Monday, October 13, 2008

"IWK" Zak

Assalamualaikum,
Semenjak Abg Zak sakit, masalah besar yang dialami Abg Zak ialah susah membuang air besar. Selepas keluar dari wad Hospital Kajang, 18 hari abg Zak tak membuang. Banyak juga usaha saya lakukan termasuklah memberi makan betik dan buah buahan, minum air prun, air jus oren dan macam-macam lagi. Akhirnya berlakulah proses membuang yang agak menyakitkan abg Zak setelah 18 hari.
Semenjak dari itu, masalah yang sama berulang lagi. Baru-baru ni, Ustaz Jamil dari Kepala Batas Alor Setar datang memberi rawatan kepada abg z. Setelah dipegang perut dan berdoa, Ustaz memaklumkan di dalam perut/usus abg Z ada banyak T yang perlu dibuang. Jika tidak ia akan menyebabkan penyakit lain yang lebih merbahaya. Esoknya saya membeli ubat/air yang disumbatkan ke 'bawah' supaya melancarkan pengeluaran T. Alhamdulillah dapat dikeluarkan. Tapi abg Z mengerang kesakitan kerana T telah menjadi amat keras. (kejadian di Alor Setar)
Selepas kembali ke Kajang (selepas balik beraya), perkara yang sama berulang lagi. Abg Z tidak dapat membuang secara normal. Semalam (12hb Oktober 2008) saya ulangi memasukkan pam air ke 'bawah'. Sebaik sahaja di pam, Abg Z terus terasa untuk membuang. Kesakitan berulang lagi. Tapi kali ini Abg Z lebih mengerang kesakitan. Aduhh... memang tersiksa melihat abg Zak mengerang. Sampaikan terkeluar perkataan... "aduh..siksanya hidup ni... ". Berkali-kali abg Z berishtighfar dan mengucap.
Untuk mengelak dari terasa sakit, saya meneruskan memberi air pruns, jus oren (buah segar) dan buah-buahan. Tapi tak banyak yang dapat membantu. Abg Z juga sering tersedu. Sedunya kadang-kadang memakan masa berjam-jam. Kesian pulak. Penat nampak bila sedu tak henti-henti.
Mengenai pemakanan abg Z, dia masih tak lalu makan. Sedikit buah dijamah. Biskut dan roti cicah milo masih dia lalu makan. Nasi / bubur nasi dah lama dia 'reject'. Masa abg Z lebih banyak tidur dari jaga.
Mengenai diri ku.... Setakat hari ini saya masih tabah mengharungi kehidupan yang amat mencabar. Abg Z pula semakin "manja". Bila habis je masa kerja, dia akan telefon dan tanya "bila idah nak balik..." atau " lambat lagi ke sampai rumah..."
Bila lambat sikit sampai ke rumah (singgah kedai atau urusan lain), dia akan telefon dan tanya "Idah kat mana? Awat tak sampai rumah lagi?"
Satu perkara yang saya perasan tentang sikap abg Z ni... setiap kali saya ada di depannya (untuk suap ubat, makan atau menguruskan hygenic dia), mata Abg Z akan pandang tepat ke mata saya dan kadang-kadang tak kejit-kejit matanya. Pandangannya sungguk tajam dan menusuk mata!!! Walaupun di sekitar ada anak-anak, ada TV... tapi matanya akan tetap menatap wajah saya... bila ditanya "kenapa abg pandang idah tak kejit-kejit mata?"
Dia akan jawab "Idah comey.." heheheheee... lucu pulak.
Begitulah sikap abg Z sejak sakit ni.... emm.. romantik pulak...
Anak-anak? Alhamdulillah mereka masih banyak membantu. Cuma ada kalanya mereka malu untuk berjalan-jalan dengan Abg Z bila saya ajak temankan (tolak wheel chair) ke kedai makan di hujung minggu.
Sekian coretan saya.
Rafidah.
IWK = Indah Water Konsortium

No comments: