987 GIRLS ONLY

Bersama teman2 BDS 1987.
All the girls yg sempat dikumpulkan di Gathering 4 Julai 2009.
Dari kiri, Kee, KAk Liza (tuan rumah), saya, Mama, Zana (from Hong Kong), Haslina, Ina-azad dan Yummy (Ipoh)


Posing dalam rumah Kak Liza....
Yummy, Kee (Rokiah Hamzah) and me.....

Menu sumbangan Haslina dan Azad.... mengamcam.. sedap... grill....

Haslina, Mama, Kak Liza and me....
Kee and me... dulu remaja... la ni mak budak dah... After 21 years apart....

Zana memegang album gambar. Zana ni dok di Hong Kong menetap di sana... pun sempat meluangkan masa.


Assalamualaikum pembaca blog,
Facebook tealh mempertemukan kami semua. Hasil usaha beberapa rakan yang mendaftar ke dalam facebook, kami telah bertemu ramai rakan ITM Arau 1987. Dengan usaha Kak Liza (Norizah Nordin), beliau mencadangkan satu perjumpaan teman-teman ITM Arau DBS 1987. Gambar2 di atas menjadi kenangan abadi setelah 21 tahun tidak bertemu (ada juga yg bukan 21 tahun - pernah ada gathering di rumah Azad 2004).


memang best lah..... Harap harap ada lagi gathering lain selepas ni... maybe girls n boys join.

TARIKH GATHERING : 4 JULAI 2009

TEMPAT : RUMAH KAK LIZA DI KLANG (JALAN JINGGA OFF JALAN BATU 3)

MASA : PAGI KE PETANG....

KELETAH WAWA

Ini adalah video anak Hasnah... Wawa... yang sangat cerdik berkata kata dan menyanyi. Dapat upload satu je yang pendek...

Geng Orange Buat POT LUCK Rahsia.

Assalamualaikum semua teman2 terutama Geng Orange...
Terima kasih kerana mengadakan POT LUCK sempena kedatangan saya ke SMKBBSL. Nama pot luck rahsia sebab ianya ditujukan khas untuk geng2 kami jer... yang dinamakan Geng Orange.. Yang merancangnya ialah Norlia. Banyak juga menu yang dapat dikumpulkan. Lihatlah gambar di bawah ,...... Pot luck diadakan di rumah Hasnah di Saujana Impian (tetap dan berpencen jadi tempat pot luck)... Thanks Hasnah dan anak2.....


Norlia (tudung orange) org penting menganjurkan pot luck... sebelah tu mak sedara Afidah dari Singapore. Tetamu paling jauh... tapi dia makan sikit jerrrr...jaga badan....

Ni lah tuan rumah.... Hasnah yang dah turun berat badan selepas mengamalkan swimming.....

Saya dan teman baik, Cikgu Wan... pulon makan... semua ponteng diet....
Ada belanak masin, ada sambal tempoyak, ada ikan tongkol masak special... ada asam pedas Kak Rahimah... macam2 lagi....

Ni pulak.... pulut makan dgn durian... Cikgu Bahador supply durian.... dari Hulu Langat.. sedap2....

"awat hang dok tengok jerr... mai la join... sedap ni.... boh santan... gula sikit.. durian... gaul gaul gaul.... then..makan.... sedap.... mak mertua lalu depan pun tak sedar ... "

Dari kiri, Maheran. Afidah, Hasmiza dan Wan... geng yang tak boleh dipisahkan.....

Menu yang ada.... macam raya pulak.. Nasi impit kuah kacang pun ada.

Dari kiri Afidah, Maheran, Hasmiza dan saya.Oopppsss... ada pulak anak2 muda.. anak murid mana ni??
depa ni bukan students......... tapi cikgu2 praktikal. Turut diraikan kerana hari ini (3hb Julai) hari akhir mereka praktikal di SMKBBSL. (2 yg depan tu je)

Cikgu Bahador (supplier durian) dah tukar jadi pekerja Alam Flora ka.... Dibantu oleh cikgu praktikal....



Kepada semua teman yang menjayakan pot luck di rumah Hasnah... TERIMA KASIH banyak-banyak.... Kalau ada pot luck lagi.. bagi tau la... tiket bas ke Kajang bukan mahal sangat dari Kedah.... Masak Tempoyak ikan patin Wan kot... lepas ni.... OK Wan???? Boleh kan???? Rindu la ikan patin masak tempoyak hang... ananti aku masak sambal tumis sardin kat hang.....

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN DI SMKBBSL - SIRIH PULANG KE GAGANG

Wahh.... dari Kedah ke Kajang... sampai di Hentian Jalan Duta jam 4.30 pagi, jam 10.30 pagi dah ada di SMKBBSL beri ceramah.... Hebat hebat.... Semuanya kerana memenuhi permintaan Pengetua SMKBBSL Puan Hajah Salimah bt Jafri. Apa juga sangggup ku rempuh untuk mu wahai Puan Salimah.... Itu pun dia minta datang lagi polish budak2 SMKBBSL sebelum SPM. Insyallah ada peluang dan masa saya datang lagi. Pelajar Ting 5 masih di bawah tanggungjawab saya kerana saya yang mengajar mereka di Ting 4 dahulu (2008).

Bergambar bersama pelajar dan guru SMKBBSL.. En Willeam, En Ismail dan Puan Rasmidi.
Pelajar SMKBBSL tekun mendengar ceramah. Yang best... pelajar2 ni siap bagi tepukan gemuruh bila saya masuk je Bilik Wawasan ni.. terasa macam artis pulak.. Tahun 2008 saya mengajar mereka Prinsip Perakaunan tingkatan 4. Ada juga yang bertanya "suami cikgu sihat?" Teruja saya.... mereka memahami kenapa saya tinggalkan mereka.
Untuk makluman pembaca blog SMK BAndar Baru Sungai Long mempunyai pelajar 85% bangsa CINA. Namun mereka tetap menghormati saya sebagai guru. Inilah Malaysia.... Hidup dalam berbilang bangsa, UNIK UNIK...
Sekian, Wassalam

Thursday, June 18, 2009

Choral Speaking

Salam..

Pada 18 hb lepas, Zakwan dan kawan-kawan dari SMK Merbok menyertai Choral Speaking mewakili SMK Merbok ke pertandingan Choral Speaking di SMK Sungai Pasir, Sungai Petani.

Nasib tak menyebelahi SMKM.. kami kalah di tangan sekolah lain. Tempat Pertama SMK Convent, Tempat ke 2 SMJK Cina Sin Min, tempat ke 3 ialah SMK Ibrahim.

Tahniah kepada Zakwan kerana kali pertama masuk choral speaking.

Cuba lagi di lain tahun.

MY BIRTHDAY 12 JUN

Nak beli kek satu biji... dapat satu rasa je... Last2 beli kat Secret Recepi 5 potong. Tu pun dah RM32. Wahhh..mahal gak. Tapi sedap tak terkira la...
Birthday "girl..." dengan kek kek potong Secret Recepi
Dataran Ikan Bakar kat Sungai Petani. Makan2 dengan mak dan family Sham. Mak belanja la....
Ikan siakap masak 3 rasa.... dan kangkung goreng belacan. Memang sedap.
Ikan Siakap Bakar cicah ayaq asam.
Family gathering. Abg Z, Ina, me, Sham, mak dan Hafiz.Tunggu makanan sampai.
Zakwan dan Hafiz. Sham (my Bro) betulkan kipas
Abg Z (baru cukur misai), birthday girl dan my beloved mom, Hajjah Azizah. Pegang ikan siakap masak 3 rasa. Wajah-wajah ceria. (dalam hati ceria ker???)

Thursday, June 11, 2009

GAMBAR CUTI SEKOLAH DAN KE KL/KAJANG

Rumah Kak Kartina di Kota Damansara.. Naim di kanan. Cantikkkk.... selesa...
Zakwan, Muaz dan Najib di Pusat Sains Negara... Hutan ke tuu...
Muaz
Nabila dan maktoknya.. ROBOT Kelawar/ bat
Ada pameran ROBOT...
Saya dan Zakwan membelakangkan terowong ikan... pintu masuk Pusat Sains Negara.
Rumah Pah Jiran di Kajang.. Ameer, "kecik" Zakwan dan Iwan.
Rumah lama kami TKP no 174... Sedih... cat anak murid Farul dan kawan2 dah selamat hilang...Kerja mengecat masih dijalankan... semak giler dan kotorrrr....
Last-last gi tido di UPTOWN Hotel dekat Mydin Kajang.
Kak Zabedah (duduk) dan mak saya. Kami singgah di Proton City rumah Kak Zabedah yg dulu mengajar di SMKBBSL dan tukar ke Behrang sama dengan saya pindah ke SP. KAk Zabedah lah yang ada kandang kambing yang kami melawat dulu dulu tu...

Pemandangan dari tingkap rumah kak Zabedah. Cantik.... Rumah dalam taman (macam Laguna Merbok jugak lah)

Nabila dan Zakwan di Gunung Jerai... Huhh..penat panjat....
Abg Z di Tanjung Dawai tepi laut (laut depan dia)
Inilah dia penemuan terbaru CANDI di Merbok. Kedudukan dalam kebun kelapa sawit. Kakitangan Jabatan Arkeologi dan Kakitangan USM menjalankan kerja2 penyelidikan. Setiap hari ke sekolah kami melalui tempat ini (tepi jalan je)

Minggu pertama cuti.... tetamu anak-anak buah ramai lepak-lepak. Mana tak nye.. dapat gi swimming di club.
Di luar rumah. Kak Kartina dah nak pulang...tetamu minggu pertama.

Najib dengan kebun sayurnya....

Tu la Hong Kong Bank... lawa kan?? Bangunan lama dijaga baik. Tempat makan-makan. Pekena mee Sungai Dua...
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG CUTI SEKOLAH 1-12 JUN 2009








KUALA LUMPUR KAMI KEMBALI

Cuti sekolah kembali lagi. Minggu pertama kami habiskan di Kedah sahaja dengan berkunjung ke beberapa tempat seperti Gunung Jerai, Pekan Rabu, Tanjung Dawai, berkelah di TUPAH dan makan-makan di Jam Besar SP (Hong Kong Bank). Minggu pertama juga Zakwan ada latihan choral Speaking 3 hari (Selasa- Khamis). Najib mengambil kesempatan berkebun di sekolahnya (dia aliran Sains Pertanian) dan saya pula membuat kelas tuisyen kepada pelajar secara percuma. Minggu pertama juga Kak Na (my eldest sist) datang ke rumah kami (kenduri Mak Tam).

Pada 6 Jun saya dan anak-anak dan emak tercinta bertolak ke KL. Abg Z kami tinggalkan di rumah ibunya di Alor Setar (dia belum cukup kuat untuk jalan-jalan di KL). Malam pertama kami di Kota Damansara. Sempat berkunjung ke UPTOWN Kota Damansara membeli belah.

7 dan 8 Jun saya ke Kajang. 2 malam di Kajang, kami tido di hotel semalam dan malam ke 2 tido di rumah kawan sekolah lama (Zakwan dan Najib tido di rumah jiran lama). Ingatkan nak tido di rumah lama kami... tapi memandangkan keadaan agak kotor kerana pembeli rumah tu mengecat rumah kami... maka tak jadilah tido dalam keadaan kotor. (proses jualan rumah tu belum selesai).

Sepanjang kami di Kajang/KL sempatlah berkunjung ke beberapa tempat. Jalan TAR memang tak boleh miss... apa lagi.. shopping la. Tudung, kain, telekung dan macam-macam lah. Syok.. duit habis yg tak syok. Yang lawaknya... anak2 ajak ke Pusat Sains Negara dan Planitarium. Waktu dok Kajang tak pulak teringat nak melawat tempat2 tu. Waktu dok Kajang juga tak pun gila-gila pi Jalan TAR (sesekali ada lah). Tapi bila dok Kedah.. macam satu kemestian pulak ke Jalan TAR.

Tak puas lagi.. shopping pulak di IKEA. haa.. sakan la. Mak pun shopping jugak. Memang best pi IKEA.. Awatlah Kedah atau Penang tak ada IKEA. Tapi tak banyak habis di IKEA.. RM150 jee...

