Salam,
24 hb September lepas (dalam puasa Ramadhan), hari yang agak memenatkan untuk saya, Zak dan Zakwan. Pepagi lagi saya bangun jam 4,30am untuk sahur dan bersiap-siap untuk ke Hospital. Hari itu juga ada 2 appointmet. Satu di Hospital Putrajaya untuk CT Scan dan satu lagi di Hospital Serdang untuk Endorsecopic (Scope). Paling memenatkan ialah di Putrajaya. Ramai yang menunggu untuk CT Scan. Alat bernilai 5 juta itu ada di Hospital Putrajaya. Yang menunggu tu semuanya pesakit dari Hospital Kajang (appointmen Zak juga diuruskan oleh Hospital Kajang). Dari jam 8.30 kami menunggu. Semuanya selesai jam 11. Kemudian saya bergegas pula ke Hospital Serdang untuk SCOPE. Rasa seperti tidak sempat sebab SCOPE hanya dijalankan sehingga jam 12.
Bukan senang nak menguruskan Zak dalam keadaan dia tidak boleh bergerak sendiri. Dari wheel Chair dan naik ke kereta, simpan wheel chair (berat) di belakang kereta... Memang penat dan berpeluh-peluh dibuatnya. Tapi semuanya saya lakukan tanpa merungut.
Tiba di Hospital Serdang Zak diturunkan dari kereta. Zakwan menemankan sementara saya park kereta (jauh.... menapak lagi). Jalan pun dah tak pandang orang. Semua nak cepat. Tercicir broach RM65 pun tak sedar... hu hu hu..sedih.... broach termahal pernah saya beli.
Sampai di tingkat 2 Hospital Serdang, saya dimaklumkan doktor untuk buat SCOPE dah tak ada. Aduhaiiii..penat terasa berlari-lari anak tadi. Tapi bila saya maklumkan yang saya ada masalah kelewatan di Hospital Putrajaya, mereka menghubungi doc untuk membantu saya. Alhamdulillah SCOPE dapat juga dijalankan hari itu.
Syukur Alhamdulillah hasil SCOPE tidak ada tanda-tanda yang merbahaya di perut Zak. Cuma asid dari gestrik je yang banyak... mungkin sebab Zak tak lalu makan.
Selepas SCOPE, Zak direhatkan di wad day care dan diberi makan (setelah berpuasa 9 jam).
Jam 3 petang kami dah sampai ke rumah. Semuanya penat..... lena....
Wassalam,
No comments:
Post a Comment