11hb Jun kami bertolak balik SP. Perjalanan lancar dan saya memandu sendirian. Kami bertolak jam 11 pagi dan sampai di SP jam 3.40 petang. Cepat jugak yee.... singgah di Sg Perak solat dan makan dalam 40 minit.

Setibanya di rumah saya tuju ke Hamster dulu. Ada seekor yang nampak kurang aktif dan tak bergerak... saya pun menolak-nolak hamster tu... Aahhh... rupa-rupanya dia baru je melahirkan 3 baby hamster (gambar tak ambil lagi). Cepat-cepat saya asingkan baby dan ibunya.

Kepada Pah jiran, Baini, Zali dan Kak Yah,,, terima kasih atas layanan mesra sepanjang kami di Kajang. Kepada Kak Na dan keluarga.... thanks.... best la rumah baru yg lawa....

Kepada kawan2 seofis Z di tingkat 14 JKR Cawangan Pendidikan Maju Tower, terima kasih kerana bertanya khabar abg Z dan gembira mendengar kisah Abg Z yang kembali sihat...

Kepada Hasmiza, terima kasih masak best2... ikan bakar cicah budu... Juga Fasiha dan Baini yang sama-sama lunch di rumah Hasmiza... rasa nostalgia SMKBBSL kembali... sayang sekali hanya 3 je kawan Sg Long yg dapat dikumpulkan mengejut (yg lain keluar dari KL/Kajang bercuti).

Kepada HAsnah dan Norlia yang berkunjung ke SP sewaktu saya di KL... lain kali mai lagi yerr... Boleh jalan2 di Kedah. (Hasnah dan Lia sempat masuk rumah saya di Laguna Merbok - tanpa tuan rumah).

Sekian coretan 12 Jun 2009. Hari ini juga Birthday saya yang ke.... RAHSIA...

Wassalam.

Friday, May 22, 2009

Confirm Abg Z keje di Jitra

Terkini Hamster.... Beepboy merajuk sebab sempit sangat rumah depa.... Amin.... bila nak sponsor rumah baru hamster ???



Assalamialaukum,

18hb Mei 2009 telah confirm Abg Z bertukar kerja di JKR. Pada 20hb lepas saya menemankan Abg Z melapor diri ke JKR Kubang Pasu yang terletak di Jitra. (Gambar di post yang lepas). Namun Abg Z belum mula kerja kerana MC Abg Z masih ada sehingga 13 Julai 2009. Abg Z melapor diri dan menyerahkan MC nya. Kami sempat berbual dengan Tuan Haji Abdul Kadir, cc di pejabat tersebut. Beliau agak simpati kerana rumah kami di Sungai Petani dan sangat jauh (1 jam 20 min perjalanan lebuhraya - Tol dalam RM 10). Dia mencadangkan agar Abg Z buat rayuan tukar tempat kerja.

Buat sementara, abg Z terpaksalah tinggal di rumah ibunya di Alor Setar (20 min ke Jitra) dan menumpang kakitangan JKR Kubang Pasu yang tinggal di AS (ramai dok kat AS).


Untuk makluman teman-teman, Abg Z dah boleh jalan agak laju dan agak kuat. Tetapi masih menggunakan tongkat. Untuk naik tangga agak susah (JKR Jitra tak ada lif - pej Abg Z di tingkat 2)


Sekian info terkini.


Saturday, May 16, 2009

Tetamu Singapore lagi - Nur Alshaari Putra

MELAWAT KE GUA KELAM PERLIS

Memang indah kejadian Allah. Walau di mana kita berada, hargailah keindahan alam.
Alshaari, Najib dan Zakwan bersedia meredah gua kelam.

Kenangan bersama Ashaari dengan mak abg Z.
(Alshaari adalah cucu kepada mak abg Z)
Inilah dia Tosei ANAKONDA. Hanya ada di Restoran Nasmir sahaja. RM6.50 kot harga satu. Panjang sampai guna 2 tray makanan. Memang special.

Sembang apa tu... Serius je.
Melawat perkampungan Tsunami di Kuala Muda.
Replika kejadian Tsunami.